Jeonghan tidak senang duduk di rumah. Dia asyik menghentak kaki dan menggigit kukunya kerana cemas sehingga dimarahi oleh rakannya yang lain.
"Han hyung... relax please... Cheol hyung dengan yang lain okay je," Seokmin memujuk nya.
Risau pula dia melihat keadaan hyungnya.
"Tak! Aku tak kesah pasal tu. Sebab aku tahu diorang okay!" pangkas Jeonghan.
"Habistu?" soal Chan pelik.
"Betulke Cheol tu werewolf? Kalau betul, kenapa dia tipu aku?"
Semua terkedu di tempat mereka. Tiada seorang pun mampu membalas kerana mereka juga masih tertanya dengan identiti Seungcheol.
"Han..."
Lembut sahaja Joshua memanggil. Dia tahu di sudut hati jejaka itu, Jeonghan mengharapkan semua ini tidak betul.
Kerana dia tahu, Jeonghan tak mahu kepercayaan yang dia letakkan kepada Seungcheol musnah begitu sahaja.
"Tak Shua! Aku tak percaya Cheol sanggup tipu kita selama berbelas tahun ni!" Jeonghan menggeleng tidak menerima kenyataan.
"Hyung-"
"Cheol takkan buat begitu. Cheol takkan musnahkan kepercayaan kita kan, Shua?"
Pandangan merayu yang dihantar oleh Jeonghan kepadanya hanya ditatap simpati oleh Joshua.
"Han... kita tunggu dari mulut Cheol okay. Kita tak boleh buat keputusan tanpa usul periksa, arra?"
Dengan terpaksanya, Jeonghan mengangguk.
Dia mengambil nafas dalam untuk menenangkan hatinya yang masih gundah itu.
Saat dia memandang wajah Chan selepas mengangkat kepalanya, mindanya automatik merancang sesuatu.
"Chan-ah, boleh tak Chan pergi balik tempat diorang kat sana? Bantu diorang. Aku rasa diorang tak mampu lawan berenam memandangkan lawan mereka ramai."
Terkebil-kebil Chan mendengar permintaan Jeonghan. Dia tersentak saat Joshua menepuk bahunya dan mengisyaratkan jejaka itu mengikuti permintaan Jeonghan.
"Uh... boleh kot...?" dengan ragu-ragu Chan membalas.
Melihat mata Jeonghan yang bersinar, Chan tersenyum. Tak apalah, demi hyungnya.
"Chan tolong diorang tau. Pastu bawak diorang balik melalui teleport. Biar cepat sikit," pinta Jeonghan lagi.
"Habis tu, van kita?" Wonwoo menyampuk. Uh, harta kesayangan tu.
"Tinggalkan Jun seorang je kat sana. Pepandai lah dia uruskan. Cakap dengan dia, Joshua suruh. Tak berani tak dia bantah," kata Joshua pula.
Chan memandang Joshua kemudian Jeonghan kemudian Wonwoo dan yang lain selepas itu.
Mendapat persetujuan semua, dia terus menghilangkan diri di hadapan mereka.
Joshua meletakkan tangannya di bahu Jeonghan lalu berkata.
"Semua baik-baik je. Aku yakin."
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantastik[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...