Apabila perempuan mula berborak memang lambat la habisnya. Heyna sibuk menceritakan tentang Emir dan Fara. Setiap hari Heyna membuka topik tentang mereka. Puan Khatijah dan Alanna tidak pernah menolak untuk mendengarnya. Sedang sibuk mereka bergelak - tawa di ruang tamu, tiba - tiba pintu utama dibuka oleh Emir yang baru sahaja pulang dari kerja." Assalamualaikum..." kedengaran Emir lemah
" Waalaikumsalam..." perbualan mereka terhenti
" Emir dah makan?" tanya Puan Khatijah
" Dah." jawab Emir ringkas lalu Emir terus naik ke bilik
Puan Khatijah, Alanna dan Heyna hanya memandang Emir yang tanpa senyuman itu.
" I think we need to do something." kata Alanna secara tiba - tiba.
*****
Sewaktu aku turun untuk ke dapur untuk minum air, terlihat mama dan papa di ruang tamu. Aku memberikan dua cawan coffee kepada papa dan mama yang fokus menonton televisyen.
" Jemput minum mama, papa." kataku sambil duduk di sebelah mama.
" Terima kasih" ujar Puan Adeeba
Aku membalasnya dengan senyuman .
" Adik. Adik memang tak ada boyfriend ke?"soal Encik Rahimi secara tiba -tiba
" Kenapa papa tiba - tiba tanya ni?" aku kehairanan
" Ye kan? mama tak nak la waktu adik kahwin nanti mama dah bongkok" kata Puan Adeeba
" Hahaha... Mama ni." kataku sambil ketawa
" Papa tanya ni, ada ke tak ada?" soal Encik Rahimi serius dan ketawaku terhenti
" Tak ada. Kenapa papa?" soalku perlahan
" Saja ja la papa tanya. Kalau adik ada boyfriend boleh la kita buat majlis sekali dengan majlis kesyukuran syarikat papa." terang Encik Rahimi.
" Hahaha... Ke situ pula papa ni." aku menyambung ketawa semula.
" Bagus juga idea papa tu. Tapi sayangnya adik tak ada calon pula." kata Puan Adeeba
" Bila majlis kesyukuran tu, papa?" soalku
" Insyallah kalau papa dapat projek tu, papa akan buat selepas habis projek tu la. Dalam 7 bulan lagi " terang Encik Rahimi
" 7 bulan lagi? Uishh ! nasib baik adik tak ada boyfriend lagi." ujarku bersyukur
" Kenapa? adik tahu tak adik ni dah umur berapa?" bebel Puan Adeeba
" Ala... Adik baru 23 tahun." kataku selamba
" Papa harap dapat la projek besar tu." ujar Encik Rahimi
" Papa mesti boleh punya." kata - kata semangat dariku
" Sebab ni projek sangat besar tau. Syarikat yang tinggi daripada papa pun banyak yang tak dapat, sebabtu papa nak buat kenduri kesyukuran kalau papa dapat but papa tak yakin papa tak yakin sangat yang papa boleh dapat projek ni." luah Encik Rahimi
" Jangan risau la, papa mesti boleh. Papa kan hebat. Macam ni la, kalau papa dapat projek ni, papa dan mama boleh terima siapa sahaja yang masuk meminang adik, okay?" ujarku semangat dengan senyuman.
Puan Adeeba dan Encik Rahimi terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Fara.
" Kenapa? betul la. Lagipun adik tak nak tengok papa gagal dan adik yakin apa yang terbaik buat papa mama, itulah yang terbaik buat adik." Jelasku
" Terima kasih sayang. Papa janji akan buat yang terbaik." kata Encik Rahimi sambl memelukku
Aku hanya membalas dengan senyuman.
*****
Bawang ni memang sengaja betul buat aku menangis pagi -pagi ni. Sentiasa tak nak bagi kerjasama, haishh ! nanti nak keluar ada saja yang tanya ' kenapa nangis' Eghh !
" Adik okay tak tu?" perli Puan Adeeba sambil ketawa
" Mama ! nanti masak untuk breakfast, adik tak nak hiris bawang dah tau." kataku sambil memejamkan mata yang pedih itu.
" Hahaha... Dah la, biar mama buat. Pergi goreng telur tu." kata Puan Adeeba
TUT !! TUT !! telefonku berbunyi
" Sekejap ye, ma." kataku lalu aku menjawab panggilan di tepi kolam.
" Assalamualaikum Kak Fara." ujar Heyna dngan semangatnya
" Waalaikumsalam, ada apa call Kak Fara ni pagi - pagi ni?" soalku kehairanan
" Sekarang ni Heyna cuti semesta. Jom keluar, Kak Fara" kata Heyna
" Okay boleh je, dengan satu syarat, jangan ajak abang ngah ye dan jangan bagitahu yang kita keluar, okay?" kataku
" Baik bos." jawab Heyna
" Okay, good girl." kataku
" Bye, love you Kak Fara" ujarnya
" Bye." tiba - tiba aku tersenyum mendengar suara Heyna yang sangat riang itu.
......

ANDA SEDANG MEMBACA
struggle
RomanceCinta perlu diperjuangkan. Mengikhlaskannya menjadi yang halal buatmu . Namun memperjuangkan cinta bukan hal yang mudah. Terkadang kamu akan merasa lelah sehingga kamu berasa ingin menyerah. Terkadang kamu merasa perjuangan cinta hanya berakhir sia...