BAB 37

150 11 0
                                    

Hari demi hari Encik Rahimi menghabiskan masanya untuk membuat yang terbaik sehinggakan tidak tidur seharian. Kini, perjuangan Encik Rahimi selama ini untuk mencapai impiannya mendapat projek besar itu diluluskan. Rasa penat dan lelah Encik Rahimi selama ini bukanlah sia - sia. Untuk berjaya bukanlah kebetulan, ia terbentuk dari kerja keras, pembelajaran, pengorbanan dan fokus terhadap impian yang kita perlu dapatkan.

Keriuhan rumah Encik Rahimi kembali apabila mendengar berita gembira dari seorang bapa. Faris dan Fakhira juga ada bersama untuk meraikan kegemilangan Encik Rahimi.

" Alhamdulillah..." kata Encik Rahimi tersenyum puas hati

" So, apa kata malam ni kita celebrate" kata Fakhira

" Okay, mama masak " kata Puan Adeeba

" Yeay..." semua bersorak kegembiraan dengan kata - kata Puan Adeeba

Puan Adeeba membalas dengan senyum manisnya itu.

*****

" Emir !" sapaan Puan Khatijah menyedarkan Emir dari lamunan

" Ye,ibu." jawab Emir dengan perlahannya

" Kenapa ni? asyik termenung je." Tanya Puan Khatijah kerisauan

" Tak ada apa la, ibu. soal kerja ja." kata Emir tersenyum supaya ibunya tidak risau

" No, it's about Fara right?" soal Puan Khatijah yang mengejutkan dan Emir berpaling melihat Puan Khatijah

" Tak ada la,ibu. Buat apa Emir nak fikirkan tentang dia pula?" kata Emir

" Emir boleh tipu siapa - siapa pun but bukan ibu. Emir tak boleh macam ni. If Emir sayangkan dia, cintakan dia. Berjuanglah." kata - kata semangat dari Puan Khatijah

" Terima kasih, ibu" kata Emir tersenyum

Tiba - tiba Heyna berlari ke arah mereka dan mencium tangan Emir dan Puan Khatijah tergesa - gesa.

" Pergi dulu" kata Heyna

" Eh ! nak pergi mana ni? soal Emir

" Nak keluar dengan kawan" jawab Heyna yang berdiri di hadapan Emir

" Kawan yang mana satu?" lelaki ke perempuan?" soal Emir bertalu - talu

Ish ! perempuan la." jawab Heyna

" Emir, dah la. Heyna dah lambat tu" kata Puan Khatijah

" Itulah abang ni ! Bye." kata Heyna

" Jangan balik lambat !" kata Emir tegas

" Baik boss." kata Heyna sambil menyarungkan kasut sandalnya.

*****

" Wey, macam mana ?" tanya Nurin secara tiba - tiba

" macam mana? apa kau ni? tiba - tiba ja" kata Ryka yang sedang berbaring di atas sofa

" Emir dengan Fara dah nak kahwin. Kau macam mana?" tanya Nurin

" Hmm... Malas la nak ambil tahu. Spoil mood aku je la kau ni." kata Nurin lalu Ryka menekup bantal di mukanya.

" Wow ! Amaizing la Ryka ni jarang - jarang berlaku. Hahaha..." Perli Nurin

" Diam la kau !" bengang Ryka

*****

" Emir, awak dah siap laporan kes yang dekat pahang tu?" soal Inspektor Khalid tegas

" Alhamdulillah. Hampir siap, tuan" jawab Emir

" Bagus. Jangan lupa malam ni kita ada operasi." kata Inspektor Khalid

" Baik tuan" jawab Emir ringkas

*****

" Weh, kenapa ye Encik Emir dah lama tak datang sini? selalunya hari - hari muka dia ja." Syaza mula membawang apabila tiada pelanggan

" Kau rasa?" tanya Yasmin iaitu salah seorang pekerja di cafe itu juga.

