BAB 38

155 10 0
                                    

Aku serba salah sangat dengan Heyna. Disebabkan masalah aku lah dia kena marah teruk dengan Emir. Dah la aku suruh Heyna menipu supaya Emir tak tahu Heyna keluar dengan aku. Semua sebab aku la dia kena marah. Aku tak boleh fokus untuk melakukan kerja kerana memikirkan tentang ini. Aku tersandar di kerusi dengan keadaan pen yang masih di tangan.

TUT !! TUT !! Telefonku berbunyi

" Ye Heyna?" aku kehairanan apabila tiada suara bercakap

" Kak Fara..." kedengaran Heyna menangis

" Ye Heyna, kenapa? kenapa Heyna menangis ni?" aku cemas

" Kak Fara... Abang ngah dah tak bagi Heyna keluar. Macam mana Heyna nak pergi kelas?" ngadu Heyna

" Takkan la pergi kelas pun abang ngah tak bagi?" bengangku

" Tak. Harini pun Heyna tak pergi kelas." kata Heyna

" Eh ! bukan ke Heyna cuti semesta?"tanyaku kehairanan

" Emm... Macam ni, pensyarah Heyna nak jumpa Heyna harini." Heyna terpaksa berbohong supaya tidak kantoi

" Ouh ! abang ngah still marahkan Heyna ke? Kak Fara minta maaf ye, disebabkan masalah Kak Fara la Heyna kena marah." ujarku

" Kak Fara boleh tolong tak?"tanya Heyna

" Tolong apa?" soalku kembali

" Kak Fara tolong pujuk abang ngah." permintaan Heyna yang menakutkan aku

Aku terdiam.

" Kak Fara, please... Nanti pensyarah Heyna potong markah Heyna." rintih Heyna

" Okay, Kak Fara cuba tapi Kak Fara tak janji ye yang abang ngah akan maafkan Heyna." kataku terpaksa menerimanya kerana ini semuanya berpunca daripada aku

" Kalau abang ngah tak bagi macam mana? Aaaaa..." teriak Heyna

" Kak Fara akan cuba yang terbaik ye. Jangan risau ye." Walaupun hati tidak dapat menerimanya tetapi aku terpaksa untuk hadapi semua ini.

*****

" Macam mana?" tanya Puan Khatijah

" Bereh ibu." kata Heyna

" Bagus anak ibu." puji Puan Khatijah

*****

Fikiranku makin serabut, jantungku makin berdebar dan kerjaku juga makin banyak tertangguh. Kalau ikutkan hati memang aku tak nak tahu apa - apa tentang dia, tapi kenapa semua ini berlaku? dalam keadaan macam ni Aamiena je la yang terlintas dalam fikiran untuk aku berjumpa.

" Sorry lambat, beb." Kata Amiena

" Hmm..." rintihku

" Amboi ! nampak serabut betul. Kenapa ni?" tanya Aamiena apabila melihat kawannya tanpa sebarang senyuman

" Kau nak tahu tak? semalam aku keluar dengan Heyna , lepastu waktu malam tu aku nak hantar Heyna tiba - tiba pula tayar kereta aku pecah. Nasib baiklah ada satu bengkel ni buka tengah - tengah malam. And then, kau tahu tak  dalam pukul 3 pagi macam tu baru siap. Lepastu aku pergi la hantar Heyna. Waktu sampai tu Heyna kena marah teruk tau dengan Emir. Aku serba salah tahu tak dekat situ. Aku beranikanlah diri keluar nak minta maaf walaupun aku tak nak tengok muka dia kan hmmm... Lepastu kau tahu dia balas apa?" semangat ku bercerita

" apa?" tanya Aamiena semula

" Dia jeling aku. Kau rasa? dia ingat aku ni hadap sangat nak minta maf dengan dia tu. Kalau tak disebabkan Heyna kena marah memang aku dah lama bla  wey." bengangku

" Ye la,beb. Dia tengah marah kan. Lepastu dah la Heyna bohong dia kata keluar dengan kawan. Kalau aku pun marah." kata Aamiena selamba

" Hmm... Kau ni macam back up dia je." ujarku

" Tak la, aku cakap benda betul." kata Aamiena

" Beb, tadi Heyna call aku. Hmm..." kataku merintih

" Heyna cakap apa?"tanya Aamiena

" Dia suruh aku pujuk Emir." kataku dengan nada yang perlahan

" Aku setuju sangat. Better kau call dia cepat. Aku kesian tengok Heyna tu dia pula yang kena marah teruk. Kau jelaskanlah dekat dia semuanya , termasuklah..." tak sempat Aamiena menghabiskan ayat, Fara menyambung

" Kejadian haritu? memang tak la wei." kataku

" Hmm... Nasib baik kau kawan aku, kalau tak dah lama aku cucuk dengan garfu ni." bengang Aamiena

" Miena... Kau tolong la aku pujuk Emir untuk Heyna." kataku sambil pegang tangan Aamiena

" Oh ! maaf. Itu saya tidak boleh tolong . Fara, kau kena minta maaf sendiri sebab nanti hidup kau tak tenang tau. Better kau pergi je minta maaf. Fara, lupakan la sejarah - sejarah hitam kau tu." pujuk Aamiena

" Text boleh?" tanyaku tersenyum

" Tak boleh." jawab Aamiena tegas

" Ye la. Aku tiada pilihan kan." rintihku

" Ye. Nanti kau cakap baik - baik, jangan ikutkan emosi tu and if Emir minta apa - apa kau turutkan je. Ingat ! ni semua salah kau. Kesian Heyna." kata Aamiena

" Turutkan? Aaaa... Tak nak !." rengetku

" Ingat ! ini semua salah siapa?" kata Aamiena

" Aku. Hmmm..." aku tiada pilihan selain mengikuti

*****

Aku seolah - olah mahu menyalahkan takdir ini berlaku. Aku tidak mengerti mengapa ini berlaku?, mengapa aku perlu berhubung dengan dia lagi? dan mengapa aku?. Soalan itu sedang bermain di fikiranku. Jantungku berdegup sangat laju. Aku takut. Mataku hampir mengalirkan air mata. " semua ini salah kau. Kesian Heyna." Kata - kata Aamiena menyedarkan aku. Aku beranikan diri untuk call Emir Shahril seorang lelaki yang paling aku benci selepas Arman si penjenayah itu.

TUT... TUT...

" Assalamualaikum, ye? siapa ni?" soal Emir apabila nombor tidak dikenali di skrin telefonnya

Aku terdiam. Suaranya membuatkan jntungku terhenti seketika dan suaraku tidak dapat dikeluarkan.

" Hello?" Emir kehairanan

" Oh sorry ! saya tak dengar tadi." aku memaksakan suaraku untuk bercakap

" Fara?" Emir terkaku apabila terdengar suara yang Emir tunggu selama ini.

" Ye. Saya call ni pun just nak minta maaf tentang semalam. Saya harap awak tak marah Heyna lagi." kataku melurus

" Dia adik saya." jawab Emir ringkas

" Saya merayu sangat jangan hukum dia sebab ini semua salah saya." pujukku

" Salah awak?" Emir kehairanan

" Macam ni la, memang saya yang suruh Heyna jangan cerita dekat awak yang kami keluar dan saya hantar Heyna lambat tu sebab tayar kereta saya pecah. Saya minta maaf." terangku dengan rasa serba salah

" Kenapa awak tak bagi Heyna cerita dekat saya?" soal Emir

" Awak tak perlu tahu semua itu. Saya just nak minta maaf je ni." kataku selamba

" Ye, saya maafkan awak kalau awak setuju keluar makan dengan saya malam ni." kata Emir dengan senyuman sinisnya

Kata - kata Amiena masih bermain di fikiranku

" Haihh !! Ye la. Asalkan awak tak hukum Heyna." mengeluhku

" Okay, saya ambil awak malam ni ya." kata Emir

" Tak pe, saya boleh drive sendiri." kataku

" No, saya ambil awak. Assalamualaikum." kata Emir lalu memutuskan panggilan

" Haihh ! YA ALLAH..." rintihku

......

struggleWhere stories live. Discover now