BAB 30

171 10 0
                                    

Di airport sangat la sesak dengan keluarga yang menghantar lagi, dengan rombongan umrah, dengan pelancong. Emir tercari - cari bayangan adik bongsunya itu.

" Abang ngahh !!" lari adik bongsunya itu memeluk Emir

" Rindunya.. Kenapa nampak gemuk ye?" perli Emir

" Abang ngah ni !!" marah Heyna

" Hahaha.. Abang ngah nak bawa Heyna jumpa seseorang istimewa. Nak tak?" ujar Emir tersenyum lebar

" Who?" soal Heyna tertanya - tanya

Emir hanya membalasnya dengan senyuman..

***** 

Kedinginan hujan ini membuatkan aku lapar dan sangat mengantuk. Aku terlena di rumah aku belakang cafe. Di situlah rumah untuk aku berehat dan lari dari semua masalah yang berada dalam rumah family itu.

TUT !! TUT !! telefonku berbunyi membuatkan terjaga dari tidur lalu menjawab panggilan dari Aamiena itu

" Hey beb !!" sapaan Aamiena

" Mmm.." jawabku malas kerana mengantuk

" Oii !! kau baru bangun tidur ye? Ishh ! kau ni la !!" bebel Aamiena

" Hah, kenapa kau call ni?" soalku sambil menggosok mata untuk membolehkan mata aku terbuka luas

" Hmm.. aku nak order makanan ni !" ujar Aamiena

" Ya Allah, kau nak order makanan kau call la cafe !! Haishh !" bengangku

" Kalau aku nak pekerja kau hantar dah lama aku call cafe kau, but I want you to send the food !" ujar Aamiena selamba

" What ? kau dah kenapa pula Aamiena oii !! kau tak payah mengada sangat ! kalau aku lempang kau ni, best oo.. Haish !" bebelku

" Kau kena juga hantar untuk aku !! aku nak french fries and hot chocolate 2 okay, bye " arah Aamiena

" What? Aamiena !!" jeritku lalu segera ke cafe

*****

" Ouh ! ni pun Cik Fara" kata Syaza

"Why Syaza?" tanyaku sambil mengangkat kening

" Ini pesanan order yang customer nak Cik Fara hantar !" ujarnya sambil memberikan ku talam yang dipenuhi dengan hot coffee, blueberry ice cream, french fries and blueberries cake. Aku kehairanan. Setahu aku Emir sahaja yang mengada nak aku hantarkan pesanan dia. Tetapi kalau ni Emir takkan la makan banyak - banyak.

" Okay, nanti bungkuskan french fries and hot chocolate 2 ye" ujarku

" Baiklah" jawab Syaza ringkas

Aku terpaku di tempatku berdiri dalam kira - kira 10 meter dari mejanya itu. Dada berdebar hebat melihatnya dengan seorang perempuan yang tidak aku kenali. Dari tempatnya itu, aku nampak kedua -dua mata coklatnya itu memandangku.

" Nak tunjuk mak we la tu !! Erghh ! buat semak cafe aku je dengan maksiat bersepah - sepah" bengangku dalam hati

" Hye !" sapaan Emir

" Enjoy your meal" ujarku dengan senyuman lalu aku melangkah pergi

" Akak, Can I order blueberry cookies?" soal Heyna sambil menikmati blueberry cake itu

" What ? Akak? apa punya girlfriend yang kau cari ni, Emir !! kurang ajar betul dia panggil aku kakak !! aku tak tua lagi la !!" bebelku di dalam hati

" Ye, sekejap ye !" aku segera mengambilnya dengan hati yang bahang

" Banyaknya Heyna makan ! tak takut gemuk ke?" soal Emir

" Heyna lapar la, abang ngah" ujar Heyna manja

" Okay, ini blueberry cookies ye" ujarku tersenyum terpaksa untuk menjaga hati pelanggan

" Fara, duduk la dulu " ujar Emir

" Eh ! tak ganggu ke?" soalku memerli

" Tak la ! duduk la dulu" pujuk Emir

Lalu Fara duduk di kerusi hadapan Emir. Manakala Heyna duduk di sebelah Emir.

