BAB 20

201 14 0
                                    

Apabila matahari pun mula tenggelam, aku juga mahu pulang ke rumah kerana esok aku perlu masuk kerja dan memulakan hariku seperti biasa iaitu seorang yang 'sibuk'. Setelah sampai di rumah, terdapat sebuah kereta yang tidak dikenali. Aku mula naik rimas time - time sebegini ada tetamu lagi. Aku dah la serabai, nanti kena salam la apa la. Aku sudah terlampau mengantuk untuk berfikir jadi aku meneruskan langkahku.

" Assalamualaikum" aku memberi salam dengan malasnya tanpa memandang tetamu itu.

" Waalaikumsalam" terkejut Faris
" Eh adik ! adik okay tak? along minta maaf ye" ujar along serba - salah

" Adik okay la. Adik naik atas dulu. Adik penat" lalu aku teruskan perjalananku ke bilik, sempat juga aku menjeling tetamu itu iaitu Emir Shahril.

" Kenapa dia nampak pucat?" soal Emir kerisauan

" Tu la, aku pun risau juga ni" jawab Faris

" Sorry tau, aku punca kau dengan adik kau" ujar Emir serba - salah

" Ish ! tak ada la, dia sekejap je tu merajuk. Esok okay la tu. Apa - apa pun aku akan tolong kau kan" kata Faris

Emir membalasnya dengan senyuman.

*****

" TUT !! TUT !!" telefon fara berbunyi
aku segera menjawab panggilan itu apabila nama 'Aamiena' tertera di skrin

" Beb ! " ujar Aamiena

" Yow. Kau ni, terkejut aku" ujarku dengan tegas

" Hahaha, wey cepat la keluar ! aku kat depan rumah kau ni !" kata Aamiena

" Hah? kau buat apa datang malam - malam macam ni? kau ni cari pasal betul la !! aku dah la malas turun bawah, dengan mengantuk lagi, pastu ada mamat tu pula tu. Haishh !!" bebelku

" Emm.. ye la, tak pe la, aku balik sekarang" ujar Aamiena meraih simpati

" Ish !! saje kan nak buat aku kesian dekat kau ! ye la aku turun. Tunggu aku dekat bawah" ujarku dengan kesabaran yang sangat tinggi untuk melayan karenah Aamiena ini.

*****

" Uish ! bagi aku okay dah tu" jawab Emir

" Tengok la siapa yang plan, hahaha..Tapi kau boleh tolong aku tak nanti?" soal Faris

" Of course la boleh, bro" jawab Emir dengan ringkas

Aku turun dengan perlahan supaya along dan Emir tidak perasan. Tiba - tiba pintu utama itu tutup. So, aku kena buka la, kalau aku buka confirm - confirm la mereka perasan. Hmm..

" !!" bunyi pintu utama berbunyi

" Adik ! nak pergi mana tu? dah malam ni" soal along yang sedang memandang ku di sofa

" Emm.. Aamiena datang. Dia nak jumpa adik" jawabku gagap kerana malu dengan Emir yang sedang memandangku

" Ouh, ajak la dia masuk. Dah malam ni, takkan nak bebual dekat luar" kata along

Aku membalasnya dengan senyuman sahaja.

*****

" Faradina Inani..." jerit Aamiena keseronokkam

" tak payah nak jerit sangat la ! sebab kau tau aku kena hadap mamat tu !" marahku

" Dia ada sini ke? uuu.. tak ada apa - apa pun dah tinggal serumah ye, HAHAHA..." usik Aamiena

" Kau ni !! sebelum aku halau kau balik baik kau diam ! dah la, jom masuk" bengangku

" Yeay..Ni sayang kau ni" ujar Aamiena sambil memegang tanganku

" Ni pun along aku yang suruh, kalau tidak aku dah lama halau kau balik" ujarku selamba

" HAHAHA.. Jahat betul" kata Aamiena

Setelah sampai je di pintu Aamiena menegur mereka.

