▶12◀

1.7K 228 93
                                    

"Musuh hm? Sebab tu je ahaks.", aku terbatuk kecil sebab tersedak air liur sendiri, gelak kuat sangat. Seronok juga dengar kisah lucu yang diceritakan oleh Mingyu. Hampir 20 minit lamanya.

Kami berdua mengambil tempat duduk di bangku yang berdekatan dengan pasaraya itu. Saja nak berbual kosong, alang-alang tu Mingyu pun tunggu rakannya yang lain yang masih bershopping.


Ouh citer dia begini–

Alahh diorang bermusuh pun sebab satu peristiwa je. Di mana Yoongi mengalahkan Mingyu dalam permainan online, Mobile Lejeng.

Yoongi as PawPawSG
Mingyu as JohnBreads

Peristiwa ini terjadi pada 2 tahun yang lepas. Tidak sampai 5 minit pertempuran, Yoongi memenangi pusingan terakhir itu dengan kuasa hack yang durjana. Maka dengan itu seketul Mingyu murung.

Sejak dari hari itu, Mingyu bersara daripada dunia game. Manakala Yoongi pula disanjung tinggi oleh gamers yang lain dengan kuasa tipu helahnya.

Tamat. Hmm agak sadis. Ok aku pula yang murung, sebab tu je?


"So dia abang kau? Anak Mafia Haera dari Black Ares hm. Tak sangka.", ujar Mingyu. Aku berkerut kening.

"Awak kata awak kenal dia."

"Dalam game je~ In reality belum lagi. Aku tau kau ada abang ramai bukan? Siapa lagi abang kau? Nak tahu jugak.", Mingyu menayangkan senyumannya ke arahku. Ouh, agak teruja aku nak perkenalkan diorang. Tapi...

"Emm sorry. Identiti ahli Black Ares agak sulit."

"Hey sis, aku dah kenal kau~ Mafia Yoo Jaerim from Black Ares. Tak semestinya aku kenal seorang bererti aku tak boleh kenal ahli yang lain~ Kalau kau tak nak gitau pun, aku boleh cari.", Mingyu kekal dengan senyuman tipisnya. Aku berkedip tanpa suara.

"Awak menakutkan saya."

"Haha taklah. Aku orang baik je, trust me.", Mingyu menampar perlahan bahuku. Ouh, aku ketawa nervous sambil memeluk bungkusan biskut red velvet kepunyaan abang aku yang puaka itu. A-Aku masih baru di dalam dunia mafia, prinsip aku hanya satu.

'Identiti mesti dirahsiakan.'

Ya, aku masih menggunakannya. Maklumlah zaman kini mafia kian berpecah kepada beberapa buah puak. Ada yang baik dan ada yang jahat. Black Ares pula bagai 50/50, sebab kegiatan puak ni tak berhanatan sepanjang misi. Take note epribadeh!

Nampaknya ada lagi puak yang lebih kejam di antara kami. Tapi yang mana satu?



"Mingyuuuu!! Susu Dutch Ladiehh abiss la duhhh nak buat dalgona haishh aku broken!", sapa seseorang dari arah jauh sambil menjinjing beberapa plastik barang. Dua orang lagi jejaka ikut dari arah belakang, mereka juga membawa benda yang sama.

Segera aku bangun termasuk Mingyu bagi menyambut kedatangan mereka bertiga dah serupa gorilla.

"Ouh takpe Wooseok hyung. Kita kasi milo milkshake ahhahahahaha!!", ketawa berdekah dibuatnya Mingyu lalu menampar bahu Wooseok dengan sadis. Jejaka itu mendengus nafas kasar. Aku hanya tercegat di situ dan melihat saja gelagat mereka yang sibuk memeriksa barang mengikut senarai. Takut tertinggal la tu.
Sampai nak bergaduh pun ada.


"Ermm Mingyu. Kalau tak ada apa-apa...saya nak balik dulu.", suaraku secara menyelit. Dengan serentak tiga ketul manusia tadi beralih ke arahku. Wajahku ditenung lama, tetiba je suasana beku.
Mereka bertiga beralih ke arah Mingyu semula, tersengih kerang busuk. Terlebih bucuk.

"Ehh ehhh uwu uwu orang baru~~Natey mung tak gitau.", ejek Wooseok dengan kening sebelahnya terjengket bagai terkena sakit urat. Mingyu mengurut dahi menahan stress.

"Emm ni kawan aku, Mafia Yoo Jaerim from Black Ares. Mafia Haera's daughter. Ya itu je.", kata Mingyu, dan ya mereka bertiga langsung menayangkan reaksi terkejut. Emm aku tahu Black Ares memang terkenal di mata geng-geng mafia, tapi bagi aku...biasa je.

"Aku Kim WooSeok, just call me Wooseok cutie pie~ Ouf gediknya aku!", lantas tangan kananku ditarik dan dijabat dengan penuh mesra.
Seorang lagi jejaka yang tinggi lampai berjalan ke arahku dengan wajah yang serius.

"I'm Park Seong hwa. Jangan panggil oppa sebab aku terlalu muda nak digelar cenggitu. Emm saja...tapi aku suka peluk.", Seong hwa menggaru belakang kepalanya dan menghulurkan tangannya ke arahku tersipu malu. Selepas bersalam je, tubuh kecilku didakapnya tanpa rasa segan. Ya ampun ini anak...buat jantungku bergeteren. Jap, diorang ni makan apa ah masa kecil dulu? Tinggi hmm.

"Aku Felix. Kalau kau rasa nak beli phone baru haaa call aku. Aku bukak shop mur mur, nah nombor aku. Aku jual macam-macam nahh~ Stok makanan sedap-sedap fuhh aku ada.", Felix menghulurkan sekeping kad, aku sambut saja tanpa berkata panjang. Macam-macam karenah setiap seorang, pening aku.

"Jadi...korang semua dari puak yang sama? I mean Bishop?", mereka berempat mengangguk serentak. Ouh...how cute~

Bishop.
Puak yang kurang terkenal, tapi agak berbisa jika diberikan sebarang misi. Bishop tidak menjalankan misi mereka sendiri melainkan ianya diberikan oleh puak yang lain sebagai upah.
Bishop begitu cekap dalam kerja menggodam, menyeludup barang dan kerja bisnes. Mereka ada pakar bagi bahagian masing-masing. Pendek kata, Bishop ni macam junior kepada mafia yang lain.

Sebab ahlinya terdiri daripada 90% anak-anak muda seperti aku.
Di usia yang muda sudah memiliki kepakaran dalam bidang ni. Bukan macam aku, tau makan kek je.

"Kalau kau free, jemputlah datang ke tempat kami. Kami sentiasa tunggu kau Mafia Jaerim.", ujar Mingyu dengan segaris senyuman.

"Waa really?? Ok baik. Tapi...saya kena minta izin abang-abang saya yang lain dulu. Boleh?"

"Sure~"







'She got a new friends huh~'




-End Chapter 12-


_________________
____
TBC

Sorry saya hiatus lama T^T
Nantikan update yg seterusnya, tenkiu sebab sudi tunggu.

Maaf maaf
*flip panadol*

Saya suka menggedikkan watak, usah kecam seya T^T
Sebab seya pun gedik kekadang auch~

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now