Bau masakan mama dari dapur menarikku untuk turun ke bawah. Perutku juga sudah bergendang. Terdapat banyak makanan terhidang di atas meja dengan susunan pinggan yang teratur dan cantik. Makanannya juga sangat mewah. Aku mula kehairanan.
" Ma, ooo ma" jeritku
" Iye, mama dekat dapur ni, sayang." jawab Puan Adeeba
" Banyaknya mama masak harini, siapa nak datang?"soalku kehairanan
" Bakal mertua kamu la." Jujur Puan Adeeba selamba
" Bakal mertua?" aku blur
" Dah la, pergi naik atas. Pakai baju kurung cantik - cantik ye." kata Puan Adeeba
" Nak buat apa pula kena pakai baju kurung ni? Ooo... Rumah kita nak buat kenduri ka? kenapa adik tak tahu pun?" soalku bertalu - talu
" Ye, pergi siap cepat. Mama banyak kerja lagi ni." Jawab Puan Adeeba
" Nak adik tolong?" tanyaku
" NO. Pergi siap cepat !" Bengang Puan Adeeba
" Hahaha... Baik boss." usikku
" Assalamualaikum..." Faris dan Fakhira sekeluarga pulang
" Waalaikumsalam. Alhamdulillah sampai juga, sini tolong mama." kata Puan Adeeba
" Adik mana,ma?" tanya Riena iaitu isteri Faris
" Ada dekat atas, mama suruh dia bersiap." jawab Puan Adeeba
" Mama pergi la siap, biar kami pula yang buat." kata Fakhira
" Ye la, susun sudu tu jangan lupa." pesan Puan Adeeba
*****
Aku kehairanan mengapa mama menyuruhku bersiap dengan berbaju kurung bagai and along dan angah juga tergesa - gesa balik ke sini.
" Haihh !" mengeluhku di atas katil dengan berbaju kurung kuning cair dan tudung warna yang sama.
" Assalamualaikum, cantiknya Kak Fara." Puji Heyna
" Waalaikumsalam. Eh ! Heyna? buat apa dekat sini? bila sampai?" aku kehairanan
" Nah ! ini untuk Kak Fara." Heyna memberikanku sejambak bunga ros dan sepucuk surat bersampul hitam yang bercop ditengahnya dengan gambar hati, ia sngat menarik perhatianku.
" Apa ni? siapa bagi?" soalku kehairanan
" Baca la surat tu. Heyna turun bawah dulu ye." kata Heyna
" Kenapa semua orang pelik - pelik harini?" aku seolah - olah kena pukau
Aku membuka sepucuk surat itu yang bertulis :
Dear my girl, Fara,
maaf jikalau rombongan ini membuatkan awak berasa sedih. Saya tidak mahu awak menerima saya dengan terpaksa kerana saya juga tidak memaksa diri saya mencintai awak. Saya tahu awak terkejut kerana saya tidak pernah memberitahu kepada awak tentang soal hati saya. Dari kecil lagi saya sudah berjanji dengan diri saya yang saya tidak akan memberitahu wanita itu selagi saya tidak mempunyai niat untuk menghalalkannya. Saya tahu awak tidak boleh terima dengan kenyataan ini, tetapi awak lah wanita istikharahku.From the man you hate,
EmirShahril.Air mataku menuruni sangat laju, jantungku seakan berhenti apabila membaca surat itu. Aku sangat terkejut dengan apa yang terjadi ini. Betapa sakitnya untuk menerima kenyataan ini.
" Adik, kenapa menangis ni?" terkejut Puan adeeba melihat anaknya menangis
" Apa ni, ma? ini majlis meminangkan?" soalku dengan air mata yang masih mengalir
" Iye. Maafkan mama, sayang." kata Puan Adeeba serba salah
" Adik boleh terima dengan sesiapa pun,ma tapi bukan 'Emir Shahril'. Why Emir, ma? Why?" tangisan makin kuat
" Mama yakin dia dapat menjadi suami yang terbaik untuk adik. Mama yakin, sayang." Puan Adeeba memeluk Fara untuk meredakan tangisannya.
......
YOU ARE READING
struggle
RomanceCinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah. Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...