"Chan? Dah tahu jadual hari ini?" persoalan mengejut dari Seungcheol membuatkan Chan tersedak.
"Uhuk uhuk –apa?" dia menyoal bingung.
Seventeen tergelak mendengar soalan polos dari Chan.
"Jadual hari ini, dah tahu belum?"
Chan meng'oh'kan sebelum menggaru belakang lehernya,
"Erm, DK hyung cakap pagi nie dia nak tunjukkan aku pusing lagi empat tingkat. Pastu, entah." Seventeen menggeleng perlahan.
"Petang nanti lepas lunch jumpa Woozi. Kau ada latihan dengan dia." Jihoon mengangkat kepala saat namanya disebut.
"Latihan apa hyung?"
"Latihan stamina. Jadual kau sepanjang dua minggu ni penuh tau. Harini, esok dan lusa, kau ada latihan stamina dengan Woozi. Tiga hari lagi, kau ada latihan ketangkasan dengan Hoshi dan tiga hari seterusnya kau ada latihan kekuatan dengan aku. Dari pagi sampai petang."
Chan membulatkan mata mendengar jadual nya. Seventeen tersengih jahat.
"Pastu, lepas habis sesi dengan aku, kau ada latihan menembak dengan Mingyu dan latihan menggunakan senjata tajam dengan DK. Dua-dua latihan tu dua hari. Masih dari pagi sampai petang. Full nonstop. Masa rehat kau cuma malam je. Jelas?" kata Seungcheol selamba lalu menyuap makanan ke mulutnya.
"Warghh, banyaknya!" Chan menjerit tak percaya mendengar jadualnya lagi.
"Eh sikit lah tu, Chan. Dulu masa aku masuk lagi banyak tau. Disebabkan mission pertama aku sebulan selepas aku masuk, setiap hari diorang push aku tahu tak. Kau kira beruntung tau takde latihan dari members yang lain. Tu, lima latihan tu, semua asas je tau," Hansol menyampuk di depannya.
"Asas? Ada yang lain lagi ke?"
Hansol mengangguk sebelum berkata,
"Latihan pertahanan diri dari Minghao hyung dan Jun hyung, latihan menggodam dari Wonwoo hyung dan Jun hyung, latihan perubatan dari Seungkwan. Tu belum lagi kau kena bertapa dalam library baca semua maklumat tentang supernatural dengan Joshua hyung. Oh tak lupa, latihan paling sadis, latihan tricks dengan Jeonghan hyung. Latihan paling stress lah, sudahnya aku kena prank je dengan Jeonghan hyung. Trauma kau tahu tak."
Hansol menggosok badannya mengingati memori sadisnya semasa latihan bersama mereka.
Chan ternganga mendengar cerita Hansol. Amboi, banyaknyaa.
Seventeen ada yang tersenyum malah tergelak mendengar cerita Hansol.
"Yang itu, nanti lepas mission pertama Chan baru buat. Sksksk, kau trauma dengan aku Sol?"Jeonghan tergelak apabila dirinya dijadikan memori sadis buat Hansol.
"Gila tak, nak menangis tahu tak berlatih dengan hyung. Chan, kalau kau berlatih dengan Jeonghan hyung, benda pertama kau kena ada, sabar. Benda wajib tu. Kalau tak, kau boleh menangis dalam bilik latihan tu"
Jeonghan tersengih apabila Hansol memberi amaran kepada Chan tentang dirinya.
Chan semakin teruja,
"Hansol hyung, ada tak di antara mereka, latihan mereka strict? Salah sikit kena tegur?"
"Ada, bagi akula –bagi aku tau, erm Minghao hyung dengan Wonwoo hyung. Strict dia tu kan, boleh buat kau berkurung sebulan dalam bilik sebab koyak dengan diorang. Nasib baik Jun hyung ada, kalau tak, aku rasa sekarang aku masih tenung dinding pikir pasal kesalahan aku hshs."
Minghao dan Wonwoo tersenyum nipis mendengar kata-kata Hansol. Mereka tidak menafikan kata-kata Hansol kerana yang lain jugak berkata sama seperti Hansol.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...