♔35♔

1.3K 161 166
                                    

"Ermm bila kita boleh balik?", soal Jungkook sambil memerhatikan kedua-dua abangnya yang asyik melayani permainan video di game center. Suasana yang agak bising dengan dendangan muzik membuatkan Jungkook sedikit tidak tenteram. Sudah hampir setengah jam mereka melepak di situ, Jungkook cuba lagi memanggil Jimin dengan mencubit isi punggung lelaki itu. 


"Auhh! Kenapa kau?"


"Nak balik.", balas Jungkook dengan wajah yang kerut. Jimin merengus nafas kecil, nampaknya cara ni tak cukup untuk memisahkan rasa rindu anak Jeon dengan rumah.

Jimin menepuk perlahan bahu lelaki itu dan menarik tangannya keluar dari game center tersebut. Taehyung turut ikut dari arah belakang sambil memeluk seekor patung beruang yang berjaya dipungut dari toy crane machine. Menangis budak di situ sebab patung kesayangan sudah menjadi milik Mr Kim durjana, Taehyung sengih teruk.

Mereka melangkah keluar daripada mall tersebut dan berjalan masuk ke dalam pekan. Waktu pun sudah malam, mereka belum pulang ke rumah sebab Namjoon tak kasi apa-apa mesej lagi. Jimin cuba lagi memikirkan tempat yang menarik untuk meluangkan masa dengan adik lelaki bongsunya itu. Motosikal pula diparkir berjauhan dari mall, lebih kurang 800 meter lagi untuk sampai ke tempat parkir. Setiap derapan tapak kaki hanya kedengaran tanpa sebarang suara.




"Kenapa kau cederakan diri kau?", timbul satu soalan daripada Taehyung membuatkan Jungkook terhenti langkahnya, entah kenapa jantungnya semakin berdegup kencang. Nafasnya kian tidak teratur.


"Kookie? Kau ok? Susah sangat eh soalan aku? Alolololo bucuk~", sambung Taehyung lagi dengan ejekan. Terus bahunya ditampar kasar dengan tangan kecil Jimin. Bunguk tu takleh nak simpan sikit.

Jimin dengan setenang yang mungkin cuba mendapatkan Jungkook dengan melekatkan tapak tangan hangatnya di pipi jejaka itu. Tempekan kapas di pipinya juga disentuh perlahan, Jungkook mencebik bibir. Dia tak mahu beritahu perkara yang sebenar.


"M-Mungkin aku migrain teruk. Y-Yah...aku cederakan kepala sendiri, ermm teruk juga bukan? Alasan yang tak munasabah...", terang Jungkook dengan kedua-dua bahunya dijengketkan. Tapi, kenapa sampai pistol diacu ke arah Hoseok, tak ke itu menunjukkan Jungkook mahu membunuh saudaranya sendiri.

Jimin teringin sangat mahu tujukan soalan itu, namun dia batalkan saja. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Jimin mengusap perlahan kepala Jungkook, dia tak mahu adiknya itu berfikir panjang.



"Sokey, janji kau selamat. Dah jom kita balik ok?", balas Jimin dengan segaris senyuman di bibirnya. Itu sedikit melegakan Jungkook, mereka teruskan berjalan hingga ke lorong yang hampir dengan tempat parkir. Sepatutnya mereka tidak patut lalu di situ, sesiapa pun tidak berani untuk gunakan lorong gelap itu.

Katanya, dah banyak kes berlaku di situ. Ragut, tempat yang sesuai untuk memukul manusia, kes bunuh pun ada.Memang nyawa tidak akan selamat kalau lalu di situ. Ada mereka bertiga kisah? Lalu aja, acah seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Secara tidak sedar, pergerakan mereka diperhatikan oleh sekumpulan manusia yang bersembunyi disebalik bayang yang mustahil dikelih oleh sesiapa pun.


"Stop moving! Or I'll kill him!!", ugut seorang lelaki yang bertopeng hitam sambil mengacukan hujung pistol di leher Taehyung. Jimin dan Jungkook dikepung oleh beberapa orang yang berpakaian yang tidak jauh beza dengan lelaki yang menjadikan Taehyung sebagai tebusannya itu. Dalam kiraan 10 orang sedang mengepung mereka.

"Ok kami dah berhenti, apa yang korang nak? Duit?", soal Jimin semula dengan selamba. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan beracah seperti tiada apa yang berlaku.

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now