Min Yoongi
Berkod 04
Mahir dalam pembuatan alatan teknologi dan pakar penggodam. Ouh I see...Bukan biasa-biasa. Sama juga dengan Yoongi yang sekarang, mahir dalam bidang yang sama. Habis akaun si scammer tu ditukarnya dengan nama aku. Gila yitu gula. Diorang yang lain pun...sama juga ke?
Dah 60% daripada isi kandungan buku tu aku baca. Biar aku tahu bagaimana kehidupan Yoo Jaerim yang dulu di mana katanya akan berulang semula. Dan aku orang yang seterusnya. Apa yang ditakutkan?
Mafia 01...
Kau tak nak semua tu terjadi bukan?
"Jae, bersiap sekarang. Ada urusan penting.", arah Namjoon yang menerjah bilik aku tanpa amaran. Nasib mulut ni masih boleh dikawal, mahu saja nak balas carutan dahsyat.
↭↭◆↭↭
Kereta yang dinaiki kami diparkir berhadapan dengan bangunan yang agak kecil. Ini bukannya tempat bagi puak Black Ares sendiri? Pintu pagar nak masuk ke sini pun dikawal ketat, senang nak mengesan musuh. Silap langkah bila-bila je boleh ditembak mati.
"Ermm ada apa kita datang ke sini?", soal aku ke arah Namjoon yang duduk di sebelah. Baru aku sedar yang Jin dan Jungkook tiada sekali di sini. Namjoon membuka tali seatbelt dan memegang stereng kereta dengan bibirnya diketap rapat.
"Appa nak jumpa kita. Kecuali kau, so kau seorang kena duduk di sini. Tunggu kami datang semula. Jangan pergi mana-mana. Perjumpaan mungkin ambil masa sekejap je.", balas Namjoon. Aku tergamam.
"Eh why?? Jae mafia jugak kan? Alaa alaa mana aci main secret dengan Jae! Jadinya Jae tak tahu la apa yang korang bincangkan–"
"Dey budak, maybe sebab kau orang baru. Urusan ni agak sulit gamaknya. Anggapan aku je. Ada sebab appa asingkan kau. Nah aku dah sambungkan bluetooth dari telefon kau dengan kereta ni. Dengar la lagu pape pun, janji jangan pergi mana-mana.", balas Yoongi seraya ketukan perlahan di kepalaku. Hmm mengangguk faham. Dengan itu mereka seorang demi seorang keluar daripada perut kereta dan meninggalkan aku.
Seorang diri di dalam kereta.
"Oppa tunggu!", panggil aku sambil menyuahkan kepala keluar dari cermin kereta. Namjoon terhenti.
"Everything will be alright?"
"Yes. Takde apa lah. Jom kami pergi dulu.", Namjoon tersenyum manis menampakkan sepasang lesung pipit lalu melambai tangannya ke arah aku.
Apa yang sulit sangat tu?
↭↭◆↭↭
Namjoon dan yang lain sudah tiba di muka pintu. Bilik Lee Dong Hyeong yang agak luas itu dikunjungi dengan beberapa orang ahli Black Ares yang lain. Ramai.
Jin dan Jungkook juga ada di situ, sedang menunggu saudara mereka yang lain hingga mereka sampai.Perjumpaan kali ini bagi membincangkan tentang kod yang telah ditetapkan oleh si King Black Ares itu sendiri ke atas anak-anak angkatnya.
Keadaan mula tegang di mana Jungkook diarahkan untuk keluar dari bilik itu. Katanya hal ini terlalu sulit dan rahsia untuk Jungkook ketahui atau masuk campur. Itu membuatkan si abang sulung tidak berpuas hati. Jungkook diasingkan lagi.
"Apa yang membuatkannya terlalu sulit sampai Jungkook tak boleh dengar sekali? Hey! Dia ahli Black Ares juga! Shitteu!", bentak Jin yang sudah berang. Jungkook menenangkan Jin dengan wajah yang suram. Saudara yang lain juga terkejut dengan reaksi si sulung, tak pernah lagi berkasar sebegitu.
![](https://img.wattpad.com/cover/213864922-288-k442901.jpg)
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanfictionSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21