"CHWE HANSOL VER -umph!"
Mulut Seungkwan ditutup Hansol apabila Seungkwan hampir tersebut nama penuhnya.
"Shhh! Kau ni en nak marah aku janganlah sebut nama belakang tu. Bahaya tahu tak!" Hansol bersuara sedikit tinggi.
Seungkwan menjeling Hansol lalu melepaskan tekupan tangan Hansol di mulutnya.
"Tahu taknak kantoi. Dahtu... KENAPA KAU PERGI RACUN AKU PUNYA POKOK BUNGA HAH? PENAT KAU TAHU AKU JAGA EY MAMAT NI ELAK KENA TAMPAR JE -jhsjhsjsj..."
"Sudah Seungkwan. Suara tu jangan kuat sangat. Ye sorry. Aku tersentuh tadi." Mudah semudah ABC Hansol meminta maaf.
Seungkwan menghela nafas geram. Kalau diikutkan memang dia cekik leher Hansol ni.
"Dah arr aku nak keluar. Tak sanggup tatap wajah talam ni. Eih!"
Seungkwan terus keluar dari kedai bunga tersebut.
Hansol yang baru nak mengejarnya terhenti apabila Seungkwan tiba-tiba berhenti dan menoleh.
"Makcik Hyuniee!"
"Yow Kwannie. Kejap kejap!" Seorang wanita 40-an tiba-tiba muncul di sebalik bunga-bunga di dalam kedai tersebut.
"Kenapa?"
Seungkwan memuncung bibirnya hampir menangis.
"Bunga Kwan dah mati. Hansol buat. Apapun, terima kasih bagi tempat untuk bunga Kwan."
Hansol menjulingkan mata. Drama King betul.
Makcik Hyunnie memandangnya simpati sebelum memeluk jejaka itu.
"Alolo sian dia. Nak makcik kasi bunga lain tak?"
Seungkwan menggeleng.
"Bunga tu je unik tau. Kwan jumpa dia dekat hutan. Susah nak jumpa. Tak sama dengan makcik bagi," Seungkwan mencebik.
"Haih yelah. Ni nak balik ke?" soal makcik Hyunnie.
Seungkwan mengangguk.
"Hati-hati jalan. Hansol, kamu tu jangan lah cari pasal dengan Kwannie je," tegur makcik Hyunnie.
Hansol menggaru belakang kepalanya apabila ditegur wanita 40-an itu.
"Takdelah. Sol cuma gurau je dengan dia hehe..." Seungkwan menjeling dia tajam.
Gurau apa sampai racun bunga orang?
Makcik Hyuniee menggeleng perlahan sebelum mereka bertiga berpamitan.
Seungkwan terus sahaja melintas meninggalkan Hansol yang terpinga-pinga di tepi jalan.
"Yah! Kwan tunggu aku -AHHH!"
PIN!
Seungkwan menggulingkan mata lalu menoleh ke arah Hansol yang hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Dia menghampiri Hansol yang kini didatangi seorang jejaka.
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...