🥂 ; fourteen

1.6K 179 78
                                    

 Chan tersengih sinis. Dia berdiri seketika sebelum kembali memulakan langkah.

Kcing!

Seokmin menghela nafas mengah. Dia memandang Chan berhati-hati.

Kcing!

Seokmin berdecih. Dia menggunakan pedangnya menghalang dari Chan terus menyerangnya.

"Okay-okay, cukup."

Seokmin mengalah. Dia mengangkat kedua-dua tangannya menyerah. Nafasnya diambil mengatur rentak.

Chan tersenyum lebar. Dia berjaya buat Seokmin, Arthur of Seventeen kalah. Uyeha.

"As expected. You're really good Chan." Seokmin memaparkan senyuman manisnya.

Chan membalas senyuman. Bangga dengan dirinya.

"Thanks, hyung" ucap Chan membalas budi.

Seokmin mengajaknya ke bilik tinjauan untuk berehat. Sedikit letih apabila berlatih tiga jam berturut. Mereka melabuhkan duduk di depan meja kopi di dalam bilik tinjauan itu.

"Kau pernah berlatih sebelum ni ke Chan?"

Chan hanya mengangguk dan tidak membalas. Tidak menceritakan dari mana dia berlatih.

Seokmin mengangkat bahu. Malas mahu bertanya lanjut.

Suasana kemudiannya senyap. Nafas yang semakin tenang memenuhi suasana sebelum Seokmin memecahkan sunyi tersebut,

"Jadi..."

Chan mengalihkan pandangannya ke arah Seokmin.

"Memandangkan kau dah mahir berlatih menggunakan pedang..."Seokmin berhenti dan turut menoleh ke arah Chan.

"Nak tak kau berlawan dengan ahli lain?" soalnya sekali lagi senyuman matahari nya  dipaparkan.

Chan tergamam seketika. Ahli lain?

"Err, boleh ke hyung?" soalnya gementar.

Takut lah pula.

Seokmin mengangkat kening sebelah.

"Apa pulak tak boleh? Of course. Diorang sentiasa bersedia untuk lawan dengan siapa-siapa," balas Seokmin.

Sebenarnya dia teruja nak lihat perlawanan Chan dengan rakannya yang lain.

Gementar yang Chan alami berganti dengan satu perasaan teruja. Teruja untuk melihat kelebihan ahlinya yang lain.

"Nak susah ke sederhana ke senang?"Seokmin tersengih sekilas.

Di mindanya sudah merancang sebuah idea.

Chan berfikir sebentar. Kalau senang, tak boleh lah dia tunjukkan kehebatan dia. Tapi, kalau susah, takut pulak terguna kua –takut kalah dia maksudkan.

"Kalau DK hyung, cadang apa untuk Chan?" soalnya apabila dia tidak dapat membuat keputusan.

"Aku pulak yang kena cadang? Karang dapat susah jangan tanya kenapa," Seokmin tersenyum sinis sekilas sebelum menghirup kopi.

Entah dari mana tah datangnya kopi tu.

Chan merengus manja seketika. Suka lah tu dia dapat susah kan.

Namun, seketika mindanya bersetuju dengan pendapat Seokmin sebelum mindanya kembali menidakkan.

'Lebih baik ambil sederhana Chan. Taklah kau kepenatan nanti.'

Chan berfikir lagi. Kemudian, memandang Seokmin yang menunggu balasannya.

Dia sudah membuat keputusan,

Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now