BAB 24

176 12 0
                                    

" Along ! takkan la tak boleh teman adik? tangan adik sakit ni, takkan la adik nak naik grab dengan barang banyak - banyak tu !!" ujarku merayu

" Along minta maaf sangat - sangat, sekarang ni along ada mesyuarat. Adik ajak la Aamiena." ujar along terus - terang

" Ala.. Harini Aamiena busy juga, emm" ujarku meraih simpati

Tiba - tiba Faris tersenyum..

" Okay, along boleh temankan, tapi adik kena tunggu along habis mesyuarat la. Boleh tak?" soal Faris

" Boleh ! Sayang Along" ujarku keriangan

*****

" Emir, kamu ada nampak Faris tak?"soal Inspektor Khalid

" Tak ada la pula, tuan. Mungkin Faris dalam perjalanan" jawab Emir

" Baiklah, nanti kalau Faris dah sampai suruh dia masuk ke bilik saya ye." ujar Inspektor Khalid

" baiklah tuan" jawab Emir

*****

Sudah beberapa jam aku menunggu along di ruangan menunggu. Aku sudah berasa malu. Dah ramai orang bertanya kepadaku. Ada juga sekumpulan polis duduk bersembang denganku seperti kedai mamak. Bermacam - macam soalan yang timbul dan bermacam - macam jawapan yang sudah keluar dari mulut aku. Kalau jawab SPM ni mybe boleh straight A+ dah kut.

" Haishh !! lambat lagi ke along ni?" bebelku sendirian

" Hye !" sapaan dari seorang anggota polis. Tanpa dijemput dia terus duduk disebelahku.

Aku mula tidak selesa apabila lelaki duduk disebelahku terlalu dekat. Aku cuba ke kiri sedikit supaya ada perjarakkan antara kami.

" Awak adik Faris kan ?" soal lelaki itu

Aku hanya membalasnya dengan menganggukkan kepala sedikit

" Ouww.. cantik !" pujinya sambil memandangku

Aku hanya mendiamkan diri di situ sambil memandang pintu pejabat along di sebelah kiriku.

" Awak tunggu Faris ke?" soalnya lagi

" Hah ye !" jawabku ringkas

" Sementara tunggu lama tu, jom kita pergi minum dulu" ajaknya dengan ikhlas

" Emm.." aku tidak tahu untuk menjawab apa saat itu.

" Fara !" Emir menghampiri kami dengan berpakaian uniform yang lengkap membuatkan aku terpesona dengannya.Aku seperti terpukau dengan gayanya. Dia nampak sangat lain daripada Emir Shahril di luar kerja.

" Fara, jom ikut saya" ajaknya dengan penuh kelembutan

" Nak pergi mana?" soalku perlahan

" Ikut je saya, Maaf ye Danish" ujar Emir

" Ouh, its okay" kata lelaki itu

Lalu aku mengikuti Emir ke luar

" Kenapa?" soalku

" Faris ada hal yang dia perlu settlekan. So, Faris suruh saya teman awak,okay" ujarnya serius

" It's okay, saya boleh pergi sendiri" jawabku ringkas

" Ambil kunci ni ! tunggu saya dalam kereta" ujarnya serius sambil memberikan aku kunci

" Tapi....." tak sempat aku menhabiskan ayatku dia terus pergi meninggalkan aku sendirian di situ.

*****

" Tie, Fara mana ye?" soal Puan Adeeba kepada bibik

" Fara keluar dengan Faris pagi tadi" jawab Mak Cik Tie

struggleWhere stories live. Discover now