◇•64•◇

1K 139 40
                                    

Song:
♪ Blue and Grey by BTS
Runnin by Adam Lambert

_______◇♡◇_______

Aku mengetap bibir dengan jiwa yang sungguh resah. Kereta yang bertintet hitam itu dipandu laju malah berjaya menumpaskan dua buah kereta milik Zeus dengan begitu pantas. Kedua-dua kereta itu terbalik dan terbabas ke sisi jalan. Siapa pemandunya? Kepantasannya memang di luar jangkaan.




Van yang dinaiki aku memecut dengan lebih laju, mereka mengarahkan tiga buah kereta yang selebihnya kasi handle kereta yang cuba mengejar kami itu. Namun, bilangan Zeus yang ramai tidak melepasi tahap kekuatannya. Satu demi satu kereta diselesaikannya dengan mudah, sebarang butir peluru langsung tidak dilepaskan olehnya.






Akhirnya kereta itu bertukar kepada tintet biasa, aku terbungkam. Terbit senyuman segaris di bibirku saat melihat wajahnya. Walaupun jarak kami berdua agak jauh, jejaka di dalam kereta itu menyampaikan satu isyarat menggunakan tangannnya.







Itu Taehyung, macam mana dia boleh tahu keberadaan aku di sini? Aku perlu lakukan sesuatu untuk bantu Taehyung. Dengan kekuatan yang aku ada, aku cuba mengganggu pemandu van tersebut. Cuping telinganya aku gigit dengan sadis, van pun dah mula tidak seimbang.






Mereka yang lain cuba meleraikan aku, tanganku sempat membuka butang lock pintu. Sebelum kepala aku diacu pistol, dengan pantas aku mencantas senjata tersebut lalu melepaskan das tembakan ke arah salah seorang daripada mereka. Pintu van terbuka, jadinya aku tendang saja mangsa tembakan peluru aku itu keluar.






Taehyung sudah menghampiri van, dipandu keretanya itu bersebelahan dengan van lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah musuh. Pintu belakang dibuka perlahan-lahan agar aku dapat melompat masuk ke dalam kereta itu.





Dengan keadaan hujan yang begitu lebat berjuraian agak menyukarkan target aku. Sumpah aku takut, sehinggakan kedua-dua mata aku bergenang air mata. Taehyung menghulurkan tangannya bagi menyambut tangan aku, aku sekadar meneguk air liur sendiri.






Aku perlu cepat, aku sambut tangannya dan melompat masuk ke dalam kereta. Nafas aku diatur laju, omo aku berjaya. Segera Taehyung menutup pintu secara automatik. Aku mengubah tempat dan duduk di sebelah Taehyung dengan begitu gugup.







Ingatkan kami sudah selamat? Mungkin tidak, ahli Zeus yang masih berada di dalam van itu menembak satu panah yang menghubungkan dawai elektrik dengan kereta yang dinaiki kami berdua. Bila-bila masa saja mereka boleh melumpuhkan sistem kereta ini.








Aku bertambah kaget apabila Taehyung mengalihkan stereng kereta ke arah aku. Apa pula yang dia rancang?






"Kau pandu, aku cuba putuskan dawai tu dan musnahkan diorang." arah Taehyung sebelum mengeluarkan diri daripada perut kereta. Sekejap....aku mana reti memandu.






"O-Oppa!! Sekejap Jae tak pandai—" tidak sempat aku nak selesaikan kata-kata, Taehyung membuka pintu lalu memutuskan dawai itu dengan das tembakan. Dia kemudiannya melompat masuk ke dalam van tersebut lalu menutup pintu. Aku tak boleh bayang bagaimana Taehyung mahu selesaikan mereka.





Aku hanya tahu tekan brek sahaja, ahh sudah. Keadaan bertukar panik apabila van tersebut kurang seimbang dan beralih ke arah penghadang jalan. Nasiblah tidak ramai pemandu kereta awam yang lain di highway, van itu kemudiannya terbabas ke sisi jalan.





°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now