Kembali kepada Yoo Jaerim. Aku melihat saja Hoseok dalam cubaannya membuka gari yang mengunci kedua-dua tangan saudara yang lain seorang demi seorang. Agak mencabar dengan kawalan cctv di setiap sudut. Gari di tangan Namjoon berjaya dibuka, lelaki itu terus membantu Hoseok untuk membuka gari yang lain. Pada masa yang sama, Namjoon memberi isyarat, kami semua menumpukan perhatian ke arahnya. Hanya menggunakan bahasa tubuh badan, itu pun cukup selamat untuk kami faham.
Namjoon dan Hoseok berbincang sesuatu semasa dalam cubaan membuka gari. Kata mereka, gari itu akan dipasang semula dan Hoseok telah memberi tips mudah untuk bukanya apabila tiba masa yang sesuai untuk kami mulakan serangan. Bagus juga idea tu.
Kami kembali menggari semula tangan, acah menjadi tahanan lagi. Dah merungut si Taehyung sebab lenguh, boleh la nak dapat anugerah lakonan terhebat. Yehee anak-anak Mafia Haera memang berbakat~
Namun, pada masa yang sama. Aku termenung dengan rasa kerisauan terhadap seseorang.
Ya, Jeon Jungkook. Di mana dia sebenarnya? Aku masih ingat, Jungkook melarikan diri untuk menyelamatkan Queen Haeri dan meninggalkan aku dan yang lain. Tapi masalahnya, dia pula yang tiada di sana. Aku dan Taehyung pula yang selamatkan Queen Haeri dan bawa wanita itu lari. Ke mana ye? Dari tadi aku tidak henti memikirkan keberadaan Jungkook.
Malang pula aku dan yang lain kena tangkap. Sungguh malang haih.
Sekejap, Lee Dong Hyeong tahu tak yang aku dengan yang lain kena tangkap. Takkan dia tak buat apa-apa tindakan nak serang polis? Kalau polis pun masih tuduh kami yang curi berlian tu, nampaknya Dong Hyeong tak laksanakan apa yang dijanjikan.
Adakah itu maksud eomma yang...Dong Hyeong yang akan ulangi semua kejadian yang lepas. Ya, dia akan hapuskan kerabat Haera demi mendapatkan Black Ares. Benar bukan? Tengoklah cara dia macam nak jatuhkan aku dan yang lain. Apa sebenarnya watak Dong Hyeong ni eh?
Mungkin aku perlu habiskan buku tu. Lagi tiga muka surat yang terakhir yang perlu aku habiskan dan aku boleh temui jawapannya dalam kes ni.
Ya buku---
Wait! Aku meraba tubuh sendiri dengan gelabah. Aku melihat di sekitar aku dengan mata yang terbuntang luas, alamak. Di mana pula buku kecil tu? Aku letak di mana duh?? Ya tuhan, habislah kalau Mr Ahn tahu yang aku dah hilangkannya. Omo no no semua rahsia terbesar keluarga Haera tersembunyi di dalam buku tu. Mampuslah kalau orang lain tahu, lebih-lebih lahi kalau pihak musuh. Syibal aku nak menangis.
Ok aku menangis, satu tubuhku menggigil dahsyat sehingga disedari oleh Jimin yang duduk di sebelah. Lelaki itu menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah aku yang sudah pucat. Jimin mencebik bibir dengan kening berkerut.
"Kau dah kenapa?"
"J-Jaee buku tu hiks b-buku omo e-eomma—" aku kembali menggigit jari dengan ketaran hebat. Air mata tidak henti mengalir dan langsung membuatkan mereka masing-masing menumpukan perhatian ke arah aku. Automatik semua berganjak ke arah aku dengan muka resah yang terpasang di wajah.
"Buku? Buku apa?" soal Seokjin ingin tahu. Lagi bertambah rasa gelabah biawak aku, omo takkanlah nak gitau? Tapi kalau iya pun, mereka bukan orang lain melainkan darah daging aku sendiri. Patut ke tidak patut ke tidak? Omo aku nak mati.
"B-Buku eomma. Ermm buku tu dah lama Jae simpan ermm— Mr Ahn yang suruh Jae jaga buku tu hiks erm—"
"Kenapa kau tak gitau je kitorang yang kau ada simpan buku tu?" celah Seokjin membuatkan aku terdiam sesaat. Mereka saling melepaskan keluhan berat, aku rasa mesti mereka dah tahu akan kewujudan buku tu cuma tiada hak untuk memegangnya. Rasa kecewa bukan? Aku tertunduk saja tanpa berkata apa-apa, mereka juga saling mengeluh kasar.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanficSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21