Kini, hanya tinggal beberapa orang mafia setelah beberapa jam berlawan. Kesemua mafia yang tinggal kini berkumpul bersama Chuwae.
Takut ke tu bang?
Seventeen turut berkumpul membentuk satu kumpulan. Kini, mereka berhadapan antara satu sama lain dan masing-masing memegang alatan bersedia.
"SERAHKAH DIRI KALIAN, REDDEN MAFIA! KALIAN TAKKAN MENANG!" lantang Seungcheol bersuara.
Chuwae berdecih.
"Serah diri? NEVER!"
Seventeen tersenyum sinis. Memang minta mati gadis itu walaupun hakikatnya mereka tidak boleh membunuh gadis itu.
Kelihatan mafia-mafia yang selebihnya perlahan-lahan mengundur untuk melarikan diri.
"WZ, kejar mereka! Jangan bagi mereka terlepas!"
Jihoon mengangguk menerima arahan. Dia mula hilang dan hanya cahaya menangkap gerakan Jihoon.
Namun, baru separuh jalan, Jihoon tiba-tiba terundur saat dirinya dihalang sesuatu.
"Apa benda tu?"
Seventeen terkejut melihat bayangan hitam bersisik ular besar tiba-tiba muncul menghalang tindakan Jihoon.
Jihoon mengundur apabila bayangan itu mara ke arahnya dan belum sempat Jihoon bertindak apa-apa, bayangan ular hitam itu menyerangnya.
Brkk!
"WZ!"
Jihoon terpelanting menghempap dinding. Seventeen terkejut dan Seungkwan segera berlari ke arahnya. Jejaka itu memeriksa keadaan tubuh Jihoon.
"Uhuk uhuk! No! I'm okay." Jihoon terpelosok jatuh.
Seungkwan mengeluh lega mendapat tiada luka yang teruk terhadap Jihoon. Dia membantu Jihoon merawat dirinya.
Seventeen memandang kembali ke bayangan ular hitam itu. Ular hitam itu perlahan-lahan kembali ke suatu tempat dan melingkar di kawasan itu sebelum perlahan-lahan menghilang.
Sebaik kepulan bayangan itu hilang, empat orang gadis keluar muncul di sebaliknya.
"Siapa diorang tu?" gumam Minghao perlahan.
Hansol membulatkan mata. Dia mengenali empat gadis tu.
"WW, cari maklumat tentang mereka." Arahan Seungcheol kedengaran dalam earpieces mereka.
Sementara Wonwoo mencari, Seventeen menatap berhati-hati keempat gadis itu.
Mata mereka membulat dan iris mereka nipis. Seakan mata ular. Sebahagian wajah dan badan mereka juga bersisik ular. Pergerakan empat gadis itu megah dan yakin menggerunkan Seventeen.
"Guys..."
Semua hairan mendengar Wonwoo memanggil mereka.
"Diorang tiada sebarang data. Bila aku cari tentang mereka, hanya 'ERROR' yang terpapar. Seolah mereka tidak wujud."
YOU ARE READING
Imposibble Secret •S.VT•
Fantasy[COMPLETE] 🏆King Of Fantasy | BRILLANTE AWARD 2021 🥈Top 2 The Great Fanfiction | THE DIAMOND AWARD 2021 🥈Top 2 Diamante Best Fantasy | DIAMANTE AWARD 2021 . Lee Chan , seorang jejaka yang terpilih menjadi ahli terakhir Seventeen . Kehadiran dia...