🥂 ; fifty three

1.5K 161 92
                                    

"Jeonghan, bangun sayang"

Matanya dikelip cuba menyesuaikan suasana. Putih, hanya putih.

"Aku kat mana nie?"

"Jeonghan,"

Jeonghan menoleh ke arah suara itu. Figura seorang wanita menerpa matanya. Wanita itu tersenyum manis dan matanya kelihatan berkaca,

"Anak bonda cantik, bonda bangga"

Serta merta air mata Jeonghan mengalir saat wanita itu menggelarkan dirinya bonda. Kakinya mendekati wanita itu dan terus menerpa memeluknya.

"Bonda hiks"

"Shhh sayang,semuanya akan berakhir." Permaisuri Yoon menenangkan Jeonghan yang menangis di bahunya.

"B -bonda, Hannie tak k -kuat. Han -nie rindu bonda"

"Kami pun rindu kamu Jeonghan."balas Permaisuri Yoon lembut. Jeonghan mengelap air matanya sebelum memandang bondanya pure,

"Kami?"

Permaisuri Yoon mengangguk,

"Tengok belakang kamu,"

Pintanya lembut dan tanpa membantah Jeonghan menoleh. Dirinya kaku saat melihat sekumpulan orang terpapar di matanya. Masing-masing menayangkan senyuman yang sangat indah di mata Jeonghan.

"Kami menunggu kamu, Jeonghan. Menunggu untuk kamu tahu siapa kamu sebenarnya."lanjut Permaisuri Yoon.

"Maksud bonda?" soalnya pelik.

"Yoon Jeonghan dengan gelaran Angel Crystal Yoon, heirs of Crastazia Emperor. Kamu memiliki Crystal, Past Memory dan kuasa setiap penduduk di Crastazia Emperor. Kamu mempunyai kuasa paling kuat di kalangan penduduk Crastazia kerana pemberian The King. Tapi, kesemua kuasa dan ingatan kamu, bonda kunci sampai masanya kamu perlu tahu. Jeonghan, kamu adalah sebahagian dari kami. Sebahagian dari Crastazia. Bonda sempat selamatkan kamu ketika kami berperang dengan Darquin 500 tahun dahulu."

Jeonghan membulatkan mata,

"500 tahun?"

Permaisuri Yoon tergelak,

"Ah, kamu dah tua sebenarnya hshs"

Jeonghan mempoutkan bibir. Seriousla umurnya 500 tahun. Kenapa tua sangat.

Tak, sekarang nie, dalam banyak-banyak maklumat yang Permaisuri Yoon bagi, usianya juga yang dia fokus.

Alahai Jeonghan!

Permaisuri Yoon mula tenang,

"Sekarang, masanya kamu tahu Jeonghan. Segalanya akan terbongkar"

Kata Permaisuri Yoon sebelum Jeonghan merasa dirinya bercahaya. Jeonghan yang terkejut dengan perubahannya memandang bondanya tanda tanya,

"Ingat pesan bonda, kenali dan fahami kenapa dia buat sebegitu kepada Jeonghan. Tolong selamatkan dia dari dunia yang dia takutkan"

Jeonghan mengerutkan kening,

"Dia?"

Permaisuri Yoon hanya tersenyum. Dia memeluk badan Jeonghan yang bercahaya,

"Segalanya akan terbongkar, Angel Crystal Yoon"

Dan Jeonghan merasa banyak badan memeluknya. Dirinya bercahaya semakin terang sebelum segalanya kelam.

Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now