🥂 ; seventy six

1.3K 157 195
                                    

Segalanya seolah bergerak lambat.

Melihat King Lee yang menghunus pedang ke arah Joshua dan Jeonghan yang leka membunuh tentera Darquin membuatkan Seungcheol tanpa berfikir dua kali berlari ke arah mereka.

"SEUNGCHEOL!"

Jeritan samar-samar milik Joshua terdengar dan dirinya sedar tusukan pedangnya betul-betul kena di tempatnya. Di jantungnya.

Menangkap senyuman sinis milik King Lee, dia memuntahkan darah saat orang tua itu memulas pedangnya.

Jeonghan dari jauh tergamam melihat tubuh Seungcheol yang jatuh perlahan-lahan.

Air matanya tanpa sedar mengalir dan jatuh menjadi crystal yang bersinar terang.

Tanpa semua sangka, Jeonghan melepaskan kuasa sebenarnya.

Cahaya mengelilingi tubuh jejaka itu sehingga sebahagian daripada mereka terpaksa memejam mata.

"KAU SENTUH SAHABAT AKU! KAU TERIMA PADAHNYA, MAKHLUK TAK GUNA!"

Mata Jeonghan bersinar terang. Biru cerah menyala dengan api kemarahan yang tidak dapat dibendung.

Jeonghan menghentakkan pedangnya ke tanah. Pedang yang terpacak itu kini mengeluarkan lukisan dan bentuk yang unik dan berkuasa.

Lingkaran lukisan di pedang ini kini turut berada di muka Jeonghan. Seventeen terkejut melihat perubahan Jeonghan.

Sayap yang pernah dilihat sekilas oleh mereka kini diserlahkan dengan megah. Menunjukkan dirinya yang berkuasa hebat itu.

Crystal muncul di merata tempat. Lantai yang seakan cermin itu tiba-tiba mencucuk musuh.

Shrkk!

Berkilat dan bersinar, namun dikotori dengan darah itu menyapa pandangan Seventeen dan yang lain.

Tubuh yang tersangkut di antara kuasa Crystal milik Jeonghan terkaku sekelip mata.

Jeonghan mengepak kan sayapnya sehingga dia tidak menjejak tanah. Pedangnya ditarik kasar dan sinaran biru terlihat sekilas.

"With the name of Crystal Last Heirs! Come with me, Crystal Light Curse!"

Jeonghan menghalakan pedangnya ke langit. Satu pancaran kecil menyapanya membuatkan semua tergamam kagum.

Synk!

Hilang sekelip mata semua musuh yang tercucuk di tusukan Crystal Jeonghan.

Seungcheol menatap lemah kuasa yang dikeluarkan oleh Jeonghan. Dia terkedu melihat kuasa sebenar Jeonghan

Dan paling dia tidak sangka, adalah kerana dirinya.

Diri Jeonghan yang sebenar muncul kerana seorang ketua yang lemah terbaring itu.

King Lee menatap tak percaya,

"Jadi inilah kuasa sebenar pewaris Crastazia," gumamnya perlahan.

King Lee memandang Seungcheol yang masih terbaring itu. Dia mendekati jejaka itu untuk mengakhiri hidup sang ketua.

"Sebab kau, pewaris tu tunjuk kuasa sebenarnya. Apa istimewa nya kau?" King Lee berdecih.

Seungcheol membulatkan mata ketika King Lee itu menjulang tinggi pedangnya.

Namun, senyuman kecil terbit di bibir Seungcheol melihat King Lee tersentak dirinya diserang dari belakang.

Bermula tangan kiri,

"KAU!"

Tangan kanan,

"RAJA!"

Kaki kiri

Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now