BAB 16

203 15 0
                                    


Hari ni hari minggu. Hari untuk aku berehat di rumah tanpa memikirkan soal kerja. Aku hanya menonton televisyen di ruang tamu sambil menikmati biskut yang dibuat sendiri olehku. Terdengar tapak kaki yang datang menghala ke ruang tamu. Seperti biasa iaitu mamat acah tu laa. I mean Daniel.

" Fara jom keluar " ajak Daniel selamba

Aku dah agak dah! Dia ni bukan tahu nak duduk rumah. Yelaa ,tak puas lagi nak berjalan dekat Malaysia ni. Aku sebagai sepupu yang baik akan mengiakan saja permintaannya. Tak pernah say "NO" tahu tak? Sedih betul. Macam aku ni pembantu dia pula. Erghh!

******

Emir termenung di meja pejabatnya dengan riak wajah yang sangat kusut. Fikirannya melayang. Dia bukannya tidak mempunyai kerja malah berlambak-lambak kerja yang perlu diselesaikan.

" Hoi! Kau ni dah kenapa? dari semalam lagi asyik termenung ja. Ada masalah ke?" soal Faris

" Aku serba salah la dengan perempuan tu " luah Emir dengan nada sedih

" Kau nak cari dia ke? " soal Faris

" Setiap malam aku buat solat hajat supaya aku dapat jumpa dengan dia suatu hari nanti " ujar Emir

" Insyallah, Allah akan ketemukan kau dengan dia nanti " balas Faris

" Hurmm.." Emir mengeluh

" Dah la! Fokus kerja tu! " kata Faris

" Harini aku balik awal sikit" ujar Emir

*******

Waktu sudah menginjak ke angka 8 malam. Aku terpaksa mengikuti angah ke rumah sahabatnya untuk makan malam bersama keluarganya. Aku berasa hujung minggu aku ni terlalu penat dari hari bekerja. Tiada waktu untuk berehat. Selepas pulang dari berjalan-jalan dengan Daniel, aku dipaksa teman kak ngah aku pula. Niat aku tak nak je teman kak ngah aku ni tapi kesian pula dengan dia. Hmm.. kau ni baik sangat la, Fara.

Bosan betul! Di ruang makan itu riuh dengan gelak tawa tetapi aku disitu seperti tunggul yang tak ada perasaan. Tiba² uncle Kamil memanggil anaknya yang berada di ruang tamu untuk menjamu selera bersama kami. Aduh! perut aku sakit pula tiba- tiba. Aku segera ke tandas di sebelah dapur.

*******

" Fakhira doktor dekat hospital lama tu lagi ke? " soal aunty Khatijah

" iye aunty " jawab Fakhira

Emir menarik kerusi untuk duduk

" Saya lupa nak ajak. Ni ha kadnya. Mama jemput keluarga uncle datang ke majlis birthday Fara. Tapi Fara tak tahu. Ni suprise" jelas Fakhira

" Okay. Insyallah aunty datang" ujar aunty Khatijah

Selepas selesai melepaskan hajat. Aku kembali ke meja. Kerusi dihadapanku ada seorang lelaki. Itu mesti anak uncle Kamil. Aku menarik kerusi perlahan- lahan lalu duduk. Pandangan mataku melihat si pemuda di hadapanku yang sedang tunduk kepalanya sambil bermain phone

" Fara sekarang kerja dekat mana? " tanya uncle Kamil

" Fara kerja dekat syarikat mama " ujarku

" Fara sebaya dengan Emir kan " soalan yang mengejutkan buat diriku

GLUP ! kami memandang antara satu sama lain..

" What?! Emir ?! lelaki yang paling aku benci selama ni! Why aku kena jumpa dia? Ya Allah.." jerit hatiku

" Fara? Ya Allah, adakah ini orang yang selama ini aku cari? Alhamdulillah.." bisik hati Emir

Aku memandang ke arah lain, sempat juga menjelingnya. Kenapa aku perlu jumpa dengan dia lagi. Ergh! Kenapa la aku lupa yang uncle Kamil ni pengetua sekolah tu dan ayah mamat ni ! Ergh! Begok sih!!

...........

struggleWhere stories live. Discover now