Seventeen kini berdiri di tengah-tengah ruang tamu bersama beg galas yang meletakkan keperluan mereka untuk mengembara.
Fafa dan Aera juga disitu, memerhatikan Seventeen yang masih kucar kacir memeriksa barangan mereka.
"Phone?"
"Check."
"Charger?"
"Check."
"Power bank?"
"Check."
"Okey siap."
Mentang-mentang phone boleh bawa ke sana, itu yang diambil kisah dulu.
Memaparkan wajah kacaks masing-masing, Seungcheol berhadapan dengan Aera dan Fafa.
"Jaga rumah nie baik-baik tau. Kalau rajin kemaslah sekali. Nak tidur sini pun boleh, dekat guest room, rasanya aku dah tunjuk en?"
Fafa dan Aera mengangguk.
"Good. Ambiklah makanan kat Snack Room tu kalau nak. Duit Wonwoo dah bank in dekat acc bank Aera. Barang yang Fa minta nanti belilah sendiri, kongsi duit dengan Aera kay."
Mata Fafa membulat mendengar ucapan Seungcheol.
"Yeke? Thank you Cheol oppa"
Seungcheol mengangguk lalu meruffle rambut dua gadis itu sambil tersenyum manis hingga memaparkan dimple. ((😔❤))
"Leklok kat rumah. Jangan bawa laki lain masuk. Ingat boyfriend awak nie tau" pesan Wonwoo kepada Aera.
"Iye saya ingat. Awak pun. Hati-hati kat sana." pesan Aera dan terus gadis itu masuk ke dalam pelukan Wonwoo. Maklumlah nanti berbulan tak jumpa.
"Kau pun Fa. Jangan asik makan je. Leklok jaga rumah nie. Jangan jadi pengotor" pesan Jeonghan kepada Fafa pulak.
"Aip aip Captain Han hehe."
Jeonghan menggeleng melihat perangai childish Fafa.
Selepas itu, mereka semua berdiri membentuk bulatan. Memegang tangan antara satu sama lain bersedia untuk mengembara ke dunia baru.
Chan sudah membuka portal untuk mereka merentasi ke dunia Moonwalker.
"Wonwoo! Cepatlah! Nanti kat sana boleh je videocall hak alah budak nie!"
Wonwoo tersengih malu lalu melepaskan pelukan nya dengan Aera. Baru beberapa langkah, dia memusingkan kembali badannya hanya untuk mengucup bibir Aera sekilas.
"Bye sayang."
"WONWOO!"
Bukan sebab Wonwoo lambat, tapi sebab mereka jealous melihat drama tak berbayar itu.
Sebaik Wonwoo tiba di bulatan itu, dia mendapat kutukan dan kecaman dari rakannya sehingga mereka hilang dari portal. Serentak itu, portal itu tertutup dengan sendiri.
Fafa memandang Aera yang masih terkaku di tempatnya.
"Sudah ler tu Ra. Boyfriend kau dah hilang dah."
Aera tersentak lalu tersenyum malu. Pipinya memerah apabila ditegur Fafa.
"Jom selongkar Snack Room. Astu kita layan movie. Amacam?" Fafa mengangkat kening memandang Aera.
Mendapat senyuman sinis dari Aera, mereka berdua meluru ke arah Snack Room. Syurga makanan lah katakan.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...