BAB 22

185 14 0
                                    

Aku masih terfikir dengan kata - kata Emir. Dia cakap tentang diri dia atau kad itu? hmm.. kata - kata Emir membuatku sedar betapa bodohnya aku untuk memikirkn segala - galanya di dunia ini. Aku wanita yang inginkan segalanya dengan berfikir walaupun benda itu terlalu rumit untuk berfikir. Mulai sekarang Faradina Inani tak akan kisah lagi tentang orang lain kerana aku banyak berfikir tentng orang lain berbanding diri aku sendiri.

" Faradina Inani !! kau berangan apa ? ni baju untuk malam ni okay." ujar Aamiena seperti mak nenek.

" Okay. Perlu ke pergi? " soalku malas

" Kau jangan mengada ye, Fara. Malam ni event penting syarikat papa kau kan. Nanti mama kau bebelnya dekat aku juga. Kau kena datang kalau kau sayang aku. Faham !" terang Aamiena dengan tegas

" Ye la ! ye la !" jawabku ringkas

" Dah la, pergi la siap !!" jerit Aamiena seperti ibu tiri

*****

Setelah beberapa jam Fara bersiap, Fara terus ke bawah untuk menghidupkan enjin kereta. Apabila Aamiena melihat Fara sudah turun, dia terus berlari ke arah Fara yang berbaju dress dan tudung serba putih dan mengenakan make up look natural dan heels.

" Wow !! you look so beautiful tonight.. Kalau Emir tengok ni confirm cair kan" usik Aamiena

" Sebelum aku cairkan kau baik kau senyap !! Ishh !! kau ni buat aku tak ada mood nak pergi." aku mengeluh

" Okay, Okay.. Sorry la." Aamiena memeluk erat kawannya

" Dah la, aku nak pergi hidupkan enjin kereta" ujarku

" Eh ! satgi driver hantar" kata Aamiena

" Okay" ujarku ringkas

*****

Hari bahagia adalah hari disaat kita dihargai. Setiap manusia pasti mahu dihargai atas pengorbanan mereka terhadap seseorang, begitu juga Fara yang tidak pernah mendapat kasih - sayang dari ibu bapa seperti orang lain.

Setelah beberapa minit bertolak, tiba - tiba driver berhenti di tempat yang sangat gelap kerana kereta tiba - tiba rosak dalam perjalanan.

" Patut la aku rasa malas nak pergi tadi, herhh !!" aku mengeluh

" Kau salahkan aku la ni?" soal Aamiena tegas

" Haishh.. Tak la !! aku cuma serabut sekarang ni dengan mama dan papa aku tak balik pun padahal ni majlis syarikat mereka tapi aku juga yang kena pergi !!" terangku jelas

" Emm.. Tu kan syarikat kau juga " ujar Aamina ringkas

" Wey, aku takut la gelap - gelap ni.. Jom naik teksi" ujarku perlahan

" Takkan nak tinggal driver seorang kat sini ' ujar Aamiena

" Betul juga" aku baru terfikir

" Dah la, jom turun tengok apa terjadi" ajak Aamiena

Apabila aku sibuk menyoal driver tentang kereta. Tiba - tiba suatu cahaya memancar dengan sangat terang. Mataku mula terpejam kerana cahaya itu menerangi kawasan itu. Apabila mataku kembali normal, aku melihat ramai orang di hadapanku dan tanpa sengajanya aku tersenyum.

" HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY, HAPPY BIRTHDAY, HAPPY BITHDAY TO YOU...." mereka semua menyanyikan lagu untukku.

Aku mula berlinang air mata dengan senyuman kegembiraan. Aku sangat terharu kerana inilah kali pertama aku rasa sangat dihargai oleh orang sekelilingku. Selepas mereka selesai menyanyi lagu untukku, aku terus memeluk mama dan papa tak lupa juga pada along, angah dan Aamiena. Mereka adalah segala - galanya buatku walaupun masih ada kekecewaan tetapi pada masa itu aku tak fikir tentang negatif langsung. Aku sangat happy.
Mama dan papa membawaku ke belakang untuk masuk ke sebuah kedai yang sangat cantik. Setelah sampai di depan pintu tersebut, mama dan papa berhenti. Aku kembali kehairanan.

struggleWhere stories live. Discover now