🥂 ; twenty seven

1.4K 158 36
                                    

"Chan ialah housemates terakhir kitorang untuk jadikan Seventeen lengkap." Jeonghan mengakhiri kata-katanya sambil memandang Chan yang khusyuk mendengar cerita dia dan Seungcheol.

Mereka kini masing-masing memandang ke luar pintu lutsinar itu memandang bulan purnama yang memancar terang.

"Kenapa... Seventeen? Sedangkan kita hanya 13 orang?" soal Chan hairan.

Seungcheol dan Jeonghan tersenyum mendengar soalan Chan.

"13 members + 3 founder + 1 family. Memang kami target 13 orang untuk lengkapkan carta kami," terang Seungcheol.

"3 founder pulak merujuk kepada 95 liners. Aku, Cheol dan Shua. And 1 family. We're not just members, we're family, aren't we?" Jeonghan memandang dua rakan di sebelah kirinya.

"Yeah, we are," bisik Chan perlahan.

Dia menggeleng lalu tersenyum sikit mendapat pandangan tanda tanya dari kanan kirinya apabila mereka seakan mendengar Chan bercakap.

"Aku tak tau lah kenapa kembar tak sama bulan ni nak suruh aku jadi ketua untuk mereka. Walaupun aku sebenarnya tak layak, tapi nilah aku sekarang, ketua kepada 12 orang ahli," tersenyum Seungcheol memandang Jeonghan sekilas.

Jeonghan ingin membantah kata-kata Seungcheol namun terhenti saat mendapat pandangan Seungcheol.

Kemudian, mereka bertiga mendiamkan diri menikmati waktu malam yang indah itu.

"Chan kena tahu, setiap orang ada kisah dia sendiri. Tak semua mereka nak kongsi, dan kalau mereka kongsi, bermakna mereka betul-betul percayakan Chan."

Seungcheol dan Chan tersentak mendengar ayat Jeonghan yang tiba-tiba memecahkan suasana senyap itu.

Seungcheol memandang Jeonghan lama sebelum tertunduk. Dia percayakan mereka, Jeonghan dan Joshua sangat-sangat. Tapi, kata-kata jejaka itu menusuk hatinya.

"Diantara mereka, latar belakang Hoshi hyung yang paling sadis selepas kisah Woozi hyung. Kenapa dia dibuang?"

Jeonghan dan Seungcheol menggeleng kepala.

"Kami tak tahu. Dia taknak bagitahu secara terperinci. Tapi dari yang dia cerita, sebab sifat dia berlawanan dengan keluarga dia. Itulah apa yang dia kata."

Chan termangu seketika sebelum dia teringat,

'Patutlah. Kat tempat Hoshi semua orang jenis yang serius dan panas baran. Ahh, aku dah tahu puncanya.' Chan memetik jarinya menarik perhatian dua jejaka di kanan dan kirinya.

"Kenapa?"

Chan menggaru belakang kepalanya malu.

"Ehehehe. Teringat sesuatu," Chan senyum pura-pura taktau.

Seungcheol dan Jeonghan menggeleng kepalanya melihat kerenah rakan termudanya kemudian kembali memandang ke atas.

Seakan punya pertalian yang utuh, ahli Seventeen yang berada di bawah juga turut memandang langit malam. Meletakkan diri di atas rumput yang tidak terlalu lembut namun selesa bersama-sama sambil menghirup udara malam.

Masing-masing memaparkan senyuman yang cukup ikhlas. Ikhlas dengan persahabatan yang tercipta.

Langit malam kali ini sangat indah.

Jika boleh hidup mereka seindah langit yang dipenuhi bintang bersinar ditemani dengan bulan purnama. Pasti bahagia.

'Terima kasih untuk segalanya.'

'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now