Soonyoung menonton jakun apa yang terpapar di skrin hadapannya.
"Tangkasnya budak ni."
Di skrin itu, terpapar figura Chan yang sedang berlatih mengelak semua serangan yang dituju ke arahnya.
Apa yang membuatkan Soonyoung terkejut ialah melihat kelincahan Chan menepis dan mengelak semua serangan. Tiada satu pun serangan yang disetkan Soonyoung terkena diri Chan–
"Seolah dia sudah dilatih sebelum ni kan?" terkejut Soonyoung mendengar suara di belakangnya.
"Oh Joshua hyung. Eih, buat terkejut orang je." Soonyoung memegang dadanya menenangkan detak jantungnya.
Joshua menggaru rambutnya yang tidak gatal,
"Surprise?"
Tertawa mereka berdua sebelum kembali menatap skrin di hadapan mereka.
"Hyung bila masuk? Tak nampak pun tadi?" soal Soonyoung memecahkan suasana sunyi.
"Saing kau masuk tadi. Aku guna illusion hehehe..."
Soonyoung tertawa mendengar hyungnya ketawa.
"Ah la yeke? Patutlah rasa macam ada orang ikut. Hyung rupanya hshshs..."
Mereka kembali menatap skrin di hadapan mereka.
"Aku tak sangka tiga hari aku ajar dia, ketangkasan dia macam dah lebih setahun diajar. Aku ingat hari pertama dengan kedua, aku cuma ajar asas je. Tapi, dia macam dah biasa. Unbelievable," masih dengan jakunnya, Soonyoung berkata.
Joshua mengangguk menyetujui.
Memandangkan Chan sudah berlatih hampir tiga jam tanpa henti di bawah itu, Soonyoung membuat keputusan untuk berehat sebentar. Dia menekan satu butang menyebabkan segalanya terhenti.
Chan yang sedang mengelak serta merta memandang tanda tanya ke tempat di mana Soonyoung berada. Soonyoung yang memahami segera merapati mikrofon,
"Chan, take a break. Come here."
Sekelip mata, Chan berada di situ.
"Oh hai Shua hyung!"
Tersenyum Chan melihat Joshua turut di situ jugak. Dia masih bernafas mengah namun kurang dari sebelumnya berkat latihannya bersama Jihoon.
"Hai Chan," Joshua membalas balik.
"Hyung, macam mana latihan Chan tadi? Okey?"
Soonyoung dan Joshua berpandangan seketika sebelum Soonyoung membalas,
"Perfect dude. Chan, kau pernah berlatih kat mana-mana ke sebelum ni?"
Chan menelan air liurnya kasar, takkan nak bagitau kot.
"Urh itu -" terhenti bicara Chan apabila tiada ayat yang sesuai di kepalanya.
Soonyoung dan Joshua berpandangan sekali lagi bersama kerutan dan persoalan. Melihat Chan tidak bersuara selepas itu, Joshua menepuknya,
"It's okay. Kalau tak boleh bagitau, kami tak paksa."
Joshua tersenyum sekilas. Chan senyap dan Soonyoung memerhatinya lama,
"Seventeen! Makan malam dah siap!" suara Mingyu tiba-tiba bergema.
Joshua menepuk tangannya menarik perhatian dua jejaka itu.
"Sudah, dah waktu dinner. Jom turun."
Chan mengangguk sebelum hilang dari pandangan. Lapar sangat lah tu kot.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasía[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...