BAB 6

242 22 1
                                    

Setelah hari sukan dijalankan, pengetua sekolah memberikan cuti peristiwa kepada para pelajar. So,aku dah plan nak buat apa cuti ni. Takkan nak duduk dekat rumah je kan? Aku dah penat duduk dekat rumah yang tak berpenghuni ini. Sebelum laksanakan plan yang aku rancang, aku mestilah minta izin dengan mama dan papa aku dulu. Macam mana pun, mereka tetap mama dan papa aku.

"Hye adik. Tak tidur lagi ke? " Tanya mama apabila melihatku turun tangga.

"Belum ma, esokkan cuti" jawabku selamba

"Ouh ya ! Mama lupa" jawab mama sambil bermain phone.

"Mama, papa boleh tak adik nak pergi mall esok? " Ujarku dengan penuh kelembutan.

"Boleh je,pergi la.. Esok mama dengan papa kena pergi Dubai. So adik nak dduk rumah along ke angah? " Soal papa sambil menyemak document - document penting.

"Boleh tak kalau adik ajak kawan adik tidur sini?"
Tanyaku

"Boleh je, nnti nak makan apa - apa minta dekat Mak Cik Tie je ye" kata mama

"Baiklah mama" jawabku

"Dah la, mama nk pergi packing baju" kata mama dan berlalu pergi ke bilik.

"Pa..." tidak sempat memanggil papa juga berlalu pergi masuk ke bilik kerana Telefon bimbitnya berdering. Aku menahan air mata yang hampir turun membasahi pipi ini. Jelas ternyata bagi mereka work is more important than his child.

***

Setelah aku bersiap, aku mengenakan kameja putih, seluar palazo berwarna putih dan tudung berwarna biru gelap. Selang seminit selepas aku siap, grab Aamiena juga sampai lalu aku bergegas turun dengan memakai heels.

Aku berasa hari ini yang paling bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama - sama Aamiena.

"So, macam mana? Boleh ke tak tidur rumah aku? " Tanyaku dengan sangat gembira

"Of course boleh" jawab Aamiena dengan yakin

"Yes !" Ujarku dengan penuh teruja

"Jom beli hot chocolate" ajak Aamiena

"Let's go, kau tahu - tahu je yang aku ni teringin" ujarku

"Of course, you are my friend" jawab Aamiena selamba

***

"Assalamualaikum.." Faris memanggil dengan kuat

"Waalaikumsalam.." jawab Mak Cik Tie

"Fara mana? Tidur lagi ke? " Soal Faris kepada Mak Cik Tie

"Fara pergi keluar dengan kawan dia. Malam ni kawan dia tidur dekat sini" Mak Cik Tie menerangkan kepada Faris.

"Baiklah, nanti dia balik tolong bagi ini dekat dia ye" sambil menghulurkan sebuah beg kertas kepada Mak Cik Tie.

***

Sewaktu kami berjalan keluar dari mall, aku terlanggar bahu seseorang dan setitik hot chocolate yang dibeli sebentar tadi terpercik dibajunya sedikit.

"Sorry encik.. Sorry.. Sorry.." Rayuku dengan ketakutan

"Sesedap hot chocolate kau je kan nak say sorry !!" Kata Emir dengan kemarahan

Aku cuba mengangkat kepalaku perlahan - perlahan untuk melihat jejaka itu. Aku sangat terkejut melihat orang di hadapan aku ini adalah Emir Shahril. Aku dapat menangkap raut wajahnya yang sedang bengang apabila menatap muka aku.

"Kenapa Faradina Inani? " Soalnya apabila riak wajahku sangat terkejut melihatnya

"Saya minta maaf sangat - sangat. Saya betul - betul tak sengaja" aku menunduk rayu kepada Emir sambil menitiskan air mata ketakutan di hadapan Faaeq, Khairy dan Aamiena yang masih tercengang dengan kami berdua.

"Dah la, Emir ! Sikit je kan !" Faaeq menenangkan Emir

"Dah la, maafkan je la dia, setitik je pun nak kecoh - kecoh pahal? " Bengang Aamiena

"Okay, aku maafkan.." Emir membalas dengan senyuman sinisnya itu

Emir mengambil hot chocolate di tangan Aamiena lalu menyiram hot chocolate itu di atas kepala Fara yang disaksikan oleh khalayak ramai. Faaeq, Khairy dan Aamiena terkejut dengan perbuatan Emir.

***

" How dare ! It's very rude, right? " Kata Aamiena dengan rasa geram terhadap Emir melakukan perkara itu di depan khalayak ramai.

"It's okay la. Lagipun salah aku juga." Ujarku dengan tenang

"What ?!?! Baju kau sampai rosak macam ni pun kau still nak maafkan dia? Kau tahu tak dia dah malukan kau depan orang ramai ?!" Bebel Aamiena kepadaku

Aku hanya mendiamkan diri untuk melupakan apa yang telah berlaku pada siang tadi. Aku tak suka nak marah - marah dengan hal kecil - kecil ni. Lebih baik aku berdiam supaya hal ini tidak menjadi lebih besar.

"Errghh ! Aku tak faham la dengan kau ni ! " Aamiena betul - betul marah dengan kelakuanku

......




"

struggleTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang