"Hyung..."
Semua memandang ke arah maknae mereka.
"I mean Han hyung-"
"Ah.."
Seventeen yang lain melanjutkan suapan mereka mendengar kata-kata lanjut daripada sang maknae kepada Jeonghan. Jeonghan mengangkat kening memintanya menyambung.
"Hyung taknak balik ke tempat asal hyung ke?"
Persoalan Chan membuatkan semua kembali memandangnya.
"Maksud Chan?"
Chan mengeluh.
"Dunia kita perlukan Han hyung. Rakyat yang terseksa dekat sana semua menantikan keajaiban untuk mereka kembali bebas dari dunia yang mereka duduki sekarang. Bagi mereka, kelahiran Han hyung merupakan satu anugerah paling terindah bukan sahaja untuk Crastazia Emperor malahan untuk seluruh rakyat Crastazia. Kelahiran hyung dengan kekuatan yang tiada siapa dapat mengharapkan sinar baharu ke dunia mereka. Tapi-"
Chan tersenyum perih.
"Darquin memusnahkan segalanya. Menghancurkan Crastazia Kingdom tanpa sehabuk membuatkan harapan mereka musnah. Niat King Darquin hanya satu, musnahkan ancaman dia terutamanya Han hyung."
Seventeen terkedu.
"Selama beratus tahun ini, hidup di bawah taklukan Darquin sangat perit. Rasanya hyung-deul dah boleh bayangkan dengan kehadiran dan kisah silam Hansol hyung dan Shi hyung, tapi Darquin dan penduduknya taktau, bahawa Crastazia masih menantikan kehadiran Han hyung ke dunia mereka setelah dikhabarkan bahawa pewaris Crastazia masih hidup. Hidup dalam rahsia bukan senang, satu hari, segalanya terbongkar. Entah dari mulut siapa, King Lee tahu akan khabar itu. Merasa dirinya terancam, dia hantar aku untuk memburu Han hyung. Untuk membunuh satu-satunya lawan dirinya supaya takhtanya tidak terancam."
Jeonghan menelan air liurnya payah. Dia harapan dunianya? Mana mungkin!
"Sebab tu, Chan tanya, hyung taknak ke pulang ke tempat asal Han hyung. Untuk ubah segalanya. Hyung ingat amanat Permaisuri Yoon?"
Jeonghan menggeleng. Seungkwan yang ketika itu membaca surat itu segera memetik jari,
"Yoon Jeonghan
Tolong sentiasa bahagia dan gembirakan dia.
Dia satu-satunya pewaris kami, pewaris yang kami tinggalkan untuk mengubah dunia kami semula.Tanggal 04 Oktober ,terlahirnya seorang pewaris dengan keistimewaannya, Angel Crystal Yoon"
"Dia satu-satunya pewaris, pewaris yang kami tinggalkan untuk mengubah dunia kami semula."
Chan menekan ayat itu. Jeonghan terdiam mendengar kata-kata Chan. Nampaknya memang dia harapan dunia sana.
"T -tapi Han hyung masih tak boleh guna kuasanya. Kuasa Han hyung boleh memudaratkan dirinya." Minghao memberikan alasan.
Hansol segera menyampuk,
"Tidak jika Han hyung berlatih. Kat sana ada satu Kingdom yang akan melatih semua rakyat di Crastazia untuk menjadi seorang tentera. Han hyung boleh berlatih dekat sana sampai dia mahir."
Semua membulatkan mulut memahami.
"J -jadi apa jawapan Han hyung?"
Jeonghan terdiam. Dia memandang ke arah Chan lalu menatap setiap seorang sahabatnya. Bukan hanya Chan, malahan Hansol dan Soonyoung juga memandangnya dengan mata berharap.
"B -baiklah. Kalau itu yang mereka harapkan, a -aku akan tunaikan"
Senyuman lega dan harapan itu jelas terpancar di wajah tiga jejaka yang memandangnya berharap.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...