BAB 13

214 15 0
                                    


Selang beberapa minit along keluar dari keretaku, tiba-tiba aku ternampak cahaya yang bersinar di kaca skrin.

" Eh! Telefon along ke ni? " tanyaku kehairanan

Aku segera mengambil phone tersebut lalu keluar menghampiri pejabat polis. Bayangan along sudah tiada di situ. Seorang lelaki yang beruniform polis datang menghampiriku.

" Ye cik? Nak report kes ke? " soalnya

" Tak la, saya nak hantar phone abang saya ni " ujarku

" Abang? Apa nama abang cik? " tanyanya

" Inspector Faris " ujarku

" Inspector Faris?! " balasnya dengan reaksi yang terkejut

" Iye encik! Boleh tak saya serah kepada encik saja? " tanyaku

" Boleh, nanti saya serah kepada Inspector Faris ye " katanya dengan senyuman

" Terima Kasih, encik " balasku lalu aku segera pulang dari situ

******

Setelah 30 minit di meja kerjaku, aku berasa haus lalu aku menuju ke pantry untuk membuat segelas air dan dalam pada masa yang sama, ada seorang lelaki menuju ke pantry juga. Apabila melihatku, dia terus menyapa.

" Hai, dear! " ujar lelaki itu sambil memandang tepat ke arahku dengan senyuman gatalnya

" Fara kan nama you? " tanya lelaki itu lagi

Aku hanya mengiakan sahaja lalu aku terus pergi dari situ tetapi dihalang olehnya. Dia menghampiriku dengan wajah yang menakutkan

" Nama I Arman but just call me baby ye sayang! " ujarnya sambil mengenyitkan matanya

Aku memandang sahaja mukanya dan memberi isyarat kening berkerut lalu aku segera pergi dari situ. Sebelum itu, aku juga sempat memberi jelingan tajam kepadanya.

" Erggh! Wujud lagi lelaki macam itu" ujarku

******

Bau yang agak kuat membuatkan mataku tercelik. Kepalaku agak pening bila memandang ke atas. Mata yang celik tertutup semula disebabkan aku menahan kesakitan. Bila sudah yakin baru aku celik semula lalu terus menuju ke ruang bawah untuk menikmati makan malam bersama keluarga. Mataku terbuntung melihat makanan yang banyak terhidang di atas meja makan.

" Banyaknya makanan! Kenapa makcik masak banyak- banyak ni? " tanyaku kepada bibikku

" Datin kata ada tetamu istimewa nak datang " jawab bibik

" Tetamu? Along dan angah ada dekat sini kan? So, siapa tetamu istimewanya tu? " soalku bertalu-talu. Lalu aku menghampiri along yang sedang menonton tv

"  Along! " sergahku

" Haish kamu ni! " marah along dengan tenang

" Siapa tetamu istimewa tu? kakak ipar adik ye? sampai hati along tak bagi tahu adik! " tanyaku bertalu-talu lagi

" Orang tak ada masa nak fikir semua tu lagi! " jawab along

" Habistu siapa? " tanyaku kehairanan

" Mana la along tahu " jawab along seperti malas melayan adiknya itu

TING!! TONG!!

Tiba² loceng berbunyi menandakan tetamu sudah sampai. Aku tidak sabar melihat siapakah tetamu istimewa itu. Setelah pintu dibuka oleh along...,

BAMM!!!

............

struggleTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang