Hari yang di tunggu telah pun tiba. Selepas sahaja loceng berbunyi maka tamatlah sesi persekolahan tetapi pelajar tingkatan 5 tidak dibenarkan pulang lagi kerana cikgu mengadakan kelas tambahan yang terakhir sebelum final exam esok. Jadi semua perlu hadir untuk belajar buat kali terakhir.
"Ahh ! Leganya aku rasa. Serabut kepala belajar" Aamiena menyandarkan badannya ke kerusi dalam keadaan duduk.
"Finally dah exam terakhir. Yeayy.." terujanya aku
Selang beberapa minit, muncul Sir Kamal masuk ke dalam kelas untuk mengajar. Tiba- tiba pula aku semangat nak berlajar addmath ni. Yela, dah last paper kan confirm la semangat, hahahaha..
*****
Khairy dan Faaeq memandang pelik terhadap Emir yang sedang termenung ketika berlajar kerana Emir adalah pelajar yang sentiasa fokus ketika berlajar.
"Woi !! Kau termenung apa? " Soal Khairy sambil menyigung siku Emir
"Ape kau ni? Mana ada aku termenung !" Kata Emir yang tersedar dari lamunan.
"Kau ada masalah ke? " Soal Faaeq berbisik
"Tak ada la, dah la.. Fokus ! " Kata Emir
*****
Bila mentari mulai tenggelam di ufuk barat, rembulan mulai menunjukkan taringnya.
Hari ini aku mengambil keputusan untuk pulang lebih lewat daripada selalu. Aku terpaksa membuat beberapa rujukan dari perpustakaan sekolah. Mahu tak mahu aku terpaksa merajinkan diri untuk stay back.
Aku berasa hairan apabila melihat Emir juga stay back . Kini aku dengan dia sahaja masih ada di dalam perpustakaan. " Dia tunggu aku ka? Perasannya aku ! Mybe dia tunggu ayah dia kut" soalku sendirian. Aku tersenyum sendiri. Aku berharap dia tidak nampak kelakuan gedik aku ni la.
*****
Waktu sudah menginjak ke angka 5 petang. Aku berasa sudah cukup dengan nota yang aku buat selama 3 jam ni. Selangkah kakiku melangkah meninggalkan meja yang aku duduk sebentar tadi, aku terkejut melihat Emir masih ada di meja sebelah. Dia meletak kepalanya di atas meja Dan matanya terpejam rapat. Mungkin sudah terlena diulit mimpi. Aku berasa serba salah untuk meninggalkannya bersendirian. Aku mendekatinya tetapi malangnya aku tersepak kaki meja lalu aku terjatuh dan buku - buku aku bertaburan. Emir membuka matanya kerana terkejut dengan bunyi yang sangat kuat. Mata Emir terpaku memandang aku dengan penuh kehairanan. Aku yang turut terkejut pantas mengutip buku yang bertaburan itu.
"Kau tak balik lagi ke? " Tanya Emir kepadaku
"Saya nak balik la ni, saya balik dulu ye" jawabku dengan perasaan yang sangat malu lalu aku pantas keluar dari situ sebaik sahaja Emir siap mengemas bukunya.
.......
![](https://img.wattpad.com/cover/252417390-288-k249484.jpg)
YOU ARE READING
struggle
RomanceCinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah. Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...