Hariku bermula seperti biasa, walaupun aku sudah memiliki cafe tetapi aku tetap perlu bekerja di syarikat mama. Aku mengenakan baju kurung cotton yang berwarna kuning cair dan tudung bawal berwarna hitam.
" Nak pergi ke?" soal Faris
" Ye la, along" jawabku ringkas
" Nak along hantarkan?" tanya Faris dengan ikhlasnya
" Tak apa la. Nanti kita jumpa dekat cafe petang ni ye, along. Bye" ujarku tergesa - gesa
" Okay" jawab Faris ringkas
*****
Setelah lama tidak masuk office memang bertimbun la kerja kena settle. Masuk - masuk je bilik fuh ! banyak betul fail - fail di atas meja aku. Nak tak nak memang kena buat la. Haishh.. malas betul aku !! sedang fokus aku menyelesaikan kerja ini memang ada saja yang datang mengganggu.
TOK !! TOK !! pintu bilikku di ketuk
" Masuk !" ujarku sambil fokus menaip
" Hye sayang "
Tanganku yang sibuk menaip tiba - tiba berhenti apabila mendengar panggilan itu lalu aku menegakkan pandanganku ke arah pintu.
ARMAN?
" Kenapa? terkejut?" soal Arman dengan senyum sinisnya itu
" Macam mana kau ada dekat sini?" tanyaku hairan yang bercampur dengan takut itu
" Macam mana ye? Better kau tanya mama kau sebab aku pun tak tahu kenapa dia jamin aku dan mahukan aku bekerja di sini !" ujarnya selamba
" Mama ?!?!" aku terkejut mendengarnya
" Ya, Datin Adeeba !!" terangnya
" ARMAN !! sebenarnya kau nak apa dari aku ha?" soalku serius
" Hmm.. memandangkan semua pergi lunch ni dan kau sudah tanya aku ni. Aku nak berterus - terang je la dengan kau. Emm..Tapi malas la ! kau tanya je la dengan mama kau.Hahaha..." ujarnya seperti orang mabuk
" Apa kena mengena kau dengan mama aku ha?" soalku serius
" Tanya je la mama kau. Tapi ingat ! aku takkan lepaskan kau !! hahaha.." ujar Arman sambil ketawa lalu dia pergi dari situ
" Haishh..." mengeluhku sambil mengurut dahi
Aku mengambil beg aku yang berada di bahagian kanan mejaku lalu aku pergi meninggalkan mejaku yang berselerak itu untuk tenangkan fikiran.
*****
" Fara !!" panggil Puan Adeeba sambil membuka pintu bilik pejabatnya.
" MIRA !! mana Fara?" jerit Puan Adeeba kepada P.A nya
" Tadi Fara ada, saya tak perasan pula dia keluar ! saya minta maaf, bos" kata P.A nya
" Dia baru je keluar ! katanya bosan duduk office" Arman mencelah
" Hishh ! nak kena budak ni !!" Puan Adeeba terus masuk ke biliknya
Arman tersenyum sinis
*****
Tasik yang menenangkan dan angin juga memainkan peranan itu melegakan hatiku yang sakit ini. Peritnya untuk terima orang yang mencederakan aku itu di jamin oleh mama aku sendiri. Betapa kejamnya mama buat aku macam ni. Aku berasa mahu rebah saat aku mendengarnya. Selepas meluahkan segalanya kepada Aamiena aku berasa sedikit lega dan aku kembali ke cafe untuk menyejukkan hati yang masih panas ini.
*****
" Hye Syaza ! macam mana kerja harini?" soalku dengan senyuman untuk menaikkan semangat mereka walaupun hati dan fikiran terganggu dengan masalah
" Okay je,bos !" jawabnya dengan senyuman lebar
Aku berehat di kerusi makan di belakang cafe, memang tempat khas buatku yang dihiasi dengan bunga - bunga yang cantik dan pohon - pohon yang rimbun menjadikan aku lebih tenang. Inilah tempat favourite aku tenangkan fikiran. Tiada siapa yang tahu selain pekerja dan tiada siapa yang boleh masuk tanpa keizinan aku kerana inilah ketenanganku.
" Jempu minum, cik Fara" ujar syaza pekerja yang paling rapat denganku
" terima kasih, bagusnyerr. saya tak minta pun, tapi macam tahu - tahu ja saya tengah dahaga. Eh ! chocolate ais? macam mana awak tahu favourite saya?" aku teruja
" It's not me !" ujar Syaza ringkas lalu berlari ke dalam
" Eh Syaza ! kenapa la semua orang nak buat aku tertanya - tanya ni? Haihh.." ujarku mengeluh
" Kad?" Hairanku lalu aku membukanya
" Jika saat ini awak masih mampu bertahan dari apa yang awak alami, saya bangga pada awak !. Hadapi dengan senyuman, agar semua yang terjadi tak membuatmu tertekan. Percayalah semua yang terjadi untuk satu alasan. Minum chocolate ais ini untuk sejukkan hati itu ^_^.
Hope you have a nice day (◍ᴗ◍)❤"Your Sincerely
YFTanpa sengaja aku tersenyum membaca kad itu
" Who is YF?" soalku dengan senyuman lebar
......
YOU ARE READING
struggle
RomanceCinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah. Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...