Mingyu memarkir kereta di sisi jalan. Terhalang untuk meneruskan perjalanan saat jalan raya dipenuhi dengan orang ramai. Tidak sempat untuk dia terus menjejaki kereta milik anak-anak Mafia Haera itu. Jejaka itu keluar daripada perut kereta untuk melihat apa yang terjadi.
Mingyu terhenti langkahnya.
Kejadian yang agak mengerikan itu disaksikan sendiri oleh Mingyu, banyak kereta yang ditindas dengan dawai besi yang berat.Ada yang sudah remuk mahupun tertembus sana sini. Perkara yang paling mengejutkan, ada sebuah kereta yang amat dikenalinya turut menjadi mangsa hempakan tersebut.
Dia tertumpu ke arah logo kecil yang tertacap di sebelah nombor plat kereta yang dimaksudkan.Logo kecil yang bercorak tengkorak yang dipakaikan mahkota bunga.
Hera Rose.
Lantas Mingyu berlari ke arah kereta tersebut. Dia cuba untuk mengeluarkan orang yang tersepit di dalam kereta itu. Agak sukar bagi mengeluarkan wanita yang sarat mengandung yang masih tidak sedarkan diri di dalamnya. Ini Queen Hera Rose, Lee Haeri.
Ya, Mingyu kenal wanita itu.
Mingyu terkedu sekejap.
Kenapa ambulans dan polis belum datang ke sini? Ramai kut orang yang cedera!"Woi! Korang datang cepat ke sini! Memang takde sesiapa telefon mintak bantuan ka ahh?!", jerit Mingyu dalam talian. Diarahnya pihak polis secara kasar untuk datang ke lokasi kejadian secepat yang mungkin.
Jarang kan orang biasa nak meninggikan suara kepada pihak polis~
Mungkin tidak bagi Mingyu."Maaf Tuan Mingyu! Kami ada satu lagi lokasi yang memerlukan bantuan segera!"
______♛______
"Wait! Aku memang tak kenal kau siapa!", Jungkook kembali menarik lengan lelaki itu sebelum menuruni anak tangga. Mereka saling berpandangan buat sesaat. Lelaki itu membalas ketawa kecil, senyuman sinisnya terlindung disebalik mask hitam.
"Biarlah kau tak kenal aku siapa. Apa yang penting kau ekori abang kau ok?~ Tak ada sesiapa protect tu."
"T-Thank you...", ucap Jungkook secara ragu-ragu. Dia melepaskan cengkaman di lengan baju lelaki tersebut dan mengorak langkah ke lorong di mana Hoseok dibawa pergi. Biarlah dia tak kenal siapa insan tersebut, apa yang penting keselamatan Hoseok lagi penting.
Tidak sampai lagi di selekoh, Jungkook dikejutkan dengan kesan tompokan darah di atas lantai. Ia bergerak menghala kepada satu jalan untuk masuk ke dalam lorong satu lagi.
Jungkook mengetap bibirnya dan memutuskan untuk mengikut kesan tompokan darah tersebut.
Tergamam.
B-Bukannya...mereka ni jururawat yang mengiring Hoseok pergi ke tempat yang selamat...?Mereka sudah tidak bernyawa. Di hadapan Jungkook kini hanya ditinggalkan dua orang mayat yang dikelar, darah pekat masih memancut keluar hingga membasahi lantai.
Hoseok tiada di atas katil. Jantung Jungkook kian berdegup laju, dia ingin berpatah balik kepada lelaki misteri tadi. Langkahnya mati secara automatik....
....lelaki misteri itu masih berdiri di tempat yang sama. Di hujung lorong gelap itu dengan senyuman yang mengeringai. Jungkook terkesima, mimik wajah apa yang ditayangkan tu?
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanfictionSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21