BAB 31

163 10 0
                                    

Hampir setiap hari aku berulang ke rumah Emir kerana Heyna mahukan ku mengajarnya tentang akaun lebih mendalam. Katanya dia mahu ambil kos berkenaan dengan akaun. Hampir sebulan juga la aku meluangkan waktu bersama Heyna sebelum dia masuk ke universiti. Biasa la aku mana pernah ada adik. Semenjak ada adik Emir ni dapat juga la rasa sebagai seorang kakak.

" So, lepasni study okay !" ujarku tersenyum

" Thank you Kak Fara" jawab Heyna

" Okay la, Kak Fara balik dulu ye ! dah nak dekat maghrib ni" kataku sambil mengemas barang yang bertaburan di meja itu

" Fara, makan malam dekat sini ye !" pelawa Puan Khatijah tersenyum

" Tak apa la, aunty. Dah lama sangat saya dekat sini ni" kataku dengan sangat malu

" Alaa.. Aunty dah masak banyak dah ni ! makan dekat sini ya.." pujuk Puan Khatijah yang berada di dapur

" Tak apa, Fara. Jangan malu - malu, aunty ni memang suka memasak !" kata Encik Kamil yang sedang turun tangga menuju ke ruang tamu

" Baiklah, aunty. Terima kasih !" ujarku tersenyum malu

*****

Seorang lelaki yang sangat kacakk mengenakan pakaian kameja hitam dan seluar slack menuju ke kaunter cafe dengan tangan kanannya yang berada di poket dan hentakan kasut itu juga memainkan peranan.

" Hello.. I want to meet the owner this cafe !" ujarnya

" Hye, sorry ! she is busy today. Can you come back tomorrow? saya akan bagitahu dia,okay. Boleh tinggalkan nombor encik? " kata Syaza

Lalu lelaki itu meletakkan sekeping kad di atas meja dan berlalu pergi tanpa berkata

" Amboi !! sombongnyerr, harap muka je hensem !" bebel Syaza

*****

" Biar saya kemaskan ye !" kataku sambil mengutip pinggan kotor di atas meja makan itu

" Fara, tak apa la ! biar aunty buat. Kamu kan tetamu, malu la aunty kalau kamu buatkan !!" Kata Puan Khatijah sambil mengambil pinggan di tanganku

" Tak apa la, Fara tolong aunty ye !" ujarku tersenyum

Emir hanya tersenyum melihat ibunya dan Fara bermesra seperti keluarga.

" Tengok la tu ibu kamu ! suka sangat dengan Fara tu." jujur Encik Kamil

" Fara tu sebijik perangai macam ibu, sebabtu serasi tu. Hahaha.." kata Emir

" Elok la jadikan menantu !" kata Encik Kamil selamba sambil memandang Emir

Emir memandang ayahnya lalu dia mengangkat kedua - dua keningnya.

*****

Selepas selesai mengemas, aku pergi ke tandas untuk membasuh muka supaya terasa segar.

TUT !! TUT !!

" Hello, ma" ujarku

" Adik dekat mana ni?" soal Puan Adeeba

Aku kehairanan kerana mama tak pernah tanya aku kemana, selama ni tak peduli pun. Automatik keningku berkerut.

" Nanti mama send location, adik pergi sana sekarang ye !!" kata Puan Adeeba dengan  baik

" For what, ma?" tanyaku kehairanan

" Arman nak bincang tentang projek baru tu !" ujar Puan Adeeba selamba

" What? ma ! sekarang dah pukul 10 la, ma !! bahaya la, ma" Bengangku

" Bahaya apanya?" Bengang Puan Adeeba

" Mama, Arman tu lelaki tau !! pukul 10 macam ni takkan la mama nak suruh anak perempuan mama keluar jumpa lelaki yang pernah cederakan anak mama ni !! tergamaknya mama !!" ujarku dengan air mata yang bertakung.

struggleWhere stories live. Discover now