BAB 48

181 8 0
                                    

KRING !! KRING !! ( jam loceng yang terletak di sebelah kananku itu berbunyi menunjukkan pada pukul 6 )

Setelah penat jam itu menjerit lalu Fara menekan button off. Sebelum bangun, sempat juga menggeliat untuk hilangkan rasa malas nak bangun tu. Apabila bangun, Fara terpandang di sebelahnya, tiba - tiba Fara menjerit lalu melompat kerana terkejut dan terjatuh dari katil yang tinggi itu lebih kurang ketinggian  paras pehanya.

AAAA...BUK !!!

" Auuww..." Fara mengaduh kesakitan

" Sayang !!" Emir lantas bangun menuruni katil

" Aduh ! sakitnya..."rintihku sambil memegang kaki kanan yang terseliuh itu.

" Ya Allah, macam mana boleh jatuh ni, sayang? sini, saya tengok." kata Emir sambil memegang kaki Fara

" Eh ! Eh !, tak pa, tak pa. Saya okay." Fara cuba mengelak

" Sayang, jangan degil please..." Emir mengalihkan tangan Fara yang masih memegang kakinya itu.

Air mataku tiba - tiba mengalir kerana tidak lagi sanggup menahan kesakitan itu.

     " Fara, Fara, macam mana la kau boleh lupa yang kau ada suami ni !! tak pasal - pasal dapat sakit. Aduh !!Sakitnya.." rintihku di dalam hati 

Emir baru menyedari air mata Fara mengalir dan minitis jatuh di tangannya ketika ia sedang memicit kaki Fara.

" Alololo... Sayang, jangan la menangis." ujarnya dengan sangat lembut sambil mengesat air mataku dan membelai rambutku.

*****

"Angah, tolong susun pinggan ini dekat atas meja ye." arah Puan Adeeba

" Okay, ma." jawab Fakhira

" Good morning, ma." ujarku sambil memeluk belakang mama

" Morning..." jawab Puan Adeeba ringkas

" Nak tolong apa - apa tak?" tanyaku dengan senyumanku meleret di bibir

" Tak payah, dah nak habis dah ni. Pergi ajak Emir duduk tu." kata Puan Adeeba

" Okay, ma. Jom." kataku sambil menarik tangan Emir yang sedang membalas mesej di tepi dapur.

" Mari makan, adik, Emir." pelawa Encik Rahimi

Aku dan Emir hanya membalas dengan senyuman.

" Kenapa dengan kaki tu, adik?" Tanya Faris kehairanan

" Ouh ! terseliuh sikit, sebab semalam kan seharian pakai kasut tumit tinggi."  jawabku selamba

Emir tersenyum melihatnya begitu yakinnya Fara berbohong. Fara hanya membalas senyuman kepada Emir.

*****

" Nah !" Faaeq menghulurkan sekotak hadiah kepada Heyna

" Awak, dah banyak sangat awak bagi saya hadiah." kata Heyna

" Ambil je. Saya ikhlas." ujar Faaeq tersenyum

" Terima kasih." malu Heyna dibuatnya

" Boleh buka sekarang?" tanya Heyna tersenyum meleret di bibirnya

" No, nanti saya balik awak buka ye." kata Faaeq

" Hahaha... Okay." turut Heyna

" Assalamualaikum..." ujar Emir

" Waalaikumsalam..." Jawab Faaeq dan Heyna

" Eh Faaeq?!" hairan Emir melihatnya berada di dalam rumah

struggleWhere stories live. Discover now