Cinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah.
Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...
Sedang sedap menikmati kopi seawal pagi, Khairy tiba - tiba bersuara tentang masalah dunia.
" Emir, sebenarnya aku nak bagitahu sesuatu ni dekat kau." jujur Khairy
" Apa? aku tak nak dengar perkara negatif ye sebab harini aku tak nak serabutkan kepala aku." Kata Emir sambil menhirup secawan kopi.
" About Fara." kata Khairy
" Fara? kenapa dengan Fara?" cemas Emir
" Emir, kau ni relax la, risau sangat. Hahaha... Khai tak habis cakap lagi tu." ujar Faaeq
Tindakan Emir itu membuatkan Khairy dan Faaeq ketawa.
" Eh ! dah, dah. Aku nak tahu ni, kenapa dengan Fara?" kata Emir dengan seriesnya
" OKOK. Aku cerita ni confirm korang juga terkejut macam mana aku terkejut apabila Aamiena cerita dekat aku." kata Khairy
" Kenapa? cuba cerita cepat !" desak Faaeq
" Aamiena cerita dekat aku, yang Fara tu sejak sekolah dulu dah suka dekat kau, Emir. Maybe sebab tu kut dia terima pinangan kau." jujur Khairy
" Series la?" terkejut Emir, senyuman lebar mula terukir di bibirnya
" Maknanya, waktu sekolah dulu, sama - sama suka la kan? fuyyoo ! macam drama dah ni. Kuat betul jodoh korang." kata Faaeq
" Tapi, sejak fitnah itu timbul, sejak itulah Fara benci dekat kau, but kau jangan risau la, aku tahu kau boleh. Kalau dah jodoh tak kemana kan." Khairy memberikan kata - kata semangat
" Good luck, bro." kata Faaeq sambil menepuk bahu kiri Emir.
*****
" Miena, kau rasa betul ke apa yang aku buat ni ye?" tanyaku dengan lemahnya, sambil merenung sebentuk cinci di jariku itu. Hatiku mula menanyakan tentang perasaanku.
" Fara, kenapa ni?" Aamiena mula khawatir dengan Fara
" Entah la, aku korbankan kebahagiaan aku disebabkan kebahagiaan orang lain. Kebahagiaan aku?." Ngaduku dengan tangisan
" Aku tahu kau cintakan Emir kan? but disebabkan kau berdendam dengan dia, semuanya jadi penghalang kau untuk mencintai dia. Fara, aku tahu kau kuat . Kau kena hadapi semua ini untuk dapat kebahagiaan kau juga. Fara, aku yakin semua kebahagiaan kau pada Emir Shahril." Aamiena memeluk Fara dengan eratnya.
" Aku takut..." 2 perkataan, 1 ayat dan 8 huruf ini yang sentiasa Fara katakan pada Aamiena.
*****
Hari demi hari aku menghabiskan masaku dengan merenung cincin di jari manisku itu. Aku tidak tahu mengapa diriku ini sangat buntu dengan sesuatu dan aku juga tidak tahu apa sebenarnya yang aku fikirkan. Perasaan aku berubah - ubah sejak aku bertunang.
TUT... ( chat masuk di telefonku )
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Setelah membaca chat dari Emir, air mataku mengalir laju tanpa sedar, lalu aku meletakkan kepalaku di atas meja sambil merenung cincin di jariku itu.
*****
" Kenapa Fara tak balas ni, haihh !" risau Emir
Emir mencapai telefon pejabatnya lalu menelefon nombor cafe Fara.
" Hello, Loveniest Cafe here. May i know what you want to order?" ujar customer service di cafe itu
" Hye, saya Emir." kata Emir
" Ouh, Encik Emir. Encik Emir nak order ke?" tanya customer service itu
" Tak. Saya nak tanya Fara ada dekat cafe ke?" tanya Emir dengan sangat risau
" Ye, ada. Tapi Cik Fara tengah tidur." jujur customer service itu
" Ouh ye ke? maaf ye saya terpaksa call cafe sebab Fara tak reply chat saya, saya risau kalau Fara tak sihat ke apa." jujur Emir
" Tak apa, nanti Cik Fara bangun saya bagitahu Cik Fara ye." kata customer service itu
" Terima kasih ye." ujar Emir
" Sama - sama." jawabnya
lalu panggilan diputuskan...
