BAB 47

165 7 0
                                    

Inilah saatnya yang ditunggu oleh pasangan yang saling mencintai setelah terlafaznya akad " Aku terima nikahnya", Faradina Inani binti Rahimi sah menjadi seorang isteri kepada Emir Shahril bin Mohd Kamil. Tanpa kita sedari, masa berlalu sangat cepat pada mulanya menjadi seorang musuh. Kemudian, berkawan. Selepas itu, musuh kembali dan akhirnya menjadi suami isteri. Aku seolah - olah tidak menyangka perkara ini akan berlaku dengan sekelip mata saja aku telah menjadi isterinya. Inilah yang dinamakan jodoh, tak kiralah dia musuh ataupun kawan kalau jodoh tetap akan bersatu.

Setelah sebentuk cincin disarungkan pada jari manisku oleh Emir, mama menyuruhku untuk mencium tangan Emir. Degupan jantung sangat laju kerana takut untuk buat pertama kalinya memegang tangannya . Emir mengekalkan senyumannya melihatku.

*****

Beberapa jam kemudian, kami bersiap di butik pengantin untuk bersanding...

" Miena, aku malu la." rintihku

" Ishh ! kau cantik la, nak malu apa?" kata Aamiena

" Ye ke?" cemasku

" Iye." Emir mencelah yang datang dari arah belakang Fara dan Aamiena

" Okay la, aku nak pergi tengok suami aku dekat luar sekejap ye. Don't worry, kau cantik. Kalau tak percaya, tanya la suami kau." Kata Aamiena lalu meninggalkan kami berdua di situ.

" Mienaa..." jeritku dengan perlahan

" Betul tu, awak cantik la, sayang." Kata Emir dengan senyuman manis melihat isterinya yang masih malu dengannya.

    " Emm... Sayang?" cair hatiku mendengarnya

" Sayang, terima kasih ye kerana sudi menerima saya dalam hidup awak." Ujar Emir sambil memegang kedua - dua tangan Fara.

Degupan jantung terasa sangat laju dan pipi juga berasa menebal merahnya apabila Emir memegang tanganku sebegitu." AAAaa..." cair hatiku

*****

Setelah selesai majlis, aku pergi bersiap untuk acara membuka hadiah pula padaa malam itu. Apabila aku sudah bersiap mengenakan dress berwarna baby blue dan tudung juga berwarna yang sama, aku kehairanan kerana Emir masih tidak naik ke bilik untuk bersiap. Aku segera mencarinya di bawah kerana risau terlewat.

" Terima kasih ye kerana sudi datang." ujar Emir

" Sama - sama, terima kasih juga kerana jemput." ujar Ryka kembali

*****

" Nampak Emir tak, kak ngah?" tanyaku

" Tadi angah nampak Emir layan kawan dia, cuba tengok dekat pagar." kata Fakhira

" Suruh Emir siap cepat ye, sedara - mara semua dah datang ni." kata abang ipar Fara

" Okay, adik pergi tengok Emir jap ye." kataku lalu segeraku menuju ke pintu pagar

Langkahku terhenti apabila ternampak Ryka dan Nurin di situ. Jantungku seakan di pijak ke lantai. Aku menarik nafas sedalam - dalamnya lalu ku pergi ke arah Emir dan memeluk tangannya dengan erat.

" Eh, Sayang! " terkejut Emir

" Awak buat apa lagi dekat sini?  Semua orang dah siap tahu tak? " bengangku

" Ouh ye ke?  Sorry sayang...  Saya lupa pula. " kata Emir

" Emir,  jom tangkap gambar. " panggil Ryka

" Boleh,  boleh. " jawab Emir selamba

" Emir!! " bengangku

" Fara, boleh tolong tangkapkan gambar boleh? " tanya Ryka tanpa rasa bersalah apatah lagi soal malu.

struggleWhere stories live. Discover now