BAB 33

167 9 0
                                    

Sibuk mengupdate jualan bulanan di komputer tanpa menoleh walaupun 1 inci dari mejaku. Tiba - tiba ada sahaja yang mahu menggangguku.

TOK !! TOK !! Ketukan pintu bilik pejabat di cafeku

" Ye masuk !!" ujarku sambil menaip tanpa menoleh

" Hye, sibuk ke?" soal Emir sambil menarik kerusi di hadapan Fara

Aku memandangnya seketika, lalu aku kembali menaip tanpa berkata apa - apa.

" Okay, saya tunggu" ujar Emir selamba

" Emir shahril ! Awak nak apa ni?" soalku serius

" I just want you to follow me !" ujar Emir

" Pergi mana? Saya banyak kerja la !" kataku mengeluh

" Okay, saya boleh tunggu" ujar Emir sambil bersandar di kerusi

" Nak pergi mana?" soalku lagi

" Emm... Jalan - jalan?" kata Emir

" Where?" soalku ringkas

" Saya nak ajak awak teman saya beli barang" Terang Emir

" Kan senang dari tadi cakap terus terang. Jom." Terus aku menuju ke pintu

" Hah? Tadi kata banyak kerja !" Emir kehairanan

" Hahaha... Nak saya teman ke tak nak?" soalku

*****

" Asal kau rajin sangat nak teman aku pergi shopping ni?" tanya Nurin kehairanan

" Saja ! Lagipun aku pun nak beli barang" jawab Ryka

" Selalunya waktu macam ni la kau paling malas nak keluar kan?" kata Nurin

" Dah harini aku rajin nak buat macam mana? Haish ! Banyak cakap la kau ni !! Jom ikut aku" kata Ryka sambil melangkah ke arah salon yang berada tidak jauh dari mereka.

*****

Disebabkan sekeping kad membuatkan aku bahagia. Tidak lekang dengan senyuman di bibirku harini.

" Fara, are you okay?" tanya Emir kehairanan

" Ya ! Why?" jawabku tersenyum lebar

" Saya dah lama tak nampak senyuman ni !" kata Emir sambil tersenyum

" Ada je, tapi mybe bukan untuk awak !" Kata Fara selamba

Emir hanya balas dengan senyuman sambil memilih bajunya.

Aku terkejut melihat Emir beli baju bukan main banyak. Style dia kalah aku ! Pilih baju pun bukan main ceewet lagi, penat aku nak yakinkan dia.

" Nasib baik la kau bukan suami aku. Alhamdulillah. Malang betul isteri kau nanti !" ujarku sendiri sambil melihat Emir memilih baju

*****

Sedang sibuk Encik Rahimi menyiapkan tugasan di bilik pejabatnya, tiba - tiba hempasan kuat pintu biliknya di tutup. Sepantas kilat Encik Rahimi memandang ke arah pintu itu.

" Abang !" jerit Puan Adeeba

" Ya Allah, terkejut saya, awak ni kenapa?" kata Encik Rahimi

" Abang tengok la anak awak tu ! Degil !!" jujur Puan Adeeba

" Siapa? Adik?" tanya Encik Rahimi sambil menaip tugasannya di komputer

" Ye ! Dia melampau sekarang, tak nak masuk office, tak nak jumpa client, kerja semua dia tak buat." ngadu Puan Adeeba.

" Dah dia tak suka kerja tu nak buat macam mana?"kata Encik Rahimi selamba

" Habistu abang nak biarkan je dia?" soal Puan Adeeba tegas

struggleWhere stories live. Discover now