" Aaaa... Sweetnya Encik Emir." cair Siti iaitu customer service
" Kau dah kenapa?" tanya Syaza pelik melihatnya
" Weh, sweet doo Encik Emir ni. Cik Fara tak balas chat pun dah menggelabah teruk." kata Siti
" Ooo... Tadi tu Encik Emir la? Ya Allah, untung gila Cik Fara ni." tanya Syaza
" Hah ! mengata saya la tu." sergahku
" Eh ! Cik Fara dah bangun? mana ada kami mengata Cik Fara. Ni, tadi Cik Emir call, Encik Emir tanya Cik Fara ada dekat sini tak? Encik Emir risau sebab Cik Fara tak balas chat, Encik Emir takut la Cik Fara sakit. Saya cakap la yang Cik Fara tidur." jelas Siti dengan jujrnya
" Ouww... Tak apa la, sekejap lagi saya reply. Terima kasih, Siti." ujarku dengan senyuman
" Untung Cik Fara dapat tunang macam Cik Emir tu." puji Syaza
" Adik, pergi siap cepat. Sekejap lagi mak mertua kamu nak datang." kata Puan Adeeba sambil menyusun pinggan di atas meja
" Apa?" terkejutku lalu bangun dari sofa lantas melihat ke arah mama
" Mama buat dinner malam ni, pergi la siap." ulang Puan Adeeba
" Apa ni, ma? mama ni suka la buat tanpa bagitahu adik dulu." sebakku kerana perlu bertemu dengan Emir. Aku terus masuk ke dalam bilik meninggalkan mama yang masih bersuara.
" Haishh budak ni !! kalau bagitahu awal - awal pun bukan nak setuju, pasti banyak la alasan dia !" bebel Puan Adeeba sendirian di dapur
Beberapa jam kemudian, keluarga Emir pun datang atas jemputan makan malam di rumah Encik Rahimi. Selepas Fara bersiap dengan memakai dress berwarna putih dan mengenakan tudung berwarna coklat cair, Fara hanya tersandar sahaja di atas kerusi. Fara takut dan tidak bersedia untuk bertemu dengan Emir selepas mereka bertunang ini. Jantungnya seakan berdegup terlalu laju dan air matanya juga seakan mahu mengalir, tetapi Fara tahan untuk menjaga make up di wajahnya itu. Fara cuba berzikir sebanyak mana yang boleh supaya hatinya kembali tenang.
" Adik, jom turun makan. Semua tunggu dah tu." panggil Puan Adeeba
" Tak nak la, adik dah kenyang." kataku
" Jangan la macam ni, sayang. Please..." rayu Puan Adeeba sambil menarik tangan Fara.
Fara hanya termenung dan berdiam di meja makan itu. Emir hanya memerhatikan Fara. Wajah Fara nampak pucat walaupun sudah ditutupi oleh make up. Selepas selesai mengemas . Fara menenangkan dirinya di tepi kolam , Fara merenung cincin di jarinya dengan raut wajah yang sangat sedih. Emir menghampiri Fara.
" Jangan la selalu sangat tenung tu, patut la saya selalu rasa dirindui." Usik Emir
Aku hanya berdiam
" Fara, awak okay tak ni? kenapa awak pucat? awak sakit ke? Awak jangan buat saya risau macam ni, Fara." risau Emir dibuatnya
Tiba - tiba air mataku menitis, lalu aku mengesat dengan segera. Aku tidak tahu apa yang terbuku di hatiku ini. Rasa cinta sentiasa dihalangi oleh dendam. Aku sakit dibuatnya. Setiap kali memandang wajah Emir pasti air mataku menitis tanpa sengaja. Aku buntu dengan diriku.
" Fara !" panggilan Emir menyedarkan aku dari lamunan
" Saya minta maaf, Emir. Saya masuk dulu." kataku dengan lemahnya