" Ni ke seseorang istimewa tu?" terus -terang Heyna bertanya

Aku terbuntang mata apabila mendengar ' seseorang istimewa itu' eeeeuuu

" Fara, kenalkan ni adik saya " kata Emir

OMG tekaan aku adalah salah. Rasa berdosa pula menuduh. Memang patut la dia panggil aku kakak tadi,
hahaha.." kata hatiku

" Hye kakak, panggil saya Heyna je tau" Heyna perkenalkan diri dengan senyuman manis budak - budaknya

" Hye, saya baru tahu awak ada adik, hahaha.." ujarku tersenyum pada Emir

" Saya baru je ambil dia dekat airport, dia baru balik Melbourne" terang Emir

" Ouww.. Heyna umur berapa?" mulaku menjadi seorang peramah

" Heyna nak masuk umur 20 tahun ni" jawab Heyna yang sedang menikmati cookies itu

" Ouww.. Heyna memang suka blueberry ke? semuanya blueberry Heyna order" soalku tersenyum melihat fokusnya  Heyna makan

" Memang favourite dia, kalau boleh semua nak perisa blueberry" jawab Emir

" Ouh ye ke ? Hahaha.." tersenyum keriangan aku melihatnya

" Cik Fara, ini bungkusannya !" Syaza mencelah dan perbualan kami terhenti seketika

" Ouh, Thanks" ujarku ringkas

" Emir, saya nak pergi hantar makanan ni dekat Aamiena sekejap ye" ujarku

" Jom la saya hantarkan, lagi pun saya pun nak ke sana" kata Emir selamba

" Ke sana? awak nak buat apa jumpa Aamiena?" soalku kehairanan

" Saya nak jumpa Khairy la, mereka dekat butik kan?" Terang Emir

" Patut la kau beria sangat suruh aku hantar !! kau siap Aamiena !!" bebelku dalam hati

" Okay.." lalu kami terus pergi ke kereta Emir yang berada di hadapan cafe itu.

" Akak duduk depan ye, Heyna duduk belakang !" kata Heyna sambil tersenyum

" Eh ! tak apa la, akak duduk belakang pun tak apa !"ujarku yang masih berdiri di luar

" Faradina Inani ! masuk je la !" kat Emir yang sudah berada di kerusi pemandu

*****

" Harini Heyna balik kan? takkan tak sampai - sampai lagi?" tanya Encik Kamil yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu

" Heyna dah sampai dah. Heyna mesej saya tadi, dia kata abang ngah bawa Heyna jumpa girlfriend dia" kata Puan Khatijah dengan gembiranya

" Emir ada girlfriend ke?" tanya Encik Kamil kehairanan

" Itu la yang saya terkejut tu. Hmm.. tiba - tiba bau nasi minyak pula. Hahaha" ujar Puan Khatijah

" Hahaha.. Nanti Emir balik kita temu ramah dia" kata Encik Kamil

*****

" Uuuyoo... Heyna dah kenal la kakak ipar kan?" tanya Aamiena selamba

" Woi !! kau nihhh !!" lalu aku mencubit pinggang Aamiena

" Aduii !! sakit la !!" jerit Aamiena kesakitan

" Heyna rasa kan Kak Fara ni macam sesuai je dengan abang ngah" kata Heyna selamba

" Huishh !! adik ipar bagi green light tu, apa lagi? cari la baju kahwin cepat ! alang - alang dah dekat butik ni !!" usik Aamiena

lalu aku mencubit Aamiena sekali lagi. Aku bagi double spicy punya !! Aamiena mengaduh kesakitan.

" No la Heyna. Akak dengan Emir kawan sahaja tak lebih dari tu pun. Bukan Emir dah ada girlfriend ke?" soalku sambil memandang Emir

" Hah?" terkejut Emir

" Dah ! dah ! hal rumah tangga settle kan di rumah !!" Usik Khairy

Aku dan Emir memandang antara satu sama lain. Lalu aku menjelingnya.

......

struggleWhere stories live. Discover now