Kata - kata tidak boleh diungkapkan lagi, apabila semua yang tak diingini sudah pun terjadi. Pertunangan adalah satu perjanjian untuk mendirikan rumah tangga. Tanpa rela hati aku melangkah satu lagi petak di mana aku berada di tahap ini. Setelah selesai Puan Khatijah iaitu ibu kepada Emir menyarungkan cincin di jari manisku, aku terus mencium tangannya. Senyum manisnya itu membuatkan hatiku tenang menerima dugaan ini.
" Aunty happy sangat doa aunty dimakbulkan. Terima kasih, Fara. " Kata Puan Khatijah tersenyum sambil memegang tangan Fara
Aku hanya tersenyum walaupun tak rela menerimanya.
Setelah selesai sesi bergambar dan juga makan - makan. Tibalah masa untuk aku berehat.
" Huh ! penat juga jadi pengantin ni, belum lagi sanding ni." ngomelku sendirian sambil tersandar di sofa" Fara, ni Emir kirim dekat akak tadi, dia suruh bagi dekat Fara." kata Alanna sambil menghulurkan beg kertas bergambar love itu
" Terima kasih." kataku tersenyum
" Tahniah." ujar Alanna dengan senyuman manisnya sebiji seperti ibunya
Aku hanya membalas dengan senyuman
Kerana terlalu letih, kepala ku mula buat hal. Aku memicit sedikit kepalaku untuk mengurangkan sedikit sakit itu. Nasib baik la tetamu sudah tidak ramai, yang tinggal pun sedara- mara je la. Rasa hati mahu berehat di dalam bilik, tetapi aku takut pengsan je sebab kepala aku sakit sangat nanti menyusahkan orang lain pula. Kebetulan mama lalu di hadapanku, lalu aku memanggil mama untuk memimpin ku ke atas tetapi tiba - tiba aku berasa menyesal pula memanggil mama kerana sakit kepala aku makin teruk apabila mendengar bebelan mama. Biasalah mak mana yang tak bebel kalau anak dia buat salah kan. Hahaha... Selepas mandi dan makan, mama memberikan sebiji panadol kepadaku, aku hanya baring di dalam bilik sambil tenung sebentuk cincin di jari manisku itu.
TUT... ( chat masuk )
Aku manggapai telefon di sebelahku dengan sangat malas.
Nama 'Emir' tertera di skrin telefon.
Aku baru teringat tentang hadiah yang diberikan oleh kakak Emir petang tadi. Aku memanjangkan tanganku untuk mangambil sebuah beg kertas di atas meja kerjaku. Senyumanku mula terukir apabila melihat sebuah key chain bear berwarna pink yang sangat comel itu. Terasa hilang pula segala sakit dan penat aku. Aku membuka kad yang sangkut di kepala bear itu
[ Thanks for everything, my fiance♡ ]
Tanpa Fara sedari, senyumannya makin lebar terukir apabila membaca kad itu.
......
YOU ARE READING
struggle
Roman d'amourCinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah. Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...