🥂 ; five

2K 205 45
                                    

Joshua menghela nafas sebentar. Dia berterima kasih kepada Hansol yang memberikannya air sebelum meneguk perlahan. Melegakan tekak yang kering.

Setelah selesai dia memandang slideshow yang terpapar wajah Seokmin.

"Okay, kita sambung semula." Joshua menarik nafas.

"Lee Seokmin. Code name, DK. Arthur. Abilities ; Bring It powers dan mahir menggunakan apa sahaja alatan tajam terutamanya katana. Katana yang Seokmin tuju dekat aku tadi ialah katana kegemaran dia. Dan banyak lagi alatan tajam kepunyaan dia. Kat badan dia tu pun berlambak, cuma tersorok." Seokmin tersengih memandang Joshua kemudian memandang depan semula.

"Another one is Bring It powers. Kuasa dia yang ni sebenarnya bukan ability Seokmin, tapi Seungkwan tak sengaja kasi kuasa ni dekat dia. Bring It powers adalah kuasa, kalau dia nak semua dapat. Petik jari semua datang. Tapi, adalah syarat yang kitorang dah kasi. Kalau tak, semua dia petik jari. Pastu, tak bersalah lepas rembat dan curi kepunyaan orang."

Seokmin tergelak kecil apabila Joshua menjelingnya. Nampak sangat pernah buat.

Kali ini, wajah Mingyu pulak terpapar.

"Kim Mingyu. Code name, MG. Headhunter. Abilities ; Headhunter and Gravity powers. Dia nie penembak tepat. Kau dirilah camne pun, pusing kiri pusing kanan, aim dia mesti tepat. Banyak senjata dia di upgarde oleh Wonwoo. Sebenarnya, kuasa dia dan kemahiran dia saling berkait."

Joshua terhenti memandang semua wajah yang tekun mendengar. Padahal, dah banyak kali kot dengar kecuali Chan. Seronok mungkin dengar Joshua memberi penerangan.

Joshua tersenyum nipis sebelum menyambung,

"Disebabkan Mingyu mempunyai kuasa graviti, jadi Wonwoo mencipta beberapa peluru yang terlalu ringan. Peluru tu khas digunakan jika dia menggunakan kuasa graviti supaya dia dapat aim dengan tepat ketika menembak. Kuasa graviti dia pulak biasanya digunakan untuk memberatkan seseorang. Kuasa graviti nya mempunyai had. Kalau Mingyu nak sasarkan orang tu, dari orang tu sehingga jarak ke 7 meter sahaja. Selebihnya kuasa dia tiada kesan."

Slide kemudian berubah dan terpapar wajah Minghao,

"Xu Minghao. Code name, D8. Self-defenser. Abilities ; Mind Controlling powers dan tahu semua jenis pertahanan diri. Okay pertama sekali, dia boleh kawal orang, baca pemikiran orang, padam memori seseorang, pukau orang dan sama waktu dengannya. Biasanya, Minghao ni suka baca pemikiran orang. Jadi, pandai-pandailah nak slip kan dekat otak tu. Tapi, terpulang dekat dia sama ada nak guna kuasanya. Dia boleh on-off kan kuasanya sesuka hati. Oh tak lupa juga, orang yang dikawal Minghao sedar yang dia dikawal cuma tak boleh buat apa-apalah."

Minghao tersenyum kecil memandang Chan kemudian dalam senyap memandang Soonyoung,

"I'm not tiger, eh –XU MINGHAO!"

Berdekah semua saat Soonyoung tiba-tiba bersuara. Soonyoung merengus geram namun seketika kemudian turut tergelak,

"Okay-okay sambung. Minghao tak baik," Joshua menegur Minghao dengan baki ketawanya.

"Dia jugak mahir dalam semua jenis pertahanan diri. Wushu adalah teknik pertahanan diri yang paling-paling dia mahir. Jadi, jangan kerut keninglah, kalau lawan tangan dengan dia nampak macam pelik je." Joshua tersenyum innocent memandang Minghao.

"Oh tak lupa jugak, senjata rahsia dia. His mullet. Di sebalik rambut yang dia bela tu tersimpan 1001 jarum peniti yang tajamnya macam katana kegemaran DK. Aku pun tak tahulah macam mana dia handle mullet dia tu. Oh, senjatanya tu dicipta Wonwoo. Macam biasa." Joshua mengangkat bahu.

Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now