🥂 ; seventy four

1.1K 145 22
                                    

"Mingyu, dah ramai?"

Mingyu di seberang talian membalas,

"Sedikit lagi."

Wonwoo menanti dengan sabar. Dia dan Mingyu sedang bekerjasama untuk membunuh lawan mereka dalam jumlah yang besar. Buku 'I Wish' nya dibuka dan pen istimewa digenggam erat.

Dia hanya perlu menunggu Mingyu memaklumkan dia sudah selesai melakukan tugasnya barulah dia boleh melengkapkan rancangan mereka berdua.

"Wonwoo hyung, sekarang."

Wonwoo segera menulis sesuatu di dalam bukunya.

Setelah beberapa saat selesai menulis, kepulan awan tiba-tiba muncul di atas sekumpulan tentera yang berada di bawah kawalan Mingyu.

Shrkk!

Semua di bawak kuasa Mingyu mati begitu sahaja sebaik anak panah mencucuk tubuh mereka.

Wonwoo tersenyum senang.

Hujan anak panah yang ditulis sebagai satu cara di dalam bukunya membuatkan ia turun di tempat Mingyu menggunakan kuasa graviti nya.

Itu rancangan mereka.

Mengumpulkan tentera Darquin dengan memberatkan graviti nya menggunakan kuasa Mingyu. Kuasa Mingyu juga sudah dinaik taraf. Jika sebelum ini, hanya 7 meter sahaja had kuasa Mingyu, sekarang, dia boleh meluaskan nya sebesar yang dia mahu. Malahan, Mingyu boleh mengawal untuk siapa dan kepada siapa dia mahu menggunakan kuasanya.

Wonwoo juga begitu. Selain menaik taraf teknik menyerang pihak lawan dan mencipta pelbagai alatan baru, dia baru mengetahui kegunaan bukunya.

"Let the rain of arrows fall on Mingyu's gravity area."

Ayat yang ditulis di dalam bukunya berkesan tidak lebih dari 15 saat. Biasanya, buku itu akan menunaikan apa yang dipinta nya dalam beberapa jam atau beberapa hari.

Tapi, setelah dia dan Namjoon mengkaji buku itu, mereka dapati buku itu boleh digunakan dengan lebih baik.

Mingyu dan Wonwoo menepuk tangan antara satu sama lain melihat taktik mereka berjaya.

Mengapa mereka tidak melaksanakan untuk semua tentera Darquin?

Jawapannya mudah sahaja, Mingyu dan Wonwoo mahu memberi peluang rakannya yang masih dahaga kan darah itu untuk memenuhi nafsu mereka.

Tambahan pula, mereka berdua tidak mahu membazirkan tenaga.

Wonwoo kembali menyimpan bukunya dan mengeluarkan dua pistol berkembar. Dipegang erat di tangan kanan dan kirinya, dia memandang Mingyu yang memegang pedang di tangan kanannya dan pistol yang dinaik taraf oleh Wonwoo di tangan kirinya.

"Ready?"

Wonwoo tersenyum dan membetulkan posisi Lysar yang diduduki nya.

"Ready."

"Mari kita mulakan!"

"Mari kita mulakan!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now