BAB 23

163 13 0
                                    

Keindahan waktu pagi membuatkan aku berasa sangat tenang dengan bunyi burung - burung berkicauan. Pada hari yang indah ini, aku berasa sangat rajin untuk berjogging. Setahu aku berjogging juga dapat menghilangkan stress. Sudah lama aku tidak berjogging, bila mula berjogging memang semput teruk la, dah lemak tu banyak sangat terkumpul. Aku berhenti berehat seketika, walaupun sudah hampir 5 kali aku berehat tetapi tak apa, aku tidak akan mengalah dengan lemakku ini.

" Huh ! penatnya.." tercungap - cungap aku seperti ikan tiada oksigen

" Eh ! Hey, Fara !" Emir yang sedang fokus berjogging, terus berhenti apabila melihatku di sebuah bangku bawah pohon dan dihiasi permandangan tasik yang memancarkan cahaya matahari.

" Ish !! mana pula datang mamat ni !" bebelku dalam hati

" Patut la saya rasa semangat lain macam harini" ujar Emir sambil ketawa

" Awak tak kerja ke harini? " soalku serius

" Ouh ! saya masuk pukul 10 harini. Awak?"Soal Emir

" Saya masih cari pekerja untuk cafe saya" Jawabku selamba

" Saya nak apply kerja dengan awak la, semangat sikit untuk saya jalani hari - hari saya " kata Emir sambil memandang Fara dengan senyuman manisnya.

Aku hanya membalas dengan jelingan lalu aku meninggalkannya. Emir hanya tersenyum melihat jelinganku itu lalu pantas dia mengejarku.

" Faradina Inani !" jerit Emir yang berjalan di belakangku

" Awak nak apa Emir Shahril? Boleh tak jangan panggil nama penuh saya? " soalku tegas

" Habistu saya nak panggil apa? itu nama awak kan?" soal Emir serius

" Panggil je apa - apa, tapi jangan panggil nama penuh saya !" jawabku tegas

" Okay. Maknanya saya boleh la panggil sayang ke anje ke honey ke kan?" ujar Emir selamba sambil melontarkan senyuman manisnya itu.


Aku menarik nafas sedalam - dalamnya untuk menahan kemarahan ku ini.

" Emir !! saya tak main -main !!" mata tajamku melihatnya dengan penuh perasaan kebencian

" Okay, kalau tak boleh bagi je la saya panggil nama penuh awak " jawab Emir selamba

" Suka hati awak la, Emir !! " bengangku

" Awak tak bawa kereta kan? jom la saya hantarkan" Emir pelawa dengan seikhlas hatinya

" Tak payah !! saya boleh balik sendiri la" tegasku

" Sayang ! cepat la.." ujar Emir untuk mengugut Fara

" Emir Shahril !! awak kenapa ye?" jeritku dengan kemarahan mendalam

" Sayang, cepat la !" ujar Emir sambil ketawa jahatnya itu

" EMIR !! STOP IT !!" jeritku

" Lebih baik awak masuk sekarang sebelum semua orang pandang pelik dekat awak" ugut Emir

" ERGHH !!" lalu aku masuk kedalam keretanya secara terpaksa

*****

" Assalamualaikum.." lalu Aamiena terus sahaja masuk ke dalam rumah. Rumah aku itu dah macam rumah dia dah.

" Waalaikumsalam" ujar Faris yang berada di ruang tamu itu

" Fara mana, along ?"soal Aamiena

" Entah la, Mak Cik Tie kata dia pergi jongging tadi tapi tak balik lagi la" jawab Faris jelas

" Ouww.. Sejak bila pula la si Fara ni rajin,hahaha.." ujar Aamiena selamba

*****

" Awak ni nak apa ye dari saya? saya tak pernah kacau awak ! kenapa awak ada ja kat mana - mana saya ada? awak stalk saya ye?" soalku bertalu - talu

" Semuanya sudah tertulis faradina Inani. Mungkin kita ada jodoh" ujar Emir selamba

" Kau jangan nak merepek !! sebelum kau jadi orang pertama yang aku bunuh baik kau buka kunci sekarang !!" ujarku tegas

" Hahaha.." Emir tak henti ketawakan Fara yang sedang marah itu

" Yang awak ikut saya keluar kenapa? pergi la balik !! Erghh !!" ujarku dengan geramnya

"Ya Allah, awak halau saya balik? saya nak jumpa Faris la." ujar Emir dengan kelembutan

" Uuyooo... Patut la tak ajak aku pun nak pergi jogging. Rupanya dah ada partner baru" perli aamiena sambil memandang Faris yang tersenyum melihat kami berdua

" Kau la ni !!'" ujarku perlahan kepada Emir sambil mengjegilkan dua mataku ini walaupun mata aku sepet tapi masih nampak ngeri ye.

" Itu la Fara ni, dia kata dia sakit tangan lagi. So saya ambil la dia, kan along !!" ujar Emir selamba sambil mengangkat kening kepada Faris

" Ish !! dia ni memang nak kena la !! sabar Faradina Inani.. Sabar.. Sabar..Kau tunggu nasib kau Emir!!" bebelku dalam hati

" Uishh.. ' Along' !!" terkejut Aamiena sambil tersenyum kepadaku

" Hahaha.. Jom la masuk bakal adik ipar" Faris pula mula bersuara

" Mereka ni nak kenakan aku ke apa ni?" soalku geram dalam hati lalu aku masuk ke rumah meninggalkan mereka yang masih merepek di situ.

......

struggleWhere stories live. Discover now