" Gaduh?" tanya Syaza kembali

" Ataupun Encik Emir dah putus asa. Ye la, Encik Emir tu kan suka dekat Cik Fara but Cik Fara tu macam suka tak suka ja nak layan Encik Emir tu." Yasmin mula merancakkan perbualan

" Tapi aku tak rasa yang Encik Emir tu putus asa sebab Encik Emir tu lain tau. Jarang la nak jumpa lelaki macam Encik Emir tu. LIMITED. Aaaa... Beruntungnya Cik Fara. Dah la hensem, baik, soft spoken, polis pula tu." ujar Syaza dengan penuh perasaan

" Tapi, tapi, tapi why Cik Fara tak nak ye? Ish... Ish... Ish... Ish... Menolak rezeki betul la Cik Fara ni." kata Yasmin

" Kan..." sokong Syaza

" Oii !! membawang pula korang ni, tu ada pelanggan tu" kata seorang pekerja lelaki

*****

Setelah selesai operasi hampir pukul 3 pagi. Emir segera pulang ke rumah untuk berehat. Setelah seharian bekerja memang sangat penat dengan operasi pada waktu pagi. Balik tu memang nampak bantal je la. Setelah sampai di rumah, Puan Khatijah berlari ke arah Emir dan Arianna juga berada di rumah.

" Kenapa ibu?" tanya Emir apabila melihat ibunya gelisah

" Cuba kamu call Heyna. Sampai sekarang tak balik - balik lagi ni" kata Puan Khatijah kerisauan

" Tak balik lagi?" terkejut Emir

" Kakak dah banyak kali call tapi tak dapat." kata Alanna

" Kakak, bawa ibu masuk dulu. Emir nak pergi cari Heyna." kata Emir dengan muka yang terlampau penat

" Okay, hati - hati." kata Alanna

" Haihh !!" mood Emir berubah kerana terlalu penat.

Tiba - tiba sebuah kereta Mercedes berwarna putih berhenti di hadapan pagar di rumah mereka dan Heyna keluar dari kereta itu.Emir berjalan menghampiri Heyna yang baru keluar dari kereta itu.

" Heyna !! " tegas Emir memanggil Heyna seperti di tempat kerja

Heyna menghentikan langkahnya dan menundukkan kepalanya.

" Kamu pergi mana? abang ngah dah cakap kan suruh balik awal. Sekarang dah pukul berapa?" tegas Emir seperti soal siasat jenayah di balai polis

" Heyna..." tak sempat Heyna menjawab, Emir mencelah

" Kamu ni perempuan tahu tak? tak elok balik lewat - lewat macam ni. Semua risau tau. Kamu pergi mana ?" Bengang Emir

Heyna terkebil - kebil ketakutan dengan Emir.

" Dah masuk. Lepasni jangan keluar, duduk jumah ja." Tegas Emir

" Emir." Satu suara memanggil Emir di pintu pagar

Lalu Emir memandang ke arah tersebut. Begitu terkejutnya Fara muncul di hadapannya tetapi apabila hati tengah marah tambah dengan kepenatan hilang lah rasa sayang dan cinta dalam hati.

*****

" Macam jadi je plan kita ni." kata Puan Khatijah sambil mengintai di cermin tingkap bersama Alanna dan Heyna

" Wait... Wait... Kenapa abang ngah tak terkejut pun?" kata Heyna

" Eh ! ye kan." Alanna kehairanan

*****

" Emir, saya minta maaf hantar Heyna lewat macam ni sebab kereta saya rosak tadi. So tiada siapa nak hantar Heyna. Please, jangan marah Heyna. Dia tak salah pun. And saya minta maaf sangat - sangat tak bagitahu awak yang saya bawa Heyna keluar. Saya minta maaf, Emir. Please, jangan marah Heyna." Rayu Fara

Selepas mendengar rayuan Fara, Emir hanya menjelingnya lalu meninggalkan Fara sendirian di situ.

*****

" What? apa Emir buat ni?" stress Alanna

" Haihh ! tak menjadi pula plan ni. Abang ngah la ni." kata Heyna

" It's okay, kita tengok je apa jadi lepasni. Confirm Emir menyesal ni." kata Puan Khatijah tersenyum

" Yakinnya, ibu." kata Alanna

" Ibu tahu la anak ibu tu" kata Puan Khatijah

" Okay, kita wait and see." kata Heyna

......

struggleWhere stories live. Discover now