Lampu - lampu menyinari cafe itu dapat memancarkan kebahagiaan kepada manusia. Begitu juga dengan senyuman yang dapat mengikhlaskan segalanya. Cafe aku sudah dibuka beberapa minggu yang lalu setelah mendapat beberapa pekerja. Aku sangat bertuah memiliki pekerja yang sangat sporting denganku dan juga pelanggan tatkala mereka sentiasa fokus dalam bekerja.
" Cik Fara, ada customer nak jumpa, cik. Meja nombor 10" ujar pekerjaku
" Baiklah. Terima kasih." ujarku ringkas
Lalu aku terus ke meja tersebut. Tiba -tiba langkahku terhenti seketika apabila melihat Emir di meja tersebut. Jantung aku mula laju seperti pertama kali bertemu dengannya. Sudah 2 minggu kami tidak bertemu kerana Emir ke Terengganu untuk settlekan hal kerja. Aku melawan perasaan gementar itu dan meneruskan langkahku.
" Ye, Encik Emir Shahril?" soalku serius
" Eh ! Hye Faradina Inani. Duduk la dulu" kata Emir sambil tersenyum
" Saya banyak kerja la" jawabku malas
" Sekejap je ! saya baru balik tau, penat tak habis lagi ni semata - mata nak jumpa awak tau !" kata Emir untuk meraih simpati
" Saya tak suruh pun !" kataku selamba
" Please...Duduk la sekejap" rayu Emir
" Ye la !" sambil menarik kerusi yang berhadapan dengan Emir
" Awak tak rindu saya ke?" tanya Emir dengan senyuman manisnya itu
" Buang masa je nak rindu awak !! Lebih baik saya rindukan along saya" ujarku selamba
" Hahaha.. friendzone !!" ujarnya sambil ketawa
" Dah la, saya nak sambung kerja !" kataku serius lalu aku bangun dari kerusi itu
" Malam ni jom pergi dinner" ajak Emir sambil berdiri
" Hey Emir, orang tengok la !! awak tak malu ke? dah la saya nak sambung kerja !" aku terus pergi meninggalkannya.
*****
Di bawah lampu yang dihiasi crystal dan pendingin hawa kira - kira dalam 16 darjah celcius memberikan rasa yang amat tenang untuk menikmati hidangan hidangan di restoran itu.
" Awak, awak rasa kan betul ke apa yang kita buat sekarang ni?" tanya Aamiena kepada Khairy yang sedang menikmati steak di atas mejanya itu
" Kita buat apa?" tanya Khairy kehairanan
" Emir dan Fara la !" kata Aamiena jelas
" Saya rasa apa kita buat ni tak salah pun, awak tahu kan mereka saling mencintai tanpa diketahui" ujar Khairy dengan jelas
" But itu Fara yang dulu not now !! kalau Fara tahu ni confirm dia marah saya " kata Aamiena
" Dont worry la. Makan la, kita cakap tentang ni nanti ye" pujuk Khairy
*****
Dalam perjalanan aku untuk menuju ke dapur tiba - tiba along memanggilku lalu aku terus menuju ke ruang tamu. Hajat aku mengambil air tidak kesampaian. Aku mendahului alongku yang sibuk membaca surat khabar.
" Ye along !" jawabku
" Tadi Emir kata dia nak ajak adik pergi dinner kenapa adik tak nak?" soal Faris serius
" Along !! buat apa adik nak pegi dinner dengan dia? dia bukannya siapa - siapa pun. malas la !!" ujarku selamba
" Kenapa adik cakap macam ni? dia kawan along kan dan dia pun adik kenal kan dulu. Alaa, kenal - kenal je la ! Emir tu baik tau !!" pujuk Faris
" Along !! along tahu kan adik bencikan dia. Sampai bila - bila adik takkan lupakan apa yang dia pernah buat dekat adik !! selama ni adik layan dia pun sebab along tuh !! nak sangat adik pergi kemana - mana dengan dia. Kalau jadi dekat adik apa - apa adik takkan maafkan along tau !!" ujarku serius
" Along kenal sangat dia macam mana, adik. Sikap dia along kagum sangat sebab along pun tak ada sikap seperti dia." ujar Faris
" Kenapa along ni ? kebencian itu sudah menjadi dendam, along !! semuanya takkan berubah, along !!" ujarku sebak
" Assalamualaikum" kedengaran suara di luar rumah
" Panjang umur ! adik ! along tahu dendam adik takkan lama pun. Along kenal adik macam mana. Silap - silap dendam tu lah yang bertukar menjadi CINTA.. hahaha" usik along sambil melangkah ke arah pintu untuk membukanya
" ALONG !!" bengangku
*****
" Masuk la, macam tak biasa pula" kata Faris selamba
" Adik !! tolong buatkan air sekejap !" jerit Faris
Aku hanya termenung memikirkan apa yang along cakap kepadaku sebentar tadi. Aku sudah terlalu jauh termenung sehinggakan tidak sedar gula yang aku kacau di dalam jag itu sudah lama larut. Tiba - tiba Emir lalu di situ untuk ke tandas, langkahnya terhenti apabila melihat aku termenung di dapur.
" Fara, are you okay?" soalnya dengan penuh kelembutan
Apabila aku sedar dari lamunan, aku terus meletakkan sudu di singki lalu terus menghantar air kepada along di ruang tamu. Sempat juga aku menjelingnya sebelum memulakan langkahku. Aku berasa sangat rimas dengannya. Dia seolah- olah telah merasuk semua orang yang aku sayang supaya dia boleh rapat dengan aku.
......
YOU ARE READING
struggle
RomanceCinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah. Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...