Boom! Boom!
"Jalani hidup dengan bahagia, anakku. Bonda sentiasa sayangkan kamu. Selamat tinggal."
Bang!
Jeonghan terduduk mengejut dari tidurnya. Dia bernafas laju. Memegang pipinya yang terasa seperti tersisa air mata kering.
"W –wae?" Jeonghan meraup mukanya kasar.
Mimpi yang sentiasa berulang sejak dia membesar. Dan, hanya secebis kata-kata itu yang ditinggalkan.
"Jeonghan?"
Jeonghan mengalihkan muka menghadap badan yang berada di katil seberang.
"Again?" soal figura itu lembut.
Dia bangun dari katilnya dan mendekati katil Jeonghan. Melabuhkan diri di birai katil berhadapan Jeonghan. Jeonghan hanya diam, tidak membalas, esakannya kedengaran.
"S –Shua. W –wae? K -kenapa hanya kata-kata tu je aku ingat. K –kenapa mereka tinggalkan aku," Jeonghan kembali meraup muka dan menangis.
Joshua mendekati perlahan lalu memeluk jejaka yang sedang menangis itu. Dia berasa simpati dengan nasib sahabatnya ini. Dan, hanya dia dan Seungcheol kenal sisi lemah Jeonghan.
"Shh, one day you will know Hannie. Kau kena sabar, ada sebab kenapa hanya mimpi itu kau ingat," ayat yang sama berulang meniti dari bibir Joshua.
Ayat apa yang mampu menenangkan Jeonghan lagi? Dia juga tidak tahu apa-apa tentang sejarah silam Jeonghan.
"A –aku penat Shua. P –penat nak pendam. N –nak fikirkan punca aku jadi b –begini. Hina sangat ke a –aku?" sama, persoalan sama yang sering ditanya Jeonghan.
Joshua tersenyum simpati. Tak tahu mahu ayat apa diutarakan untuk Jeonghan lagi.
Tanpa membalas, Joshua hanya menepuk perlahan belakang Jeonghan dengan harapan jejaka itu kembali tidur. Mendengar dengkuran setelah mendodoikan jejaka itu beberapa minit, Joshua membaringkan perlahan badan Jeonghan kembali.
"It's okay. One day Hannie, everything will be revealed," ucapnya perlahan dan kemudian dia berlalu kembali ke katilnya.
Masih memikirkan hal yang sama.
"Shua wae?" persoalan dari rakan sebiliknya menyentak dia.
Dia menoleh dan melihat Seungcheol yang sedang meraup matanya. Tersedar mungkin. Tersenyum sedikit sebelum membalas,
"Jeonghan, mimpi sama."
Cukup tiga patah perkataan membuatkan jejaka itu memahami.
Seungcheol mendekati Joshua untuk mendengar dengan lebih lanjut.
"Aku tak tahu nak tenangkan dia macam mana lagi, Cheol. Aku kesian kan Jeonghan," Seungcheol mengangguk memahami.
"Aku tahu Shua. Aku pun tak tahu nak bagi reaksi apa dah. Hari-hari kot," kata Seungcheol perlahan kepada Joshua.
Mereka tidak mahu mengejutkan Jeonghan. Jeonghan paling jarang tidur dibandingkan mereka berdua kerana mimpi itu. Sebab itu, mereka berdua paling lega kalau Jeonghan dapat tidur balik.
Nasib baik housemate nya yang lain tidak bertanya pelik tentang Jeonghan.
"Mimpi dia pelik, Cheol. Aku tak faham," Joshua mengutarakan rasa hatinya.
Lain pulak Seungcheol, dia faham apa yang berlaku kepada Jeonghan. Tersangat faham.
"I know. Dah tidur. Kau pun sama je Shua, dah macam Jeonghan asik terbangun malam." Seungcheol menolak badan Joshua menyuruhnya tidur.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...