🥂 ; seventy five

1.1K 149 47
                                    

Soonyoung menatap mata lawannya. Lawan yang pernah menjadi tempat dia bersandar suatu ketika dahulu.

"Hyung..."

Sonhee tersentak saat Soonyoung memanggilnya begitu. Dirinya menjadi kekok mendengar panggilan yang sudah lama dia lupakan.

"Don't call me hyung, Hoshi."

Sonhee memandang tajam ke arah Soonyoung yang tersenyum senget itu. Dia tahu jejaka itu cuba mencari kelemahan dia.

"Tak rindu aku ke, Sonhee?"

Soonyoung mengikuti permintaan Sonhee yang tidak mahu dirinya digelar 'hyung'.

Sonhee menggeleng lalu membuka kekuda kakinya.

"Jangan buang masa, Hoshi. One by one."

Soonyoung menayangkan senyuman yang terukir untuk mencabar Sonhee.

"Sure, it will be fun," ucap Soonyoung sambil mengeluarkan pedang yang lagi tadi tidak disentuh di pinggangnya.

No. It's not fun.

Soonyoung mengambil nafas lelahnya. Dia memandang Sonhee yang tersenyum sinis melihat dirinya yang hampir tersungkur itu.

Dia tidak menyangka Sonhee semakin kuat. Serta dia tidak sangka, dia masih tidak mampu menandingi Sonhee.

Ya, dia tahu Sonhee sangat handal dalam bermain pedang, tapi kenapa dia masih belum dapat kalahkan jejaka itu walaupun sudah berlatih selama beberapa bulan di Aermannia.

Soonyoung berdecih kuat. Dia geram kerana dia masih lemah.

"Kau masih lemah, Hoshi."

Soonyoung menahan dirinya dari pergi lebih jauh sebaik diserang Sonhee.

Shing!

Shrkk!

"Ak!"

Soonyoung memegang pedang yang ditusuk di atas dadanya.

Darah merembes keluar dari tempat ditusuk itu dan dari mulutnya.

Sonhee menarik pedang nya kasar sambil tersenyum sinis melihat Soonyoung yang terduduk sambil terbatuk.

"Kita berhenti di sini ya, Hoshi?"

Soonyoung membulatkan mata melihat Sonhee yang mengangkat pedangnya tinggi.

Shring!

Mata Jihoon menatap tajam wajah terkejut Sonhee saat melihat jejaka itu menghalang dirinya dari terus menikam Soonyoung.

Soonyoung sedikit tergamam melihat Jihoon yang tiba-tiba muncul. Namun, dia bersyukur kerana Jihoon hadir pada masa yang tepat.

Sonhee mengundur sedikit jauh dari Jihoon dan membuka kekuda.

Jihoon menoleh ke arah Soonyoung dan wajah risaunya tidak dapat disorokkan melihat bahagian atas dada Soonyoung yang berdarah teruk.

Dia menghembuskan sedikit serbuk yang entah dari mana datangnya ke tempat cedera itu dan cahaya hijau lembut muncul.

"Pergi ke paramedik. Kau tak boleh lawan kalau keadaan kau macam ni," pesan Jihoon lalu kembali memandang ke arah Sonhee yang sudah bersedia untuk menyerang.

Soonyoung terkebil-kebil seketika untuk memproses kata-kata Jihoon. Setelah itu, dia mengangguk dan bangun dalam keadaan mengah.

Jihoon menggigit bibir bawahnya melihat Sonhee.

"Seorang bantu aku. Aku tahu aku tak boleh menang kalau lawan Sonhee seorang. Sedangkan Hoshi pun kalah, apatah lagi aku," pinta Jihoon.

Suasana di earpieces Jihoon kemudiannya senyap seakan semua berfikir tentangnya. Keadaan itu tidak bertahan lama apabila Jeonghan memecahkan suasana,

Imposibble Secret •S.VT•Where stories live. Discover now