BAM !!!
........Aku sangat terkejut melihat orang yang didepan aku itu ialah Daniel iaitu sepupu aku yang paling rapat denganku. Kami sudah lama tidak berjumpa semenjak pak long dan mak long berpindah ke Dubai. Tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan gembira ini. Rasa nak peluk jaa!. Nasib baik aku masih ingat HARAM, HALAL. Perubahan yang sangat ketara ni! Dengan gaya ala² mat saleh, putih, tinggi, berjacket hitam dan stail rambut di tepi. Confirm ramai perempuan beratur ni!. " kalaulah dia bukan sepupu aku,memang dah lama aku buat dia sebagai calon suami aku. Hahaha.." bisik hatiku.
Meja makan sunyi sepi sebelum dikejutkan dengan soalan papa.
" Berapa bulan kamu duduk sini, Daniel? " soal papa kepada Daniel yang berada di hadapanku
" Daniel pindah sini terus la pak su " jawab Daniel dengan melontarkan senyuman
" Laa..ye ke ? " kedengaran suara mama yang sangat gembira
" Kalau macam tu,duduk je la sini,lagipun along dengan angah duduk rumah mereka. Sunyi je rumah ni! " pujuk papa
" Daniel ikut je" balasnya
" Betul ke daddy kamu bagitahu yang kamu nak kerja dekat syarikat paksu?" tanya papa dengan series
" Iye, paksu " jawab Daniel
" Alhamdulillah, esok bagi resume dekat paksu ye " ujar papa
" Baiklah paksu" jawabnya sambil menyuap makanan ke mulutnya
" Adik ! Kenapa senyap je? " soal mama mengejutkan aku
Aku hanya melontarkan senyuman kepada mama. Daniel juga hanya melontarkan senyuman kepadaku. Dah 10 tahun tak jumpa mestilah rasa malu kan. Tambah² lagi masing² dah berubah wajah.
*******
Hari ini genap 3 bulan aku kerja dan gaji aku telah aku simpan untuk kegunaan cafe aku nanti. Semakin hari semakin banyak kerja yang aku kena buat sehinggakan aku perlu pulang lebih lewat untuk selesaikan semua kerja.
" Hai sayang! " setelah pintu pejabat aku dibuka kedengaran suara Arman sambil melangkah kakinya ke dalam bilik pejabatku
" Ya Encik Arman, kenapa?" tanyaku seakan seorang bos
" Sayang, I rindu la dengan you" ujarnya menggedik
" Kalau tak ada apa boleh keluar ye Encik Arman" ujarku dengan baik
" Sayang, I just rindukan you" Arman berjalan menghampiriku sambil mengangkat tangannya untuk memegang bahuku, tetapi aku sempat mengelak daripadanya dan aku terus keluar dari bilikku dengan perasaan yang sangat takut.
********
Sebelum Emir melangkah masuk ke bilik pejabatnya. Emir terdengar suara yang sangat riuh dalam pejabat itu lalu Emir segera masuk dan sempat memerli mereka.
" Ingatkan ada kenduri tadi. Apa yang seronok sangat sampai riuh semacam ni?" tanya Emir
" Kau tahu tak Faris ada adik? " soal salah seorang pemuda di situ
" Tak. Kenapa dengan adik dia?" soal Emir kehairanan
" Takkan kau tak tahu dia ada adik? Kau kan kawan baik dia. Macam ni, semalam adik dia datang hantar phone Faris, kau tahu tak adik dia cun gilerr, ayu pulak tu. Aku dekat situ rasa nak cair je dengar suara dia" ujar pemuda itu dengan penuh semangat
" So?" soal Emir sambil mengangkat keningnya
" Tak la, selama ni kan kita tak pernah tahu Faris ada adik, sekali dia muncul perghh cantik!" ujarnya
" Hurmm, yang tu je korang cerita sampai riuh semacam. Baik aku buat kerja la!" ujar Emir selamba.
........
YOU ARE READING
struggle
RomanceCinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah. Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...