◈•71•◈

1.2K 156 177
                                    

2 Hari Kemudian


Kumpulan mafia di mana namanya sudah menjadi buah mulut orang ramai, Zeus tidak lagi ditakuti oleh mafia yang lain mahupun orang biasa. Sebahagian ahli yang terlibat di dalam pergolakan yang mencederakan hampir berpuluh-puluh orang awam diberkas. Sebahagian lagi akan stay di tempat mereka dan aktiviti mereka digantung selama sebulan.





Mingyu mengeluh berat dan menyusun fail selepas selesai saja mesyuarat terbesar di ibu pejabat. Beberapa persetujuan yang telah dibuat terpaksa diterima dengan hati yang terbuka, di antaranya kegiatan mafia di negara itu akan disekat buat seketika waktu. Kes kematian Mafia Haera termasuk bekas King Zeus itu akhirnya selesai dibicarakan dengan tuduhan ke ataa Lee Dong Hyeong sebagai suspeknya.






Apa-apa pun, lelaki itu sudah meninggal dunia. Dia mati di dalam tangan anak buahnya sendiri, ya si Yugyeom. Yugyeom pula memerlukan masa untuk rehatkan diri di rumah dengan terapi kawalan tekanan selepas kejadian tersebut. Mingyu beri ruang saja sehingga lelaki itu sudah pulih.












"Mingyu. Tunggu." tegur ketua polis negara itu sebelum Mingyu melangkah kaki keluar.






"Aku tahu, operasi terakhir kita memang berisiko tinggi. Usaha kau dan mereka yang lain begitu tinggi sehingga kes ni dah selesai. Terima kasih aku ucapkan." tundukan hormat diberikan kepada Mingyu. Lelaki itu tersenyum manis dan mengangguk sekilas, disebaliknya jiwa lelaki itu tidak tenang memikirkan nasib dirinya yang akan diterima pula sekejap lagi.







"Sebelum tu, kau ingat lagi perjanjian kita. Kalau misi ni dah selesai, kau akan dilucutkan jawatan." itu yang dimaksudkan oleh Mingyu. Lelaki itu terdiam sesaat dengan mimik wajah yang suram.










"Erm y-ya. Dan aku terima semua tu---"





"Aku kasi kelonggaran untuk kau. If you wanna stay, aku beri ruang. Kalau kau terdetik mahu bertukar identiti sebagai mafia, aku juga akan terima. It's up to you inspector." balas ketua polis tersebut, Mingyu terkesima dengan mata yang membulat luas. Dia tidak salah dengar bukan? Itu bermakna dia masih berpeluang untuk merangkap sebagai seorang anggota polis? Dia sangat berbesar hati.




Tapi, bagaimana pula dengan puak Zeus yang perlu diwarisinya itu? Perlukah dia bubarkan saja kumpulan yang sudah lama terbina dengan ahli-ahli yang kuat tersebut? Sungguh dia tidak sampai hati.









_______◈♕◈_______

Lisa tersenyum saat melihat keadaan Huening Kai yang sudah pulih sepenuhnya, akhirnya jejaka itu dapat berjalan semula dengan lancar tanpa dibantu oleh sesiapa. Ryujin sekadar menepuk tangan dengan kejayaan lelaki itu termasuk ahli Hera Rose yang lain.



"You did it!" puji Lisa dan langsung membuatkan anak muda itu tersipu malu. Bahu Ryujin ditampar perlahan bagi menghilangkan rasa kekok. Mereka kemudiannya mengambil angin di pekarangan rumah yang mewah tersebut.






Jika ditanya ke arah Ryujin dan Huening Kai, mereka tidak rindukan rakan-rakan mereka yang lain? Soalan yang agak menyakitkan namun terpaksa ditanya juga bagi menambahkan topik di dalam perbualan mereka. Kedua-dua anak muda itu tidak menjawab, sekadar tertunduk dan senyuman mereka jug pudar.








"Siapa je yang tak rindu sahabat sendiri? Tetapi...kalau takdir dah menentukan kami perlu berpisah, saya tak boleh nak buat apa-apa melainkan terima seadanya." balas Huening Kai dengan senyuman kelat. Kedua-dua matanya yang berkaca membuatkan hati Lisa kian sayu. Begitu perit bagi mereka yang masih remaja untuk terima kehilangan kawan pada masa yang terlalu awal. Sangat sakit.






°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now