" Assalamualaikum, hye along, hye Emir" Ramah Aamiena

" Hey, lama tak datang, sejak - sejak jadi tunang orang ni" usik along

" Mana ada la, saya sibuk sikit, banyak kerja. Nak jumpa tunang sendiri pun tak ada masa, hahaha.."ujar Aamiena

" Hahaha... Duduk la" pelawa along

" Ya Allah, Aamiena !! kau janagn la duduk !!" bebel hatiku

Aamiena melihatku dengan senyuman mengada dia sebelum dia duduk bersama mereka di situ, aku hanya mampu tersenyum dengan perangai kawan aku itu.
" Kau memang tak guna la Aamiena !! kau saja je kan nak aku mengadap muka mamat tu..Haishh siapla kau Aamiena !!" bebel hatiku

" Adik pergi buat air sekejap ye" cara untuk aku mengelak mengadap muka mamat tu lebih lama baik aku pergi buat air, sempat juga Aamiena mentertawakan aku .Emm geram je aku dengan dia tu.

*****

" Hish !! kau saja kan Aamiena.. Haihh geram je aku dengan kau !! kalau aku tahu tadi memang aku halau kau awal - awal lagi !! Eeeeee..." ngomelku seorang di dapur

" Hoi !! bebel apa seorang - seorang ?" Sergah Daniel

Akibat terkejut dengan sergahan Daniel, cawan yang aku telah pegang itu aku terbaling dan menyebabkan semua orang terkejut mendengar kaca yang pecah itu. Along, Emir dan Aamien segera ke dapur.

" Uish !! terkejut gila kau" Danial pula yang terkejut sempat juga mentertawakan aku.

" DANIEL !!" jeritku kemarahan dengan tanganku yang berdarah kerana terkena serpihan kaca itu dia boleh pula ketawakan aku.

" kenapa ni? " soal Faris

Apabila Emir melihat tanganku yang menitis darah jatuh ke lantai, lalu dia sangat cemas melihat keadaan aku begitu, sedangkan orang lain semua masih tertanya - tanya apa yang terjadi. Dia segera berlari mengambil mangkuk yang diisi air lalu dia menuju ke arahku dengan sehelai sapu tangan dan semangkuk air dia memberikan kepadaku. Aku sangat terkejut dengan tindakannya. Aku tergamam seketika apabila melihatnya di hadapan wajahku tidak kurang dari 15 centimeter. Dia memanggil Aamiena untuk membantunya membersihkan luka aku kerana dia menjaga batas antara kami. Aku tersenyum tanpa sengaja di situ. Tiba - tiba Aamiena ternampak lalu dia menekan luka di tanganku itu.

"Auchh.. Aamiena !!" jeritku kesakitan

" Ya Allah. Aamienaa perlahan - perlahan sikit" kata Emir dengan lembut

" Ooo.. Aku tahu kau bebel dekat siapa tadi" usik Daniel

Aku menjelingnya. Tetapi jelinganku itu dihalang oleh dua pasang mata Emir yang melihatku. Automatik mata aku kembali menunduk dan membebel dalam hati je la yang mampu. Jantung aku kembali berdegup laju apabila aku ternampak dia melihat aku dengan jarak yang sangat dekat.

" Erm..ermm.. sebenarnya tak sakit pun kan? mengada je tu !" kata Faris yang bersandar di kabinet bersebelahan dengan Daniel.

" Dah la, aku mengantuk la. Aamiena kau pandai datang, pandai balik ye.." aku menarik tanganku lalu aku masuk ke bilik.

" DASAR !! Fara, menyesal aku balut luka kau tu !!" bengang Aamiena

Emir hanya tersenyum melihat kelakuan Fara yang berpura - pura kuat itu.

" Daniel' disebabkan kamu punca. Kamu kemas ye and jangan lupa buatkan air untuk kami ye" kata Faris dengan selamba

" What?!" Daniel kaku

.....

struggleWhere stories live. Discover now