BAB 2

350 29 0
                                    


Ketakutan amat terasa saat satu demi satu langkah membawa aku ke kelas dan "PAP" aku sudah sampai di kelas. Rasa macam mimpi, malangnya ia adalah kenyataan. Suasana kelas yang sangat sunyi, mempunyai pendingin hawa yang agak mahal dan cat yang berwarna pastel dapat memukau Ku.

     "Hi everyone! today we have a new student,and I hope you all can help your friend with anything" Madam Lily memperkenalkan aku di kelas baru aku.

Kata-kata Madam Lily dapat memberiku semangat untuk belajar dan jauh beza dengan mama papa yang sentiasa menjadikan aku mangsa keadaan.

      "Fara, please introduce yourself"

      "Hi, my name is Faradina Inani binti Rahimi, I hope you all can help me in any situation" dengan penuh semangatnya aku memperkenalkan diri.

      "Okay,you can sit there" Madam Lily menunjukkan jarinya ke arah tempat kosong yang bersebelahan gadis yang sangat cantik.

       "Hai! Nama saya Aamiena"seorang gadis di sebelah aku memperkenalkan dirinya kepadaku.

Aku tersenyum bila dia memperkenalkan dirinya.

       "Emm..tak sombong nampaknya budak ni. Boleh buat geng!" kata hatiku

*****

        "Uishh berdisiplinnya sekolah ni! beli makanan pun beratur, sekolah lama aku dulu aku main serbu ja, hahahaha.."

Aku memandang sekeliling seperti gua yang sangat sunyi. Hmm..pelik! Aku pergi sekolah orang bisu ka sekolah orang kaya ni? aku seperti bersendirian sahaja di sekolah ini. Mybe hari pertama ja kut rasa macam ni.

        "Fara,kau nak beli ke? kau nak makan apa? nak aku tolong belikan? Aamiena sudah menadah tangan.

        "Tak apa la, saya tak rasa lapar"

Aku dan Aamiena bergerak ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran "Uh, rajinnya aku nak study!" Sesampai saja langkah kaki di perpustakaan, aku terserempak dengan lelaki yang amat aku kenali. Langkahku kembali perlahan. Jantung berdegup kencang. Mata membuntang besar.

       "Tak silap aku dia ni la yang menyapa aku di pejabat tadi!"

Opss! Dia nampak! Aku mempercepatkan langkah ingin menjauhi dari dilihatnya. Lariiiii !!!

       "Berhenti!" Suara lelaki itu mula kedengaran menyebabkan aku berhenti. Brek emergency!mukanya kukerling dengan ekor mata.

Kelihatan dia berjalan dengan gaya smart mengalahkan model. Langkahnya menuju ke tempat aku berdiri. Hatiku mula cuak. Janganlah dia tahan aku sebab terpandang dia tadi. Dan memang yang  disangkakan dia berhenti betul-betul  di hadapan aku. Oh punah harapanku untuk lari!

       "Please throw the trash behind you" ujarnya dengan tegas.

Aku mengerdipkan Mata. What ?!?!!

       "Apesal pula aku? bukan aku punya sampah pun...Ergg!!" Bebelku di dalam hati.

Sebelum lelaki itu berjalan keluar dari perpustakaan dia sempat mengucapkan terima kasih kepada ku.

      "Eh! kau kenapa ni? Are you okay?" Tanya Aamiena dengan kehairanan.

      "Dia tu siapa ye?" Aku mula untuk mengorek segalanya dari Aamiena.

      "Siapa? Oh... Emir Shahril A.K.A ketua pengawas yang paling hot di sekolah ini and dia anak pengetua tau!" jawab Aamiena

    "Ouwww...patutlah hensem, tapi sombong! tadi kata aku sangat, rupanya kau pun sama ja. Errr.....kerek ! Ujarku perlahan

       "Kau tanya ni, kau suka dia ka?" Usik Aamiena kepadaku.

       "Eeee...not my taste,okay! tapi hensem kan? hahahaha..."

*****

Emir dengan kawan-kawannya iaitu Khairy dan Faaeq seperti biasa selepas rehat mereka akan meronda kawasan sekolah untuk memastikan semua pelajar masuk ke dalam kelas. Emir mengarahkan pengawas-pengawas yang lain seperti yang ditugaskan mengikut jadual bertugas pengawas.

        "Emir!" Faaeq memanggil Emir seperti ada sesuatu yang dia mahu tahu.

Emir menoleh dengan pantas ke arah Faaeq.

        "Yang tadi tu budak baru kerr?"Tanya Faaeq dengan wajah yang ingin mengetahui.

Emir mengangguk sambil tersenyum sinis seperti ada sesuatu yang sedang dia fikirkan.

.....





       

struggleWhere stories live. Discover now