BAB 36

155 9 0
                                    


Kini papa memang betul - betul struggle untuk mendapatkan projek itu setelah aku memberi semangat kepadanya. Papa memang always tak cukup tidur untuk siapkan kerjanya. Aku juga ada la membantu sedikit apa yang aku tahu. Kadangtu rasa nak menangis pun ada apabila melihat papa bekerja keras untuk membahagiakan aku dengan janji yang papa akan buat yang terbaik untuk dapatkannya. Aku sentiasa berdoa semoga semua dapat diselesaikan dengan cepat . Jikalau aku ditempat papa pasti aku tidak sanggup menghadapinya. Kebelakangan ini juga, aku pun turut sibuk berulang alik ke pejabat papa untuk membantu apa yang patut supaya papa lebih semangat menghadapinya. Sebagai seorang isteri, mama sentiasa menyiapkan tugasnya sebagai seorang isteri. Mama sentiasa menghantar makanan ke pejabat papa kerana mama faham situasi seperti ini.

Terkadang aku bersyukur kerana sibuk bekerja kerana aku tidak ada masa untuk melayan perasaanku.

" Kak Fara..." jerit Heyna setelah masuk ke dalam pejabatku

" Eh Heyna, terkejut Kak Fara." mata yang tertumpu di skrin komputer terus memandang ke arah Heyna.

" Ala... Kak Fara sibuk ke? Sorry ganggu. Heyna call Kak Fara tadi , tapi Kak Fara tak jawab. So, Heyna datang la sini." Kata Heyna yang duduk di hadapanku.

" Oh sorry, Heyna...Kak Fara matikan phone sebab Kak Fara busy but alang - alang Heyna ada dekat sini, apa kata Heyna tolong Kak Fara." kataku tersenyum lebar

" Boleh. Tolong apa?" tanya Heyna

" Jom ikut Kak Fara." kataku sambil keluar dari office.

*****

" Kenapa tak bagitahu awal - awal yang Kak Fara nak suruh tolong pilihkan baju untuk shopping je? kalau Kak Fara minta tolong hari - hari pun boleh, hahaha..." kata Heyna

" Amboi ! mentang - mentang dia designer. Now, Heyna ambil la apa Heyna nak, Kak Fara belanja." ujarku tersenyum

" Serious la?" terkejut Heyna

" Iye..." kataku tersenyum ikhlas

" Thank you, thank you, Kak Fara." terlompat - lompat Heyna lalu memelukku.

*****

Mata Encik Rahimi yang tertumpu di skrin komputer itu, beralih pandangan ke telefon pintar apabila mesej masuk dan matanya kembali beralih ke skrin komputer kerana mesej yang tidak penting baginya. Encik Rahimi sudah membuat persiapan awal untuk pembentangan projeknya nanti supaya dapat membuat pemeriksaan sebelum dibentangkan. Kali ini memang kena betul - betul peka supaya tiada kesilapan. If ada kesilapan sikit sahaja pasti kena reject. Itulah rumitnya project berhubung dengan negara luar. Projek besar memang perlu pengorbanan yang sangat besar. If dapat memuaskan hati mereka, memang ramai yang respect la. Bukan senang nak dapat. Keberhasilan terjadi jika ada niat, usaha, dan doa pada satu kesempatan baik pasti akan tercapai.

*****

Aku merasa keindahan tasik yang tak dapat digambarkan oleh kata -kata. Aku dapat merasakan seperti tasik ini menyampaikan kepadaku supaya aku ikhlaskan diri menjadi diri sendiri agar hidup penuh ketenangan dan keamanan. Aku menutup mataku untuk lebih menikmati ketenangan tasik itu dengan tangan memegang penghadang hadapan tasik itu.

" Abang ngah tu pelik la." kata - kata aku menyedarkan aku dari lamunan.

" Kenapa Heyna cakap macam tu?" tanyaku kehairanan

" Now, abang ngah tu dah tak macam dulu ! selalu termenung tak happy macam dulu, memang jarang la tengok senyuman dia sekarang, tak lalu makan sampai kadang tu pucat tau. Ibu selalu fikirkan abang ngah tu sebab ibu risau nanti dia sakit. Lepastu, abang ngah selalu sibukkan diri dia walaupun dia tak busy." Heyna mengadu

" Walaupun dia tak busy?" tanyaku kehairanan

" Maksudnya abang ngah tu tak boleh tak buat apa - apa sebab kalau dia tak buat apa - apa pasti dia termenung" terang Heyna

Aku mula rasa bersalah

" Kak Fara... Kak Fara..." Jerit Heyna

" Haah, ye.." Heyna kejutkan aku dari lamunan

" Kak Fara dengan abang ngah ni sama je la. Selalu termenung." Kata Heyna

" Heyna, Kak Fara baru teringat pukul 5 Kak Fara nak jumpa client. Jom balik." Aku menukar topik.

*****

Jiwa Aku kusut memikirkan tentang Emir. Adakah semua ini salah aku? Habis satu bilik aku memusing.

" Salah aku ke? Kenapa pula dia buat semua ini kerana aku? Mustahil ! Ni confirm putus cinta ni. Hah betul - betul .. Confirm putus cinta ni." Merepekku sendirian untuk menghilangkan rasa bersalah.

TUT !! TUT !! telefonku yang berada di atas meja itu berbunyi

" Assalamualaikum, adik" ujar Encik Rahimi

" Waalaikumsalam, papa" jawabku

" Boleh tolong papa tak untuk double check slide dengan document ni?" Tanya Encik Rahimi

" Insyallah boleh, papa. Ouh papa ! Lupa nak tanya, bila ye meeting projek ni?" Tanyaku

" Esok pagi la sayang oii..." Kata Encik Rahimi

" Ye ke, papa? Sorry lupa... Adik ingat lambat lagi, hehehe..." Ujarku tanpa rasa bersalah

" Hmm... Cepat datang tolong papa" arah Encik Rahimi

" Baiklah papa, adik ke sana sekarang." Ujarku sambil membuka pintu bilik

" Ajak mama sekali ye." Kata Encik Rahimi

" Iye, mama tengah siap tu" jawabku sambil melangkah menuruni tangga

" Ouh lagi satu ! Adik doakan papa ye" kata Encik Rahimi

" Iye, insyallah. Allah nampak usaha papa tu. Insyallah papa akan dapat." Kataku tenang.

" Insyallah, terima kasih adik" ujar Encik Rahimi

" Sama - sama, papa. I want you to always be happy. Love you papa." Jawabku tersenyum sendiri di ruang tamu.

" Love you too. Okay la, bye. Gerak cepat !!" Kata Encik Rahimi

" Iye, Bye." Jawabku tersenyum sendiri

" Amboi ! Senyum - senyum tu call dengan siapa? Emir?" Tanya Puan Adeeba yang sedang menuruni tangga

" Papa la, ma. Mama ni spoil mood la cakap nama dia." Rungutku

" Eleh ! Padahal suka." Ujar Puan Adeeba lalu terus berjalan ke pintu utama meninggalkan aku yg berada di ruang tamu itu.

" Tak la, ma !!" Jeritku

......

struggleWhere stories live. Discover now