BAB 50

339 8 0
                                    


" Sayang..." Emir memeluk Fara dari arah belakang

" Emir, saya nak sapu jem ni !" kataku sambil menukar posisiku menghadap ke arahnya.

" Sayang... Nah !" Emir menghulurkan sekotak telefon bimbit

" Apa ni?" terkejutku

" Phone sayang kan dah pecah." jawab Emir sambil tersenyum melihat isterinya

" Terima kasih." terus Fara memeluk Emir

*****

Faaeq mengambil keputusan untuk menamatkan bujangnya. Faaeq menghantar rombongan meminang Heyna yang sesudah sahaja menamatkan pengajian ijazah.

 Faaeq menghantar rombongan meminang Heyna yang sesudah sahaja menamatkan pengajian ijazah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Meleret senyuman yang tak lekang di wajah pasangan itu.

*****

Setelah selesai menyiapkan hidangan makanan tengah hari, aku berehat sebentar di ruang tamu sambil membaca majalah, tiba - tiba telefonku berdering di atas meja dan aku segera menjawab panggilan yang tertera nama Aamiena di skrin.

" Assalamualaikum kawanku..." ujar Aamiena penuh kelembutan

" Waalaikumsalam... Amboi ! sejak nak jadi mak orang ni bukan main lembutnya bercakap kan !" perli Fara

" Hehehe... Fara boleh tak teman aku pergi cafe haritu tu? aku teringin cake dekat situ la... Aku malas nak ganggu Khair tengah kerja. Boleh tak? Please..." Rayu Aamiena

" Tak payah nak rayu sangat la dengan aku, untuk kau semua boleh la. Siap cepat ! " jawabku tersenyum dengan perangai manjanya itu

" Series la? Yihaaa ! terima kasih kawankurrr..." seronok Aamiena mendengarnya

" Anything for you, beb. kalau dah siap chat aku ye. Bye." ujarku ringkas

" Bye." Aamiena memutuskan panggilan

*****

Aku baru sedar yang Emir tidak pulang lagi untuk makan tengah hari.  Selalunya waktu seperti ini Emir akan balik untuk makan dan solat bersama. Aku mula berasa khawatir dan mula berfikir yang bukan - bukan, lalu aku segera menelefonnya.

TUT... TUT... ( telefonku berdering)

" Assalamualaikum,sayang." ujar Emir

" Waalaikumsalam, awak takbalik makan tengah hari ke?" tanyaku tanpa senyuman

" Eh ! Ya Allah... Sayang, saya lupa pula nak bagitahu saya sibuk sangat harini, tak sempat nak balik." Kata Emir serba salah

" Tapi... Saya dah masak banyak ni..." ujarku dengan sedikit kecewa

" Sayang..." serba salah Emir

" It's okay. Awak jangan terlalu fokus sangat , buat slow - slow ye. Jangan lupa minum air banyak - banyak ! sekejap lagi saya hantar makanan dekat awak ye," Excited Fara memberitahunya

struggleTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang