BAB 41

148 11 0
                                    

Terkadang sebuah tawa adalah topeng dari air mata yang terlalu di jaga oleh ego dan ketika sakit untuk diungkapkan dengan kata - kata saat itulah air mata yang akan berbicara. Aku masih tidak menerima takdir itu. Ujian demi ujian, masalah demi masalah datang menerpa diri seperti tiada penghujung.

Mata kecil Fara merenung sebentuk cincin yang terletaknya di jari manisnya yang kecil itu dengan satu persatu titisan air mata membasahi pipi.

*****

" Adik mana, ma?" tanya Faris

" Ada dekat atas dari tadi tak nak turun, tak nak makan." jawab Puan Adeeba

" Along nak pergi tengok dia sekejap." kata Faris

" Eh Along ! jangan ganggu dia la malam ni, dia masih marah tu." kata Puan Adeeba

" Ha ye la, esok along try pujuk dia." kata Faris

*****

Aku terpandang sepucuk surat yang berada di hadapanku. Tanganku perlahan - lahan mencapai sepucuk surat itu dengan keadaan yang sangat lemah. Aku membuka surat itu.

Fara, mungkin kehadiran saya dalam hidup awak adalah sangat menyakitkan tetapi kehadiran awak dalam hidup saya adalah sangat bermakna. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya mahu minta maaf atas segala kesakitan yang awak tanggung. Kadangkala saya berasa sangat kecewa dengan diri saya kerana tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada awak sewaktu sekolah dahulu. Mungkin sangat banyak kesakitan awak disebabkan saya. Mungkin juga disebabkan itu awak hilang. Saya tunggu Fara, Saya tunggu ! saya tunggu awak menceritakan apa yang terjadi sewaktu di mall haritu. Hidup saya bertanda tanya dan saya serba salah dengan diri saya. Saya takut semua itu berpunca daripada saya. Awak pergi dengan tangisan tapi tanpa sebab. Saya takut tau apa - apa terjadi dengan awak. Sewaktu saya melihat awak hantar Heyna, saya sangat bersyukur dan lega kerana saya masih dapat melihat awak. Saya minta maaf, Fara. Saya tahu saya tak sebaik apa yang saya fikirkan, dan saya juga tak sejahat dengan apa yang awak sangkakan. Masa lalu memang menyimpan banyak memori tak kiralah manis atau pahit, namun itu bukan alasan untuk tidak terus melangkah ke depan.

                  Stay Smile Pretty😘
                             I'm Sorry ♡

Your handsome boy,
       EmirShahril.

Setelah sekian lama aku membaca surat itu, tanpa disedari senyuman di bibirku mula terukir di penghujung bacaan pada surat itu. Aku menyambung mengetawakan diri ku ini.

*****

Apabila sang mentari tiba, aku juga mula untuk menyibukkan diri ini dengan soal kerja. Walaupun segalanya tidak boleh di undur tetapi aku juga akan terus berjalan dengan cara kebahagiaanku. Aku menyerahkan setiap langkah dan hidupku kepada Allah SWT. Itu juga tidak bermakna semudah itu aku dapat memaafkan Emir. Aku cuba, tetapi ianya gagal.

TOK !! TOK !! ketukan pintu pejabat di cafeku

" Masuk." arahku

" Assalamualaikum Cik Fara." ujar Syaza tersenyum lebar

" Waalaikumsalam, ye Syaza?" soalku

" Ini untuk Cik Fara." Syaza menghulurkan kepadaku sebuah kotak pink dan di ikat dengan reben merah

" Apa ni? Aku kehairanan

" Entah la. Ada orang bagi." Kata Syaza

" Siapa?" tanyaku lagi

" Saya pun tak tahu. Dia kata dia cuma jalankan tugas je" jawab Syaza

" Ouww... Terima kasih ye , Syaza." Ujarku

" Okay, Sama - Sama." Jawab Syaza

" Syaza, tolong bawakan saya hot chocolate." Kataku

" Okay, baiklah." Jawab Syaza

Aku membuka kotak tersebut tanpa reaksi dan kata - kata. Terdapat 3 kuntum Bunga Daisy, sebuah radio kecil berwarna pink dan sekeping kad di dalamnya.

Aku membuka kad tersebut

Hati mungkin disakiti dan air mata mungkin membasahi pipi. Akan tetapi, ingat ! Allah sentiasa menemani dan Allah pasti membuat mu tersenyum semula. Mintaklah petunjuk dari-Nya dan mengadulah kepada-Nya. Awak, saya hadiahkan radio ini supaya awak lebih tenang dan gembira sepanjang hidup awak dan daisy itu melambangkan kebahagiaan awak, kebahagiaan saya dan kebahagiaan kita berdua. Bergembiralah dengan takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT. Stay Smile Okay (◠‿◕)
Jangan lupa istikharah adalah jawapannya♡

Yours sincerely
           YF

Senyumanku mula terukir dengan sangat lebar. Adakah ini cinta yang tak pernah aku rasakan? Aku sangat mengharapkan ia jodohku. Dia sentiasa mengetahui situasiku. Siapakah dia? Aku juga berharap kita akan bertemu pada waktu yang tepat. Kiriman inilah yang sentiasa aku nantikan selalu. Ya Allah, temukanlah kami suatu hari nanti pada waktu yang tepat, aminn. I'm waiting for you YF.

*****

" Tahniah bro, aku dah agak dah dia suka kau." Kata Khairy

" Hmm... Entah la. Aku takut dia terima aku dengan terpaksa." Kata Emir

" Tak mungkin la. Tak pa la, don't worry Emir nanti aku tanya Fara hal ni." Kata Aamiena

" Terima kasih." Ujar Emir

" Eh ! Jom la dah lewat ni, nak fitting baju lagi." Kata Khairy

" Itulah lupa pula." Jawab Aamiena

*****

" Mama tengok cerita apa ni?" Tanyaku sambil duduk di sebelah mama lalu aku menyandarkan kepala ku di bahu mama.

" Entah la, tak ada cerita menarik pula harini." Jawab Puan Adeeba

" Mama, adik rasa nak pergi bercuti la, nak release tension." Kataku

" Eh ! Eh ! Tak boleh, tak boleh. Tak payah nak release tension sangat ye. Ingat ! Minggu depan majlis pertunangan kamu." Kata Puan Adeeba

" Apa? Minggu depan?" Amat terkejut Aku mendengarnya

" Ye la." Jawab Puan Adeeba selamba

" Apa ni, ma? Cepatnya..." Merungutku

" Benda baik tak baik melambat - lambatkan." Ujar Puan Adeeba selamba

        " Benda baik apa? Ni aku yang kena tanggung ni, yang merana. Herhh !!" Bebelku sendirian dalam hati

" Esok kita pergi cari barang ye. Jangan nak bagi alasan ! " Kata Puan Adeeba

" Emir ikut tak?" Khawatir aku dibuatnya

" Kenapa? Rindu? Hahahaha..." Usik Puan Adeeba

" Memang tak la,ma. Haihh !!" Bengangku

" Mama pun tak tahu la dia ikut ke tak esok, kamu tanya la." Jawab Puan Adeeba

" Eeee... Tak nak la." Kataku

" Hahaha..." Seronok Puan Adeeba mengusik anaknya itu.

......

struggleWhere stories live. Discover now