"Afufufufu cantiknya cuaca harini~" Seokmin mendepangkan tangannya mengambil udara di sekitar mereka.
"DK! DAH DAH LATU! SINI TOLONG SUSUN MAKANAN!" jerit Joshua dari tempat mereka membentangkan tikar.
Seokmin tersengih lalu segera kembali ke tempat mereka.
"Dalam banyak-banyak tempat, kenapa hutan juga Han hyung pilih. Kenapa tak kat park ke sungai Han ke haih."
Jeonghan yang mendengar keluhan Hansol mengangkat kepala.
"Eh tolong, ni bukan hutan okay. Ni kawasan lapang yang dikelilingi pokok. And excuse me, korang tu bising yang amat. Karang orang lain yang nak berkelah dekat park and sungai Han tak tenang, buat malu je," pangkas Jeonghan lebar.
Hansol merungut namun nak taknak mengiyakan. Walaupun bukan dia yang bising seperti rakannya yang lain, tapi secondhand embarrassment nya, tak boleh bayangkan.
Selesai menyusun, semua mula berkumpul dan menjamah makanan yang dimasak oleh tak lain tak bukan semestinya Mingyu dengan pertolongan beberapa member lain.
"Oh ye Cheol hyung, sebenarnya kan, hyung kerja apa? Takdelah curious lah juga dapat duit berkepuk-kepuk dekat bank dengan dompet. Siap ada black card lagi. Tapi duduk rumah goyang kaki. Pasal rumah tak lah sangat sebab Jun hyung yang bina, tu haa pasal kereta dengan snack room tu. Apa cerita?"
Semua memandang Chan yang menatap mereka dengan wajah tanda tanya nya.
"Duh, dah enam bulan kau serumah dengan kitorang, sekarang baru tanya?" Mingyu menyoal tak percaya.
Chan menggosok belakang kepalanya malu. Alah, jangan salahkan dia. Selesa sangat hidup mewah sampai lupa nak tanya.
Seventeen menggeleng melihat perangai maknae mereka.
"Aku CEO of SVT Company."
Satu pernyataan cukup membuatkan Chan ternganga mulut.
"C -CEO?!"
Semua mengangguk.
"Cheol CEO, aku President, Jeonghan Vice President dan yang lain pekerja SVT Company."
Lagi sekali Chan ternganga. Dia terpaku seketika lalu menggeleng tak percaya.
"I -Wow..."
Mereka tergelak kecil.
"Tak payah lah terkejut sangat. SVT Company tu kecil je tak lah besar sangat. Dan pekerja nya cum kami je. Takde pun orang luar."
"Okay, you need to explain detail hyung. I'm getting confused."
Seungcheol meletakkan makanan nya lalu membuka mulut,
"SVT Company ni wujud selepas Seventeen bekerjasama dengan polis. Sejak Seventeen dibenarkan untuk menggunakan senjata api, jadi aku, Han dengan Shua bercadang untuk bina SVT Company."
"SVT Company ni ialah syarikat senjata untuk polis. Syarikat kita langsung tak dihebahkan dan dijadikan sebagai salah satu syarikat rahsia polis. Kebanyakan pistol dengan alatan yang polis Korea guna dibekalkan dari syarikat kita. Dari situ duit kita datang."
Chan mengangguk kepala memahami.
"Tambahan pula, kita bekerjasama dengan polis dalam menumpaskan penjenayah. Apa kau ingat tak bayar ke? Seventeen tak sebaik itu. Lagipun..." Seungcheol tersenyum senget.
"Seventeen is expensive."
Semua mengangguk menyetujui. Chan tergelak mendengar ayat itu. Macam dia pernah dengar...
"Oh ye, kenapa Chan tak join lagi kalau hyung kata semua member Seventeen bekerja kat situ?"
Kali ini Joshua mengambil tugas,
"Sebab SVT Company akan terima pekerja lepas dia setahun menjadi member Seventeen. Tak percaya tanya Seungkwan dengan Hansol."
Chan memandang mereka dan sebaik dia mendapat anggukan dari mereka Chan mengeluh lega.
"Fuh! Bolehlah Chan lepak dekat rumah. Lagipun tak puas lagi nak meneroka kat rumah tu hehe..."
Semua menjeling Chan tak puas hati. Amboi.
"Iyela-"
Kata-kata Wonwoo terpotong apabila mereka mendengar bunyi deraman haiwan di sekitar mereka.
Seventeen terkejut lalu tanpa disuruh, mereka bangun serentak dan membentuk bulatan. Meliarkan mata ke sekitar menanti pergerakan yang mengganggu mereka.
"Kenapa ni?"
"Tak tahu. Macam ada benda yang serang hendap kita. Get ready!" semua bersiap sedia mendengar arahan Seungcheol.
Dengan tiba-tiba, sesuatu keluar di sebalik rumpun dan menerkam Seungcheol.
Seungcheol terjatuh ke belakang apabila ia jatuh ke atasnya.
Seungcheol tergamam menatap wajah yang amat dikenali olehnya.
Belum sempat ia bertindak lanjut, dengan kekuatan yang ada, Seungcheol menolaknya kuat.
Mingyu dan Minghao yang melihat keadaan itu terkedu.
"HYUNG!"
Serta merta tubuh yang menghempap Seungcheol itu kebelakang. Mingyu dan Minghao, masing-masing menghalang ia dari mendekati Seungcheol manakala Seungkwan dan Junhui membantu Seungcheol bangun.
"M -macam mana serigala ada kat sini? Setahu aku tempat ini selamat," tanya Jeonghan terkejut.
Dia sudah pasti tempat ini jauh dari hutan tempat haiwan buas tinggal.
Tiada yang membalas soalan Jeonghan kerana mereka semua mengambil langkah berhati-hati apabila dikelilingi oleh sekumpulan serigala yang turut keluar dari tempat persembunyian mereka.
Seungcheol yang sudah sedar dari terkejutnya mengangkat kepala. Memandang tepat mata serigala yang menyerangnya sebentar tadi.
"Hyousuk..." perlahan namun jelas di telinga serigala tersebut.
Deraman perlahan kedengaran sebelum tubuh serigala itu berubah.
Seventeen kecuali Seungcheol, Minghao dan Mingyu terbeliak mata melihat serigala itu berubah bentuk menjadi seorang lelaki.
Pakaian lengkap ditubuhnya menjadikan jejaka itu seolah olah manusia sempurna.
Lelaki yang dikenali sebagai Hyousuk itu mengangkat kepala memandang mereka atau lebih tepat memandang Seungcheol lama. Dia tersengih sinis,
"Long time no see, Choi Seungcheol."
nk update tiga tapi baru siap dua. suprise ehe
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...