BAB 26

155 10 0
                                    

Suasana yang gelap dan sunyi di parking kereta itu membuatkan aku terfikir negatif lalu kakiku melangkah dengan lebih laju ke pintu masuk mall. Hari ini hari minggu but still tiada siapa yang free untuk temankan aku membeli barang. Tak apa la, sudah biasa hidup berdikari ! tanpa sedar aku mengeluh. Aku tetap meneruskan langkahku dengan senyuman walaupun hati tidak mengizinkan.

*****

" Fara mana, Tie ?" soal Puan Adeeba serius

" Fara sudah keluar, puan" jawab Mak Cik Tie tergagap - gagap

' Call dia, suruh balik sekarang !!" jerit Puan Adeeba

" Baiklah puan" jawab Mak Cik Tie ringkas

Dengan segera mak Cik Tie menelefon Fara menggunakan telefon rumah.
" Haih !! kenapa la pula ni? Fara..cepat la angkat !!" gelisah Mak Cik Tie

*****

" Ni report kes di Pahang" kata Faris

" Okay, terima kasih. Wey ! aku rasa better kau tak payah la paksa Fara untuk maafkan aku, nanti dia stress pula ! tak pa, nanti aku settlekan sendiri, okay" ujar Emir perlahan supaya tidak mengganggu orang lain berkerja

" Kalau macam tu, nah ! ambil ini." sambil memberikan sekeping kad yang terdapat nombor phone Fara di situ.

Emir hanya membalas dengan senyuman yang menggambarkan keseronokkan itu

" Amboi ! seronok nampak !!" usik Faris

" Hahaha... Dah la, aku nak keluar sekejap. Thanks bro !" kata Emir dan berlalu pergi

*****

" Hishh !! time - time nak shopping la nak suruh balik la apa la !! tak boleh tengok orang senang betul !" bebelku sendirian

" Hye Fara !"

Tanpa disedari Arman mengikutiku. Langkahku laju ke kereta tapi Arman masih dapat mengikutiku.

" Fara, awak laju - laju ni nak ke mana? jom la kita minum dulu" ujar Arman dengan miangnya

" Maaf Encik Arman, saya ada hal." lalu aku membuka pintu keretaku.

Tak sempat aku untuk masuk ke dalam kereta, tanganku di tarik oleh Arman.

" Arman !! lepas la !! Awak nak bawa saya pergi mana ni, Arman ?! Tolong !! tolong !!" jeritku dengan kuat tetapi malangnya tiada siapa di parking itu.

Tanganku sangat sakit di gengam dengan kuat oleh Arman. Arman menarikku dengan paksaan ke keretanya yang berada di hujung parking, tempat yang sangat gelap dan tidak ada kenderaan yang parking di situ.

*****

" Haishh.. Time - time ni la tak ada parking pun !!" bebel Emir sendirian

" TOLONG !! LEPAS LA !! SAKIT LA ARMAN !!

" Eh !! " Emir tidak nampak siapa orang yang meminta tolong itu kerana di situ agak gelap dan sunyi. Sebagai seorang polis, Emir tahu tugasnya. Lalu Emir terus keluar dari keretanya.

" ARMAN !! LEPAS LA !!" air mataku tidak henti - henti turun tanpa mengesatnya kerana terlalu takut tambahan juga dengan sakit yang teramat sakit apabila di gengam sangat kuat.

" KAU DIAM LA, PEREMPUAN !!" jerit Arman

Apabila smpai di kereta Arman,dia menhempaskan tubuhku di dinding pintu keretanya dengan sangat kuat. Aku semakin kuat menangis ketakutan.

Tiba - tiba lampu di parking itu terbuka.

" HOI !! KAU BUAT APA NI?" Tegas Emir dengan suit polisnya itu

Tidak sempat Emir menangkapnya Arman terus lari melihat Emir dan beberapa security di situ. Air mata Fara tidak henti mengalir kerana terlalu takut dan tangan yang di gengam olehnya itu terlalu sakit sehinggakan menjadi luka. Emir terkejut melihat perempuan itu adalah Faradina Inani. Dia berlari ke arah Fara dan memimpin Fara ke keretanya untuk ke hospital. Emir sangat sedih melihat Fara yang tidak berhenti menangis kesakitan. Tanpa sedar Emir turut menitis air mata semasa memandu kereta ke hospital.

*****

" Apa? Aku ke sana sekarang" kata Faris terkejut

" Eh ! aku dah on the way hantar Fara balik ni. Aku tunggu dekat rumah kau la" kata Emir jelas

"Okay" jawab Faris ringkas

*****

" You need to rest,okay" ujar Emir kerisauan

" Kenapa ni?" tanya Mak Cik Tie

" Tolong bawa dia pergi rehat ye, Mak Cik Tie" ujar Emir penuh kelembutan

" Baiklah" jawab Mak Cik Tie ringkas

Aku sudah sangat lemah jadi aku mampu berdiam dan mengikuti apa sahaja yang mereka suruh. Pergelangan tanganku di balut kerana masih berdarah dan terseliuh. Aku berdiam kerana terlalu sakit dengan luka itu, dengan pemikiranku, dengan kejadian tu.


Aku tertekan...

......

struggleWhere stories live. Discover now